Semalam aku pergi kelas Tadabbur di Bangi. Lepas kelas tu, sepanjang
perjalanan balik menuju ke rumah, banyak hal yang aku fikir. Rasa takut sampai
menangis. So aku nak share dengan korang apa yang aku dapat daripada sharing
kat situ. Again, hanya Allah yang bagi hidayah dan menghidupkan hati. Moga
Allah memberikan taufik dan hidayah kepada kita semua dan moga-moga kita mati
saat kita sedang bersahabat dengan Alquran.
Nota 31.1.2018.
Surah albaqarah ayat 38-44
Maaf ada part yang aku rumikan ayat al quran sebab belum mahir guna
keyboard jawi. Harap korang dapat gist nya ya.;)
Ayat 38
Kami berfirman lagi: "Turunlah kamu semuanya dari syurga itu!
Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu (melalui Rasul-rasul dan
Kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka), maka sesiapa yang mengikuti
petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik)
terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita".
Ustaz dah sentuh ayat ini semasa kelas sebelum ini, cuma ada point yang
belum disentuh. Point tersebut adalah:
1.
Cuba lihat words "famann tabiu' hudaya"- sesiapa
yang mengikuti petunjukKu.
- Dalam
ayat ini, Allah tidak kata " faman amina"- sesiapa yang percaya
- Disini
bukan setakat percaya, malah lebih tinggi dari itu, iaitu Allah minta kita
ikut petunjuk yang datang
daripada siapa? Daripada Allah.
- Jadi
segala hal petunjuk yang Allah datangkan kepada kita, Allah nak minta satu benda je. IKUT.
2.
“Faman tabiu hudaya” merujuk kepada singular.
·
Kalau kita fikir, kenapa Allah tak gunakan allazii nayattabiuna yang sepatutnya merujuk kepada ramai mengikut petunjuk..
·
Tetapi kenapa merujuk kepada SATU
sahaja?
a)
Kerana orang yang mengikut petunjuk
Allah tidak ramai.
b)
Kadang-kadang, dalam kita ikut
petunjuk Allah, kita perlu berseorangan
diri. Kadang-kadang kalau kita nak orang lain ikut sekali, baru kita nak
ikut. Proses itu akan jadi lambat. So, kadang-kadang, You have to be alone
untuk menjalani petunjuk Allah.
·
Umat akhir zaman, mereka yang mengikut petunjuk Allah dengan takwa,
tidak ramai. Sekarang kita tengok ramai yang kata percaya pada petunjuk, tetapi,
berapa ramai ikut petunjuk dengan Taqwa?
·
Ramai orang kata percaya dengan Al Quran, tapi tindakan kita yang sebenarnya menentukan sama ada kita benar-benar menyahut “tabia.”/beramal dengan ayat-ayat Al Quran.
·
Tindakan kita menentukan “Tabia’”
·
Maka “Tabia” melengkapkan iman. Bukankah iman itu terdiri daripada percaya
dengan hati, lisan dan perbuatan.
·
Tindakan itu sangat mahal!
3. Allah memberikan
ganjaran/gift pada kita : falaa khaufun
alaihim walaahum yahzanun.
·
Mereka tidak akan rasa takut dan sedih.
·
Tetapi Allah tak kata totally rasa tak takut dan sedih.
·
Tapi We can control it.
·
Dan ia sangat berkait dengan akal.
Ayat 39
Dan orang-orang kafir yang mendustakan ayat-ayat keterangan kami, mereka
itu ialah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
·
Kalau kita tengok aturan ayat 38 dan 39,terlihat seperti perbandingan.
·
Sebab ayat sebelumnya menyatakan barang siapa yang ikut Petunjuk Allah, Allah
hilangkan sedih dan takut
·
Ayat ini pula kata: Barang siapa yang mendustakan Ayat-ayat keterangan Allah
adalah ahli neraka dan kekal didalamnya
·
Tetapi sebenarnya TIDAK.
·
Ayat ini sebenarnya menunjukkan perbezaan antara orang yang PERCAYA petunjuk Allah ,dengan orang yang
MENGIKUT petunjuk Allah.
·
Ada je orang yang percaya petunjuk Allah, tetapi kazzab-dusta
·
Sebagai contoh : orang percaya bahawa Al Quran itu sememangnya benar, tetapi tidak beramal
dengannya, dan disitulah berlakunya pendustaan pada ayat-ayat Allah.
·
So ayat ini adalah kesinambungan
daripada ayat 38. Tidak hanya cukup
kita percaya dengan petunjuk Allah, tetapi kena IKUT petunjuk Allah. Jika
tidak, mereka itu ialah ahli neraka, dan kekal di dalamnya.
·
Sebagai Contoh lagi:
Ramai percaya dalam Alquran, Allah suruh kita solat tetapi tidak solat.
Ada perintah menunaikan
zakat, tetapi kita tidak menunaikan zakat.
Jadi, disitulah pendustaan
terhadap ayat-ayat Allah
Mereka meremehkan soal
perintah Allah.
·
So, kita tidak boleh declare diri kita sebagai ahli syurga seandainya
kita hanya percaya Petunjuk Allah, tetapi tidak IKUT.Untuk jadi ahli syurga, PERCAYA DAN IKUT PETUNJUK ALLAH
sambungan;)
No comments:
Post a Comment