Powered By Blogger

Tuesday 16 April 2024

Syukur

 Syukur

Merasa cukup dalam segenap ruang 

Dilihat seakan tidak punya wang

Namun andai hati cukup tenang

Walau ombak badai datang bertandang

Pastinya jiwa enggan walang

Kerana percaya Tuhan itu Maha Penyayang


Berlainan pula dengan sipolan

Yang membuak mencari harta borkoyan koyan

Walau banyak dalam simpanan masih tidak keruan

Mempersoal ketidakcukupan pada Tuhan

Dilihat ramai seperti jutawan

Tapi sebenarnya kusut serabut fikiran, 

Kasihan

Dia hilang rahmat Tuhan


Ayuh kawan, merasalah kecukupan

No comments:

Post a Comment