Part 1
Pertama kali aku menulis cerita
Tidaklah pandai menyusun kata
Tetapi aku mesti cuba
Kerana Tuhan menghantarkan
Kerinci untukku
Agar dapat belajar sesuatu
Detik yang ditunggu telah tiba.
Semalaman tidak langsung dapat tidur memikirkan nasib yang bakal ditemukan.
Baru saja mendapat tahu ‘datang bulan’ bukanlah suatu perkara yang
mengembirakan tatkala misi bertolak ke KLIA seterusnya ke Padang menakluk
Kerinci berbaki beberapa jam lagi. Mahu mengundur diri mana mungkin berlaku kerana barang
semua sudah tersimpan rapi dalam beg galas. Aku hanya mengharapkan kejaiban
dari Tuhan moga diberi kekuatan luar biasa menahan sakit ‘orang perempuan’.
Setelah segala persiapan fizikal mental selesai, termasuklah memanjat Gunung Datok, Gunung Nuang 2 kali, naik turun tangga rumah berkali-kali, pergi gym hampir setiap hari dan lain-lain, Tuhan hadirkan ‘anugerah ini’ untuk membisikkan kepadaku agar bukan usaha kau sahaja yang mengizinkan kau akan sampai ke Puncak sana. Tetapi mesti dengan keizinan ‘Aku’. Pagi itu, langkah dimulakan dengan pengharapan tidak berbelah bahagi hanya pada Tuhan moga diizinkan ke Puncak sana walaupun dengan ‘Anugerah ini’ tanpa menyusahkan orang lain.
Setelah segala persiapan fizikal mental selesai, termasuklah memanjat Gunung Datok, Gunung Nuang 2 kali, naik turun tangga rumah berkali-kali, pergi gym hampir setiap hari dan lain-lain, Tuhan hadirkan ‘anugerah ini’ untuk membisikkan kepadaku agar bukan usaha kau sahaja yang mengizinkan kau akan sampai ke Puncak sana. Tetapi mesti dengan keizinan ‘Aku’. Pagi itu, langkah dimulakan dengan pengharapan tidak berbelah bahagi hanya pada Tuhan moga diizinkan ke Puncak sana walaupun dengan ‘Anugerah ini’ tanpa menyusahkan orang lain.
“Ika, mama nak ikut hantar ika
boleh sampai ke KLIA?” Tanya mama.
“ Boleh je ma. Daus sempat pergi
kerja tak nanti sebab nanti kena hantar mama balik semula kan?” Aku balas dan bertanya pula
pada adikku.
“Sempat insyaAllah.”Jawab Daus
ringkas.
“Kalau macam tu, Ika bawa kereta,
sebab kawan yang naik kereta Ika tu lelaki. Mama duduk sebelah Ika, Daus duduk
belakang. Daus, kau rehatlah sambung tidur balik ea. Sory susahkan kau kena hantar akak
pulak pagi-pagi ni sebelum pergi kerja.” Ujarku tanpa berfikir panjang.
Kami terus menuju kerumah Badd. Setelah tiba di sana dan dalam beberapa minit kemudian,
” Hai Tokie.” Lambai Badd sambil berjalan dengan gembiranya, menggalas beg di bahu dan lengan.
“Hai badd, Tokie nak minta tolong
dengan Badd dalam kereta nanti, Badd
tolong bahagikan baju Kerinci ya. Tokie tak sempat nak buat semalam, ke KLIA ni
tokie yang drive tau. Thank you badd” Aku tak pasti sama ada ini ayat untuk minta
pertolongan atau arahan. Haha. Badd seperti biasa, dia okay sahaja.
Terasa mengantuk sepanjang
perjalanan ke KLIA kerana tidak dapat tidur semalaman. Dalam kereta kedengaran
suara Badd yang begitu asyik mengira dan membahagikan baju bertemankan cahaya
lampu dalam kereta yang samar-samar dan lampu dari telefon bimbitnya. Aku tidak
berminat untuk memulakan apa-apa perbualan kerana memikirkan untung nasib dibumi
orang kerana ini kali pertama aku menjejakkan kaki ke Indonesia. Cuma sekali
sekala aku berbual dengan mama kerana mama sangat diam kali ini, barangkali khuatir akan keadaaan anak sulongnya.
Setibanya di KLIA, dalam beberapa
minit menunggu, mama dan adik ingin pulang. Aku memeluk mama mohon restu dan doa agar misi
kami tercapai. Tiadalah hijab doa seorang ibu kepada Tuhan untuk anaknya selagi
mana tidak melanggar batas syarak. Lambaian selamat tinggal pada mama dan adik
pada waktu itu membuatkan hati ini jadi sayu.” Ish jangan nangis . Kejap je pun,
tak yah nak drama sangatlah tokie, !”bisikku
dalam hati.
Setelah selesai urusan check in
bag, kami bergambar dan terus naik ke pesawat. Tempat dudukku pada awalnya
dibelakang sekali. Aku hanya berharap agar yang duduk disebelah ku adalah
wanita. Tup2. Naufal. Ceh.
Sempat juga kami berbual perihal
masa depan GEMA Selangor dan GSB. Aku turut suarakan lebih molek sekiranya isterinya,
Hidayah duduk disebelah Naufal, tentu lebih senang menyusukan Nizar yang masih
kecil kerana aku difahamkan ini kali pertama Nizar naik kapal terbang. Naufal
sependapat denganku kerana dia pun pada awalnya memang tidak tahu yang aku
duduk di sit belakang tu. Kurang beberapa jeda, Hidayah ke tempat kami dan aku
terus menukar tempat dengan Hidayah.
Ditempat duduk yang baru (tempat
hidayah), aku berkenalan dengan sahabat baru. Seorang memang penduduk asal
daerah Padang. Sebelum ini datang ke Bukit Bintang, Kuala Lumpur untuk melawat
saudara darah daging. Seorang lagi pelajar UM. Mereka melawat Padang kerana ia merupakan agenda yang telah
dibincangkan dalam aktiviti persatuan. Setelah memberitahu misi kami, aku
minta izin pada sahabat baru untuk tidur kerana semalaman berjaga.
Tiada mimpi dalam lena..
Ingin mengumpul tenaga..
Mulakan langkah pertama..
Di bumi Indonesia..
No comments:
Post a Comment