Part 3
Malam itu, kami tidur
dengan nyenyak. Penat benar rasanya. Kerana sudah terbiasa bangun awal pagi, di Homestay itu aku bangun seawal 4.00 pagi hanya untuk menggosok gigi dan membuang hajat
kerana malam tadi telah pun aku menahan sejuk membersihkan diri.
Kami menimbang beg
masing-masing. Ita paling berat begnya berbanding gadis-gadis lain. Mungkin kerana
jenis beg yang dipinjam daripada Saidah itu memang berat. Dan paling ringan
adalah kak Nora.
Sarapan yang
disediakan pagi itu aku gagal habiskan. Barangkali nervous yang
terlampau. Atau mungkin juga kerana ‘sakit perempuan’ yang Tuhan anugerahkan. Telatah budak
kecil bermain daun trup dari tadi menarik perhatian ku.
“Nama kamu syiapa?”
“Nama aku Yonata”
“Wau, nama macam
orang Jepun, berapa umurmu?”
“ Umur aku Lima”
sambil tersengih membilang dan menunjukkan
jari kecilnya.
“Comelnya kamu. Sini
aku ajarin kamu, kamu boleh jual daun trup ini. Masa aku kecil aku pun
jual daun trup. Kamu boleh buat bisnes!”
Yonata memandang
kosong wajahku. Aku tahu dia blur. Mana mungkin budak sekecil ini tahu untung
rugi berbisnes haha. Dan aku cuba yakinkan dia lagi sambil mengambil daun-daun
trup itu dari simpanannya.
“Begini, kamu ikat
daun trup ini sebanyak 10 keping. Kemudian kamu jual dengan seikat bersamaan 1
ringgit. Atau di Indonesia ni berapa ya… "
Yonata seakan tidak
faham dengan apa yang aku cakap. Terus dia mengambil daun trup itu dari aku dan
menepuknya sehingga terbalik. “Nak ajak aku main daun trup jugak la tu haha.”
Bisikku perlahan.
Aku pun bermain daun
trup dengan Yonata.
Zaman kanak-kanak
adalah zaman yang sangat indah. Kerana kita
tidak perlu memikirkan hal-hal besar sebagaimana sekarang. Kita akan dapat apa
yang kita inginkan meskipun kita sendiri tidak mampu untuk mendapatkannya. Dan
yang paling indah adalah kerana abah masih ada.
“Okay2, semua orang
angkat beg, letak dalam van.” Arah Iwan Gogo terhormat. Terhormatlah sangat~
“ Yonata, aku sudah
mahu pergi, kau doakan aku ya sampai puncak.”
Sekali lagi Yonata
memandang ku kosong dan terus kemas permainannya dan pergi ke dapur. Aku tahu
dia blur lagi. Haha.
Sebelum pergi, kami
menangkap gambar sebagai kenang-kenangan.
Langkah disusun
tawakal digenggam,
Hati berbisik dengan
kalimah pahlawan,
Bertemankan lagu nasyid,
jiwang dan suram,
Penaman setiap
langkahmu wahai kawan
No comments:
Post a Comment