Turun dari gunung.
Kelemahan terbesar aku dalam dunia pendakian. Kerana terlalu banyak 'takut' dari berani. Beberapa siri latihan sebelum ini tatkala turun dari gunung, aku pasti antara yang terkebelakang dan/atau melambatkan perjalanan orang dibelakang.
Ketakutan ini perlu dikawal. Jangan terlalu fikir gayat, licin dan sebagainya. Keberanian bukan saja saat mendaki gunung, malah saat menuruninya berdikit dikit.
Sambil melayan track yang agak licin dengan batu batuan serta pasir, sesekali menggelongsor, mulut turut terkumat kamit menyanyi lagu dengan riang. Kali ini bertemankan lagu Dato siti, exist dan zamani. Sengaja aku berbuat demikian agak tidak terlalu memikirkan ketakutan yang ada.
Dibelakangku rapat diikuti oleh iwan. Berkali kali aku meminta iwan untuk jalan melepasi aku sebab rentak aku turun sememangnya perlahan. Iwan masih dibelakangku. Kadang-kadang dia melepasi tetapi dia tetap tunggu juga..
Aku lihat sahabat2 dibelakang, masih jauh. Jadi aku memperlahankan langkah.
Pada awalnya kak sarah memang dihadapan semasa turun. Memang tak dinafikan, kak sarah sangat perform terutama kalau turun dari gunung. Semasa latihan di gunung nuang yang lepas, sukar untuk aku kejar step kak sarah kerana sudah terang lagi bersuluh, dia memang laju!
Entah bagaimana. Aku dan iwan pula dihadapan. Sesekali aku menoleh ke belakang melihat kak sarah masih ada. Dan juga kak nora di belakang kak sarah. Sampai sahaja di laluan shelter 3, aku dan iwan ambil keputusan untuk berhenti sebentar menunggu yang lain. Dalam 20 minit kami menunggu. Sempat juga aku tidur lagi.
Kelibat kak sarah tak muncul-muncul sangat merisaukan kami. Sedangkan kak sarah tak berapa jauh dari kami sebentar tadi. Iwan terus naik semula ke atas, sementara aku memilih untuk duduk di laluan shelter 3 menunggu yang lain.
Lebih kurang 10 minit kemudian, hakim, badd,ita, acap, afiq bersama sama iwan pergi ke arah aku. Pelik di mana kak sarah dan kak nora.
.
Sepanjang perjalanan ke shelter 2, pelbagai teori yang kami lontarkan .Jelas kerisauan di wajah iwan. Kami berdoa agar kak sarah dan kak nora selamat tiba ke kem kami, shelter 2 sebelum daripada kami. Moga keajaiban itu dikabulkan. Ameen.
Perjalanan menuju ke shelter 2, iwan berada di hadapan. Aku cuba meniru step iwan. Ternyata gagal. Iwan memilih laluan yang bersih demi menjaga kebersihan pakaiannya dan ternyata kakinya yang panjang itu membantu dia untuk memilih jejak2 yang bersih. Akibat cuba meniru langkah dia , ada satu ketika aku terpaksa berpaut pada kayu yang tinggi dan cuba melompat ke bawah. Penyesalan tahap maksima mengikut jejak langkah iwan. Cis.
Rentetan daripada itu, langkah diteruskan dengan kemampuan diri sendiri. Itu lebih baik. Hampir sampai di shelter 2, kami terserempak dengan andika. Rupanya dia turut risaukan kami yang sepatutnya secara logika akan sampai terlebih dahulu di kem shelter 2 berbanding yang lain. Iwan menerangkan keadaan yang sebenarnya dan aku pun terus pergi ke khemah mencari kak sarah dan kak nora.
Ish2x. Nak kena cubit ni.
Terlihat ongki di dapur. Aku terus pergi kearahnya. Rupanya dia buatkan air cokelat cadbury untuk mereka yang paling awal sampai ke khemah. Oh ini tidak adil. Kami yang menunggu kak sarah pada awalnya dan kami patut sampai dulu.haha. Tanpa malu dan segan aku minta juga pada ongki untuk buatkan pada kami yang lain. Padahal boleh sahaja buat sendiri. Mengada!
Setelah selesai makan, aku dan kak nora membuang hajat haha. Laju betul cash flow.lol. Tapi kali ini kami tak bernasib baik kerana sejurus menyelesaikan hajat yang ada, kami terpijak najis orang lain walaupun kami melangkah penuh berhati hati.
Mana tidaknya. Simpolan bin simpolan hanya menutup najisnya dengan wet tissue sahaja. Bukan seorang sahaja berbuat demikian, malah ramai. Setelah kami membersihkan selipar kami, kami hadiahkan selipar tersebut di ruangan sampah berdekatan dengan khemah kami sebagai tinggalan kami untuk kenang kenangan. Eheh!
Setelah itu, kami mengemas barang di dalam khemah dan bersiap sedia untuk pulang. Entah kenapa hati tidak berapa enak, cuma tidak terluah saat itu.
Wahai diri
Hati hati dengan hati
Hati yang berbolak balik bagai air yang mendidih
Noktah hitam dan putih mana mungkin bercampur
Fikir yang baik baik, Tuhan itu dekat...
No comments:
Post a Comment