Part 2
"Beri aku 1000 orang tua, niscaya akan kucabut semeru dari akarnya, beri aku 10 pemuda, nescaya akan kuguncang dunia"- bung karno
Tiba di Lapangan Terbang
Padang, kami disambut oleh guider,
Andika nama diberi. Pertama kali melihat namanya di ruangan whats up group.
Sungguh unik namanya, laksana pendekar dahulu kala. Nama penuh beliau adalah Andika
Laksamana.
Perjalanan menaiki van kecil yang
boleh memuatkan seramai 12 orang penumpang itu menarik pada awalnya. Lagu-lagu
dalam bahasa Minang diputarkan. Aku cuba
mengulang perkataan yang tidak pernah didengar sebelum ini agar masuk dalam
kamus bahasaku. Sambil mengamati kesibukan jalan raya yang berbeda budaya
pemanduan warga kotanya tika membawa mobil, aku bersyukur dilahirkan di
Malaysia. Di sini, keberanian dan kesabaran yang tinggi perlu ada pada setiap
orang jika ingin membawa mobil dijalanan yang sibuk itu kerana ruang dan
keadaan jalan raya begitu tidak memihak kepada sang pemandu.
Perjalanan diteruskan
ke Homestay di Kerisik Tuo Jambi. Sebelum daripada itu, kami singgah di
beberapa tempat iaitu di TransMart, Petualang Outdoor, Masjid Raya Sumatera
Barat, Rumah Makan Pauh Permai, dan Pecel Lele Mas Mon. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 10 jam! Lagu Minang diputar berulang-ulang. Sempat juga aku mengkritik lirik lagu yang digunakan
kerana terlalu ‘straight to the point’.Amatlah berbeda dengan bahasa melayu Minang sebagaimana yang
digunakan dalam buku-buku Buya Hamka, begitu puitis sekali sehingga menjinakkan ramai pembaca.
"Ada lirik yang puitis barangkali, cuma aku yang masih belum jumpa.haha.husnuzonlah sis!" Getus hati.
"Ada lirik yang puitis barangkali, cuma aku yang masih belum jumpa.haha.husnuzonlah sis!" Getus hati.
Amat jarang aku
travel jauh. Jarak rumah dan kampungku di Melaka (perkampungan orang jawa juga)
yang acap kali aku pergi kerana melawat pusara ayah tercinta hanya memakan masa
sekitar 2 jam sahaja. Kalau bawa laju, akan sampai dalam 1 jam setengah. Jadi perjalanan kali ini
benar-benar menggugah jiwa. Berkali-kali bangun dan tidur, masih belum sampai.
Dan, masih lagi lagu-lagu yang sama diputarkan. Haha.
Aku cuba belajar untuk berlapang dada kerana mana-mana permusafiran atau pengembaraan, kalau hanya ikut kehendak kita sahaja, tidaklah mencabar. Dan lebih tragis, kurang tinggalan kenangan untuk diingati. Kenangan seandainya pahit, lebih sukar untuk dilupakan kerana pasti memberikan banyak pengajaran!
Aku cuba belajar untuk berlapang dada kerana mana-mana permusafiran atau pengembaraan, kalau hanya ikut kehendak kita sahaja, tidaklah mencabar. Dan lebih tragis, kurang tinggalan kenangan untuk diingati. Kenangan seandainya pahit, lebih sukar untuk dilupakan kerana pasti memberikan banyak pengajaran!
Sepanjang perjalanan,
ada beberapa tempat yang kami singgah untuk makan. Pasti secawan teh hangat
menjadi pilihan.
Teh hangat dihirup terasa
segar..
Melupakan kesakitan dalam..
Melupakan kepedihan
silam..
Rindu aku pada arwah abah
pasti terubat dengan secawan teh…=)
Seusia tiba di
homestay, Ongki mencabar kami. Aku tidak pasti siapa lagi yang dengar tetapi
aku dengar setiap bait katanya. Beliau mencabar kami.” Syiapa yang mandi malam ini,
aku akan belanja dia makan!”
Terus sahaja aku
balas.” Uii, kalau macam tu, esok kau kena
belanja aku makan!”Acah-acah membahasakan diri kau aku macam dah lama kenal.Dan
dia hanya ketawa sahaja. Cis!
No comments:
Post a Comment