Powered By Blogger

Tuesday 17 January 2017

Hari ini aku down sikit dengan kerjaya sebagai peguam ni.haha.
Mungkin penat sangat kot. Entahlah.So tulisan ini lebih kepada aku nak muhasabah balik kenapa aku pilih kerjaya ni.

Memang percaturan Allah tu, saban waktu sukar untuk kita jangka. Sebab apa?
Kita hanya manusia, hambaNya. Neraca Allah dan manusia mana mungkin akan sama.
Dan percaturan Allah itu mana pernah sia-sia. Pasti dan pasti ada hikmahnya.

Masa kecil-kecil sekolah rendah, tak pernah aku terfikir nak jadi peguam. Aku nak jadi askar, cikgu, dan doktor. Dan pernah juga nak jadi penyanyi. Sebab terpengaruh dengan cerita sinaran pasport kegemilangan ekeke.
Itulah yang diulang-ulang dalam report card(kecuali penyanyi), pada bahagian cita cita yang perlu diisi oleh setiap murid murid ketika itu.

Masa  di sekolah menengah. Aku ada terfikir juga pasal kerjaya peguam ni. Tapi, disebabkan aku budak sains, fikir nak jadi doktor sahajalah. Tapi sebenarnya aku tak pernah perform pun subjek sains. Sebab aku memang tak minat sains!

Masih ingat lagi, masa di SESERI, hobi aku adalah  escape kelas. Terus terang memang tak minat belajar sains masa tu walaupun aku berada di sekolah sains. Jadi, aku masuklah pelbagai jenis sukan. Olahraga, bola tampar, hoki, softball , nasyid dan lakonan sketsa pun aku masuk. Memang jarang masuk kelas sebab hampir setiap minggu akan ada latihan dan tournament. Ini cara aku escape kelas dengan penuh sopan sekali haha.

Arwah abah memang pelik tengok aku selalu keluar kelas sebab ada tournament. Walaupun aku sekolah asrama,  everytime aku bertanding aku akan inform abah guna public phone sekolah suruh minta dia doakan. Abah akan bawakan air glucose atau livita untuk aku. Sama ada dia datang dengan motor kapcai dia gi asrama aku atau pun dia datang masa aku tengah bertanding on track. Abah minta aku slowkan aktiviti sukan. Ya, aku pun slowkan. Tapi masa hujung-hujung form 5. Apabila dah nak SPM, memang insaflah habaq hang haha.

Natijahnya. Result aku sangatlah tak perform! Berbeza dengan sahabat-sahabat aku yang lain. Depa ni memang hebat-hebat. Masa dapat result tu, aku memang betul-betul sedih sebab tak dapat happykan orang tua aku. 

Masa exam SPM, aku diserang demam teruk, batuk dan selsema. (ayat hyperbola diserang lah sangat)
Stress sebab semua benda yang aku suka buat jadi tersekat  bila nak dekat exam tu. Semua aktiviti sukan dan nasyid digantung untuk semua pelajar form 5 masa tu. Actually, itu je cara aku nak release tension belajar benda yang aku tak minat. Rentetan daripada deman batuk dan selsema tu, cara jawab SPM dah tak macam orang normal dah. Kepala  baring atas meja. Asal jawab ja.haha.

So,bila dapat result tu, mama abah memang sedia maklum yang aku tak perform sebab aku tak berapa sihat. Tapi aku fikir balik an, adakah aku betul-betul akan perform kalau aku sihat masa exam?Hehe

Lepas dapat result, aku berjanji dengan mama dan arwah abah, aku tak akan jejak kaki kat  SESERI, sampai aku jadi orang. Aku malu dengan result tu. Pada aku, spm akan mengakhirkan hidup(ketika itu). touching habaq hang. Sebab kau dikelilingi oleh kawan-kawan yang result gempak straight A. Dan aku suam2 susu kambing je. Haha.

Masa isi borang upu, aku sangat berharap dapat join masscomm. Sebab apa?  Aku nak jadi penerbit tv. Minat terhadap cita cita ni aku discover masa aku kat PLKN. Aku jadi pengarah untuk sketsa masa event2 dalam plkn tu. Tambahan pula, semangat aku sangat berkobar kobar untuk ada televisyen stesen sendiri, supaya pembangkang pun ada channel dia sendiri.( masa plkn aku baru start kenal politik,dan aku rapat dengan budak2 PAS)

Arwah abah sangat tak bersetuju dengan cita cita aku ni.Beliau suggest supaya  jadi peguam. Arwah abah call mak sedara aku, tanya pendapat dia pasal cita cita aku ni. Sebab mak saudara aku ni pun orang tv juga. Sekarang dia kat astro awani. Bila  bercakap dengan makcik aku ni, dia pun tak suggest aku jadi penerbit tv atas beberapa faktor. Dan dia sangat bersetuju dengan arwah abah aku supaya jadi peguam.

Sedih juga. Cita-cita dihalang...
Sisi pandang aku berubah lepas aku attend satu ceramah ni. Masa tu aku yang tanya soalan pasal cita cita.
Penceramah tu habaq, redha Allah bergantung pada redha mak ayah.

Aku istiharah. Aku proceed isi upu. First choice adalah law uitm.
Yang lain semua masscomm.hahaha.

Aku pilih uitm sbb uitm murah. Aku tak nak susahkan abah ngan mama.

Tup2..itu yang dapat .

Masa study kat universiti. Aku cuba belajar minat law. 
Time asasi. Dapat lecturer yang best2. Sedikit sebanyak menarik minat aku terhadap bidang ni. Disebabkan aku minat, every sem dapat dekan. Alhamdulillah.

Masa degree. A bit tough. Tambahan pula abah dah start sakit2. Jadi abah dah tak kerja. Mama pun banyak cuti kerja dan akhirnya berhenti kerja kilang sebab nak jaga abah. Jadi duit  ptptn yang aku dapat, aku share dengan adik2 aku. Diorang belajar kat UTM dan UNISEL. Banyak pakai duit.
Sampaikan duit yuran pun aku bayar lambat dan selalu dapat mesej dari UiTM , calon pelajar gugur taraf sebab tak bayar yuran. UiTM memang selalu concern pasal aku sebab liat nak bayar yuran ni.keh3x..

Actually, walaupun hidup aku masa study agak dikategorikan sengkek juga, alhmdulillah, aku tak pernah ada masalah makan di uitm. Bab makan memang selalu jimat. Sebab aku budak program. Almost everyweek  aku dapat makan free melalui program2 yang aku handle dan aku join.haha. 

Ada beberapa kali aku fikir nak quit law. Sebab aku nak kerja tolong mak ayah aku. Kawan baik aku tak bagi. Walaupun dia menangis teruk bila dapat tahu situasi aku sekeluarga, dia still tak bagi aku quit walaupun alasan aku sangat munasabah  nak kerja bantu family.

Aku tak tahu macam mana kisah aku boleh tersebar... hampir satu batch law aku tahu cerita pasal aku dan family aku. Padahal aku cerita hanya pada seorang sahaja. Dan tup tup...aku dapat sumbangan daripada mereka. 

Mula2 sangat malu. Aku cerita pada kawan baik aku bukanlah untuk meminta2. Tapi lepas kena brainwash. Ini semua rezeki Allah kasi. Sahabat2 sayang pada aku. Aku terima denga redha.

Rupa rupanya. Duit2 tu cukup untuk buat pembedahan arwah abah. Sebab ada part utk pembedahan abah tu, swasta yang handle so kena bayar. Benda ni, mama dan arwah abah memang tak tahu, dari mana aku dapat duit banyak tu. 

Dan aku meneruskan pengajian aku dalam keadaan abah struggle dengan kanser tahap 4. Acapkali juga aku ponteng kelas sebab jaga abah di hospital. Sehinggakan, aku pernah dimarah lecturer sebab dia tak setuju dengan tindakan aku escape kelas masa hari penting presentation. Dia potong markah aku. Aku tak kisah pun asalkan abah ada depan mata ku.

 Dan alhamdulillah result aku tak pernah fail. Dan aku dikelilingi sahabat2 yang sangat baik tolong aku. Pinjamkan nota, ajar aku. Aku ingat setiap daripada korang .  Walaupun kita dah jarang bersua, korang sentiasa dalam doa aku.;')

Aku genggam kuat kata kata ni. Redha Allah bergantung pada redha mak ayah.

Arwah abah meninggal sebelum sempat menyaksikan aku menyarung jubah peguam. Masa tu aku masih chambering. Seriously seminggu lepas abah tak de, aku macam tak tentu arah sikit. Boleh pulak aku sesat pergi shah alam sedangkan jalan ke shah alam memang makanan aku. Masa tu aku bawa bos aku gi Mahkamah. Dia rasa sangat serba salah sebab biar aku bawa kereta walau emosi aku tak stabil.

Day by day, alhamdulillah dah boleh adapt. Walau kerinduan itu adakalanya kian mencengkam. Sememangnya arwah abah bagi pengaruh yang cukup besar dalam hidup aku. Sebab aku anak abah.;')

Aku bersyukur dalam kesusahan yang Tuhan beri ini, adalah sebenarnya penceritaan yang indah karya Tuhan untuk kita sebagai hambanya.
Tuhan tidak pernah kejam dalam memujuk hambaNya.
Bahkan ada saja pelajaran yang Dia hadiahkan supaya hambaNya belajar hakikat agar jiwa itu sentiasa tunduk
......








No comments:

Post a Comment