Powered By Blogger

Saturday 15 October 2016

Kisah hari sabtu

Macam biasa setiap pagi, aku akan ke Universiti Malaya menuntut ilmu di Akademi Pengajian Islam. Tapi kali ini lain sikit, sengaja datang awal sebab nak berprogram berserapan pagi bersama kakak Sarah. Haha.

Banyak lafaz yang tersimpan dimuntahkan pada bicara saat itu. Sehinggakan jam menyinggah tepat pukul 9.00 pagi baru kami sedar. Alamak kelas dah start!

Lalu berkejaranlah dua anak gadis itu sambil menggeleng kepala akibat rancak berbual, lupa kelas sepatutnya menyusul tiba.

Kali ini juga adalah hari last Ustaz Ruseedee(ejaan aku tahu ini salah) mengajar kami untuk subjek Ulum Al-Quran, next week Ustaz lain pula mengajar yakni perihal tajwid. Gitu.

Ada entry khas untuk perlajaran 3 minggu ini. Nantikan.:p

Masa balik dari UM, aku bawa sorang kakak ni, dia bawa dua orang lagi anak murid dia. Masa datang, dia dengan dua orang anak murid dia naik bus lompat-lompat dari Klang. Perjalanan mengambil masa selama satu jam. Masa balik, kebetulan kakak ni dan anak2-anak muridnya memang free. So sengaja kali ini aku offer hantar dia sampai shah alam. Dan sementara itu, bolehlah mereka teman aku gi Puchong melawat adik-adik ijabah. Kakak ni ok ja. Yes boleh taaruf:)

Banyak kisah aku dapat dari dia.
Minggu lepas masa dia pergi kelas, dia naik teksi dari LRT kat UM tu sampai API. Masa ondaway ke fakulti, dia perasan brader teksi tu bawak tempat lain. Kat bukit area UM tu.

Tiba-tiba brader tu suruh dia bukak seluar dia. Akak tu cakap tak mahu dan cuba sedaya upaya keluar dari teksi tu. Teksi tu kunci. Masa tu teksi still bergerak. So cuba bukak pintu teksi tu sambil beristigfar banyak kali. Pintu teksi yang terkunci tu, terbukak! dan kakak tu tergolek di jalanan.

:'( Allahu. The power of istigfar!

Lepas terjatuh tu, kakak tu tahan kereta lain. Ditakdirkan, memang ada kereta lalu situ!

Kakak tu cerita .Brader yang tumpangkan dia tu muka samseng. Tapi baik. Siap kata nak ambik dia bila habis kelas sebab marah gila dengan brader teksi yang biadap tu. Kakak tu meneruskan kelas dan aku memang tak tahu pun pasal ni sampai dia bagi tahu hari ni. Aku duduk sebelah dia kot hari tu. Memang tak nampak langsung muka takut ,panic dan sewaktu dengannya. Tenang je...

Masa aku dengar cerita tu, memang terkejut gila la. Marah pun ada, bersalah apatah lagi! Sebab last week aku tak tumpangkan kakak ni balik sebab aku ada meeting Kanun Amanah.Dan aku minta tolong kawan aku hantarkan. Natijahnya, aku sendiri pun sesat nak gi tempat meeting. Meeting dah nak habis, baru aku sampai. Balasan balasan....:'(


Rupanya ada perkara tragis berlaku kat kakak tu pagi tu. Walaupun aku hanya tumpangkan dia setelah habis kelas. Tetapi sangatlah serba salah :'(

Aku minta maaf banyak-banyak. Syukur akak tu tak apa-apa. Allah selamatkan dia. Orang nak pergi taman syurga kan. Sebegitu Allah uji untuk melihat keyakinan hambaNya. Dan Allah juga penyelamat segala.

Cerita kedua. Masih kakak yang sama.
Kakak ni ajar mengaji, dari pagi hingga malam. Ada beberapa sesi untuk remaja dan orang tua. Gigih kan. Hampir setiap hari dia buat kelas ni.

Aku tanya apa yang menyebabkan akak terus nak buat kerja kerja ni.
Dia cerita sebab kisah silam dia yang banyak mengajar.

Kawan kawan dia meninggal dunia ketika mereka semua berkonvoi untuk pergi ke kelab malam. Lima kereta terlibat. Daripada kemalangan itu, dua kereta terlibat dengan kemalangan, 6 orang meninggal dunia.

Kemalangan tragis ini ada terpampang di dada akbar. Sungguh mengaibkan kerana keadaan kawan-kawan yang mati itu dalam keadaan yang tidak menutup aurat dan bercampur lelaki wanita.

Maka kawan-kawan yang terselamat termasuklah kakak itu menguruskan jenazah kawan-kawan mereka. Banyak perkara yang akak itu belajar semasa menguruskan jenazah.

Dan ini merupakan titik tolak perubahan kakak itu.

Sungguh hidayah itu boleh  datang bila bila masa. Dan sungguh hidayah Allah itu teramat indah.
Dan asbab kita pernah berada dalam kegelapan itu kita lebih menghargai cahaya.....


Friday 7 October 2016

Cikgu yang kau anti dulu kini menjadi client sendiri. Kau rasa?



Masa aku form 1-3
Aku sekolah harian biasa
Kat situ aku baru belajar nak up
Hip hop , grunge( betul ke tak ejaan tu)
Rock, skin head, punk
Adalah mainan anak2 muda saat itu
Termasuk aku
Biasalah budak baru nak up
Rebel ntah apa apa
Bila form 4 and 5 jadi baik sikit
Sebab duduk asrama kan.
Haha

Aku dah hampir lupa zaman tu
Sampailah aku kena handle satu file ni
File melibatkan cikgu disiplin sekolah aku
Anak dia accident
So aku kena handle kes anak dia
Memang bila tengok file ni
Aku teringat kenangan lama
Zaman kegelapan yang penuh pancaroba tu haha

Cikgu tu datang office bersama anak dia yang accident tu
Dia memang ingatlah aku anak murid dia
Sebab pernah masuk bilik disiplin an
Haha
Lepas aku bagi dia legal advices
Aku minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki
Kat cikgu aku tuh
Sebab aku tahu
Memang Allah hantar dia pada aku untuk saat ini
Supaya minta maaf dengan dia
Yang dulu aku tak tahu  pun apa itu keberkatan ilmu!

Terus terang lepas minta maaf tu
Rasa lega
Rasa lapang ja
Melihat balik kebelakang
Jangan disesali barang yang lepas
Hakikat kegelapan itu kita lebih menghargai cahaya.

:)







Thursday 6 October 2016

Cinta dan ketakutan

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dekat kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi
(Lirik lagu wanita nyanyian dehearty)


Jarang aku berbicara perihal rasa
Rasa sesama mahluk
Suka cinta dan sayang
Antara laki laki dan perempuan
Fitrah yang sudah ditetapkan
Andai dijaga rapi memenuhi syariat
Anugerah terindah laksana bintang dicekerawala
Fitnah andai diperkotak katikkan
Andai syariat dilanggar
Kerna terlalu mengikut gelojak jiwa dan bisikan jahat

Pernah sahaja merasa perasaan itu
Dipendam sahaja agar tiada siapa tahu
Dititipkan doa moga dia bahagia
Andai dia yang terbaik
Pasti Tuhan satukan pada masa yang tepat
Tiba tiba dia telah berpunya
Senyumku pahit sekelat kopi tanpa gula
Ku panjatkan doa moga cinta dia bersama kekasih hati sampai ke syorga
Dan aku hanya berhaha berhuhu
Meneruskan perjalanan walau hati sepertinya punah
Walau dia tidak pernah memberikan harapan
Aku yang dangkal punyai perasaan seperti itu
Dan lafaz itu hanya tersimpan dibalik ruang waktu

Kehidupan diteruskan
Meniti caturan yang Tuhan takdirkan
Di ruang pekerjaan ini
Saban waktu aku disajikan dengan
Cinta yang dirobek
Cinta yang dikhianati
Cinta yang hanya dilakonkan
Cinta yang terhenti sekerat jalan
Saban hari berbondong bondong laki laki dan perempuan itu berpisah
Seakan lafaz cinta itu sememangnya tiada
Kerna sudah tiada kesafahaman berumah tangga
Hati hati itu diherdik dicerca
Terus membawa haluan masing masing
Walau pada dasarnya
Hubungan itu wujud atas dasar cinta!

Aku cuba menelan episod episod itu
Hubungan perkahwinan itu bukan hanya
Wujud atas dasar cinta
Tetapi yang lebih utama adalah tanggungjawab
Dan juga bagaimana laki laki dan perempuan itu
Cuba memahami antara satu sama lain
Asbab daripada perbezaan penciptaan mereka
Makin mendalam faham itu
Makin kurang kesalahfahamannya
Makin kurang masalah komunikasinya
Makin kokoh niatnya
Makin kokoh jalannya
Bahawa perkahwinan itu juga jambatan ke syorga

Dan asbab daripada saban waktu
disajikan episod sedih itu
Kerana pekerjaan ini
Terus terang
Takut untuk merasa suka kembali
Takut untuk punyai komitmen sejauh itu
Ah seakan takut dengan bayang bayang yang tiada penghujung
Walau saban minggu ada sahaja sahabat menjemput makan nasi minyak
Tidaklah aku risau bila pula masa aku tiba
Dan ternyata memang aku belum bersedia

Biarlah masa dan takdir yang menentukan segala.
Tik tok tik tok tik tok..





Saturday 1 October 2016

Hijrah ke arah pencerahan

Beberapa minggu ni, honestly aku rasa macam tak berapa betul sikit. Alhamdulillah Allah kurniakan rasa sedar bahawa diri ni dah tak berapa betul.

Rasa badan cucuk2, lenguh2x, ngantuk memanjang, susah nak fokus, lepas asar ke magrib, badan berhaba panas sehingga terbawa bawa dalam solat, dan banyak lagi benda2 aneh yang aku kene hadap.

Aku dah pergi darul syifaa. Dan benda paling terkejut adalah bila aku muntah2 masa ustaz baca ayat ruqyah.

Aku istigfar banyak2 lawan benda tu. Alhamdulillah, Allah izinkan benda tu keluar, dan agak mudah (ustaz habaq)

Ujian yang Allah kasi kali ini membuatkan aku teringat dan makin rindu pada arwah abah. Sebab arwah pun berdepan dengan hal yang sama.

Dan terima kasih  Ya Allah, at least aku juga turut merasa apa yg orang orang lain  rasa dalam melalui ujian yang hampir serupa.

Aku tidaklah kata aku kuat. Tapi hal ini membuatkan kita rasa ingin dekat dengan Tuhan. Tiada kuasa yang mampu mengatasi kuasa Tuhan.

Banyak tips dan amalan2 rohani aku dapat dari ustaz dan sahabat2.
MasyaAllah, ini semua peluang untuk rasa dekat dengan Tuhan.
Cuma pilihan di tangan, mahu atau tidak mahu.

Sahabat ada bagi tahu juga, kalau pergi masjid, kurang sikit sakitnya. Jadi, aku pun try lah pergi. Sebab kalau di rumah atau office, masa tengah baca atau dengar quran dan zikir, aku akan rasa loya dan muntah muntah.

So aku pun follow lah kata sahabat aku ni. Aku gamble pergi sorang sorang dari seri kmbangan ke shah alam. Haha.masjid favourite aku. Masjid sultan salehudin abd aziz.!

Aku bawak slow ja. Tahan ' sakit ' tu. Sebab dengar zikir dan ayat quran kat ikin fm, aku akan rasa mual- mual sikit. So kena bawa slow ja travel kat shah alam. Tak boleh drift dah macam selalu.



Dekat masjid, rasa badan ringan.
Alhmdulillah tak muntah2. Dan boleh buat apa apa yang patut untuk basahkan jiwa raga ni. eceh.

Ada ceramah pasal maal hijrah. Ujian yang Allah kasi ni adalah untuk menjadikan kita lebih baik. Ianya proses penghijrahan dan pengorbanan perjalanan menuju Tuhan.

Ini yang aku dapat simpulkan.

Hijrah dan pengorbanan
Saling bergandingan
Mana mungkin ia berpisah
Dalam mengungkap ceritera terindah

Rasul diutus pembawa risalah
Menukar kegelapan kepada cahaya
Dari banyak jalan yang berpecah bersepah
Kepada satu jalan yang menang dan bergaya!

Bumi madinah
Bumi keamanan dan keimanan
Dituntut Allah untuk rasul itu pergi
Bertemankan Abu Bakar sahabat sejati

Kaum quroish berbondong bondong
Memburu nabi kita tercinta
Boleh saja mereka tangkap nabi
Kerana kerap kali ada saja berlegar di luar gua thur itu
Namun sudah dalam suratan
Nabi dan sahabat dijaga rapi oleh Tuhan

Sesampai di madinah
Nabi bina masjid quba
Nabi persaudarakan muhajirin dan ansar
Nabi suruh orang islam berniaga

Hijrahnya ke madinah
Pengorbanan meninggalkan kampung tercinta
Yang dipenuhi kezaliman dan penindasan
Demi kelangsungan survival dakwah
Supaya mekar di bumi Allah

Dalam kehidupan ini
untuk menjadi yang lebih baik
Perlu ada pengorbanan
Walaupun berdikit dikit
Andai sebelum ini culas solatnya
Harus dikorbankan perasaan nafsu nafsi itu untuk mendirikan tiang agama
Andai sebelum ini seringkali berbicara hal keburukan orang
Harus dikorbankan rasa ingin bercakap hal orang dan lebih molek berdiam

Masing masing punya ceritera jahiliah tersendiri
Hanya diri sendiri dan Tuhan yang mengerti

Andai kita bertangguh
Entah selepas satu minit ini nyawa kita ditarik
Bagaimana?

Pelan pelan tidak mengapa
Asal mahu istiqamah
Bagaimana mahu istiqamah?
Ikhlaskan hati mu
Bagaimana mahu ikhlas?
Lazimkan saja perbuatan kebaikan itu
Doa moga Allah hadirkan keikhlasan dalam berbuat sesuatu

Sebagai analogi
Pertama kali kita memanah
Pasti saja tersasar dari target
Namun jika berkali kali dibuat latihan
Pasti saja targetnya tepat
Begitu juga keikhlasan!

Ayuh kita hijrah.
Sama sama.

Salam maal hijrah!