Powered By Blogger

Friday 1 December 2017

Teaser : Rasulullah, kami rindu

"Esok hari jadi Rasulullah. So , takkan nak sama je macam hari hari biasa. Ok cuba tanya group2 whatsapp lain, kot depa tahu mana mana tempat yang ada majlis ilmu". Getus hati .

Dan alhmdulillah, melalui maklumat daripada Kak Mid, ada perkongsian di Bangi oleh Ustaz Syaari abd Rahman. Namun dalam iklan poster tersebut tertulis, tempat adalah terhad. Jam menunjukkan pukul 10.18 malam. Terus sahaja aku mesej PIC program tersebut. Alhmdulillah, masih ada ruang kosong untuk diisi. 

Perkongsian daripada Ustaz Dato Rashidy Jamil Al Rashid & ustaz Syaari Abd Rahman. 

InsyaAllah untuk entry lepas ini, aku nak share pasal Rasulullah berdasarkan talk yang aku attend siang tadi. Entry tersebut akan dibahagikan kepada 2 bab. Huhu.

Membuak2 rasa rindu pada Rasulullah. Tadi masa lepak kat surau area rumah ada tahlil lepas isyak , sambil makan kambing bakar, ada seorang makcik ni datang menghampiri aku. Mak aku terus tegur dia.

"Bila akak nak pergi umrah?"tanya mama.

"InsyaAllah minggu depan."jawab mak cik .

Aku terus menyampuk. 
"Bestnya makcik. Saya nak pergi juga. Tapi saya tak de mahram." Sedih gila habaq hang rasa nak nanges pun ada time tu. Adik aku? Dah ajak tapi macam taknak lah paksa kan. InsyaAllah doakan lah dia nak join aku juga.

Makcik tu balas" kenapa tak bagi tahu awal2. Tak de mahram ya. Nanti pakcik uruskan. Boleh tu kita kautim" Suami makcik tu mutawwif dan selalu uruskan orang pi umrah.

Korang doakan lah aku dapat pergi umrah tahun depan. Tu aim aku. At least before aku mati, aku dapat jejak tempat tinggal Rasulullah. Dapat rasai bumi yang pertama kali menerima dakwah baginda. Duit takpe, boleh cari. Restu mama dah dapat. Ni tinggal mahram je. Haha. Nak kahwin? Aduh malas nak fikir. 

So untuk next entry, nantikan ya. Pasal Rasulullah. May be lambat sikit sebab aku kene cross refer dengan kitab sebab nota yang aku salin tu, tulisan laju bebenor. 

Okay. Jom selawat. Allahummasollialamuhammad

Tuesday 14 November 2017

Bab 1: Ledang via sagil 1.0-Antara Harapan dan Takdir Tuhan.

Hujan terus membasahi bumi. Hati mula risau untuk program hari esok. Malam itu sukar benar untuk melelapkan mata entah kenapa. Dipasang ayat Al-Quran disebelah  telinga, beberapa minit kemudian tidur juga akhirnya.

Jam menunjukkan pukul 3 pagi. Seusai bersiap, masih ada beberapa minit yang berbaki sementara menunggu Kak Hamidah sampai di rumah. Perasaan semalam masih lagi menerjah di ruang qalbu. Terus sahaja aku solat taubat dan hajat, moga Tuhan memadamkan dosa lalu yang menyebabkan hati ini semakin kusut, dan moga Tuhan mudahkan urusan segala, termasuklah program Ledang hari ini. Moga hati yang dangkal ini bisa melihat kebesaran Tuhan, yang tersimpan seribu satu hikmah kebaikan bagi hambaNya untuk berfikir.

Kak hamidah tiba. Kami bergerak ke Kajang menaiki keretaku untuk mengambil Kak Rasyidah dan Alam. Tepat pukul 5.00 pagi sebagaimana dirancang semalam, kami tiba di lokasi dan mengambil Kak Rasyidah. Aku menerima mesej daripada Alam yang sebenarnya sudah pun sampai namun disebabkan kawasan perumahan tersebut adalah rumah Aparment, bertawaf juga kami mencari kereta Alam.

Alam berjaya dijumpai. Kami bergerak ke lokasi seterusnya, Masjid Jamek Bandar Tangkak. Disebabkan kami dari Kajang, sepatutnya kami boleh keluar ke lebuhraya plus melalui exit UKM yang paling hampir. Namun dek kerana rancak berbual, diteruskan saja ke Lebuhraya Plus melalui exit UPM. 

"Alamak, agak jauh sedikit, insyaAllah sempat sampai ni sebelum 7.15 pagi."Getus hati.

Kereta axia kecil yang aku gelarkan Fateh, setia membawaku ke sana ke mari. Semalam, baru saja ditukar kedua-dua tayar hadapan. Justeru, tidak mempunyai masalah seandainya Fateh dipandu laju. Dan sudah menjadi kebiasaan sekiranya berpagian membelah angin, Fateh akan dipandu dengan kelajuan 120-140km. 

Tiba di kawasan Lebuhraya Senawang, jalan raya gelap gelita. Kelajuan masih kekal seperti sedia kala. Sambil berborak dengan sahabat di dalam kereta, mata kecil ini cuba untuk menambah fokus jalan di hadapan. Entah kenapa tiba di laluan material, Fateh terlanggar satu objek yang agak besar bewarna hitam. 

"Eh eh apa tu apa tu" tanya aku dengan penuh keblurran.

"Tokie tokie, angkat handbrake." Alam beritahu.

Alam angkat handbrake dan dalam masa yang sama aku turut menekan brake  di kaki dan membawa Fateh ke tepi jalan. Fateh disebelubungi bau hangus. 

"Ok, ok kita keluar dulu  dari kereta ni." Kata Alam. 

Aku terus melihat handphone. Jam 5.40 pagi.

"Weh, aku nak gi Ledang! Hahaha!" Jerit aku sambil ketawa membuka pintu untuk keluar kerana episod tragis pagi ini.



Tayar lori rupanya yang dilanggar. Dan tayar itu masih di tempat yang sama. Seakan nyawa dihujung tanduk apabila  melihat ada kereta juga yang turut melanggar dan saat itu kami masih berada di tepi jalan. Aku melihat ke belakang, banyak juga kereta yang tersadar ditepian. Dan ada juga terbakar. Kedengaran bunyi ambulans entah siapa pula yang meninggal. Alam mengalih tayar lori yang berada di tengah jalan itu. 

Otak ligat berfikir memikirkan naskah Tuhan kali ini. Aku terus menghantar mesej kepada group AJK, memberitahu apa yang berlaku. Sementara Kak Rasyidah menelefon Plus.

Seorang brother yang tidak dikenali datang menghampiri. Katanya dari Produa dan panel Plus. Plus yang menghubungi beliau kerana terdapat kemalangan disitu. Setelah perbincangan dibuat, aku pun bersetuju untuk menghantar kereta itu ke Produa Senawang setelah diambil gambar oleh pihak polis di IPD rembau.

Kami solat berjemaah di tepi lebuh raya itu. Sesekali terdengar bunyi kereta melanggar serpihan besi-besi kecil yang masih berada ditengah jalan. Seakan nyawa bakal dicabut saat itu, solat yang dikerjakan kali ini sangat luar biasa sekali. Allahu.:'(

Beberapa minit kemudian, kereta Amar and da gang tiba. Lukman and da gang juga ada. Setelah perbincangan dibuat, Kak Hamidah dan Alam menaiki kereta Lukman, sementara aku dan Kak Rasyidah pergi ke IPD Rembau untuk membuat laporan polis.

" Ok korang! Biar apa pun berlaku, kita akan jumpa di Ledang okay!"

Aku dan Kak Rasyidah bergegas  ke kereta brother Produa yang akan membawaku dan Kak Rasyidah ke IPD Rembau.

 Setibanya di IPD Rembau, laporan polis terus dibuat. Segala keterangan diberikan kepada Pegawai Penyiasat. Mujur di firma selalu juga handle kes accident, jadi adalah sedikit pengetahuan apa yang perlu dibuat selepas ini.

" Nanti kamu naik gunung Ledang, hantar gambar view puncak kepada saya ya.haha" Sempat juga Pegawai Penyiasat ni berseloroh.

Naufal dan Badd datang mengambil kami di IPD Rembau. Setelah segala urusan selesai, kami bertolak ke Ledang. Sepanjang perjalanan, aku hanya mampu bermuhasabah akan apa yang berlaku sedari pagi tadi. Memang cantik aturan Allah. Sengaja Dia "melambatkan" aku, (mengambil masa untuk cari kereta Alam, masuk exit yang lebih jauh) untuk mengelakkan kemalangan yang lebih besar. Kerana rupanya tayar lori yang aku langgar itu adalah rentetan daripada kemalangan lori trailer dari arah bertentangan yang melanggar divider jalan yang menyebabkan tayar lori tercampak kearah yang bertentangan. Dan perbicangan untuk membawa Alam juga dilakukan last minute setelah menimbangtara jarak perjalanan yang sedia ada.
Terima kasih Tuhan kerana masih memanjangkan nyawa kami. Alhamdulillah.

Kami tiba di post pendaftaran Ledang. Terima kasih Tuhan kerana masih memilih aku untuk ke sini buat kesekian kalinya. Tajdid niat! Bismillah.

-bersambung














Wednesday 25 October 2017

wahai suami jangan jadi dayus!

Awal pagi tadi ketika bersarapan, sambil menyuap roti di dalam mulut , aku dikejutkan dengan suatu panggilan telefon yang telah lama aku tidak dengar khabar si pemanggilnya. Cepat sahaja aku angkat panggilan tersebut.

Terdengar esakan suara itu. Episod pagi yang tenang bertemankan suria cerah terus sahaja berubah. 
"Ki, apa patut aku cakap pada polis ya, aku baru sahaja kena pukul dengan suami aku. Bapak aku suruh aku report polis. Tapi aku masih sayang suami aku. Aku takut nanti apa-apa jadi pada suami aku,"

Aku menarik nafas dalam-dalam. Cuba dikawal perasaan marah yang ada dan  berfikir serasional mungkin. Pantang benar kalau dengar kes lelaki mula angkat tangan(pukul) wanita. Apatah lagi pada sahabat yang agak rapat. 

" Boleh aku tanya, sebelum daripada ini, pernah kau kena pukul tak? Bukan kau sekarang tengah mengandung ke?"

"Haah ki, isk..isk.(menangis lagi), aku tengah mengandung. Sebelum aku mengandung hari tu pun, dia ada pukul aku juga."

"Boleh aku tahu kenapa dan bagaimana cara dia pukul kau?" Tanya aku tanpa fikir panjang.

"Dia kata aku tak mau dengar cakap dia. Aku pun suruh dia diam, sebab aku pun tengah kawal diri aku supaya jangan marah-marah. Aku tahu dia baran, dan aku pun baran juga, tapi aku cuba kawal ki. Tadi dia pukul aku lagi, aku balas balik, lepas tu dia terus lagi pukul aku weh."

"Macammana cara dia pukul kau."

"Dia tampar aku, lepas tu dia cekik aku, lepas tu dia baling aku atas katil, lepas tu dia gigit belakang aku, banyak lagi ki.."

Dalam hati aku, sumpah seranah bertemankan kata kata kesat aku lemparkan pada suami dia. Biadap !

Sekali lagi aku menarik nafas dalam-dalam dan mengawal emosi yang ada." Kau pergi sekarang balai polis, beritahu polis apa yang suami buat pada kau, tminta perlindungan. Beritahu ja cara dan bagaimana suami kau pukul kau. Depends on DPP nak tuduh atau tak suami kau ni. Kes ini under domestic violence dan kau boleh minta perintah perlindungan. Walaupun aku tak meletakkan harapan yang polis akan buat kerja kalau kes-kes macam ni, tapi weh please buat juga laporan polis"

"Tapi suami aku fitnah aku , aku nusyuz macammana weh?"

"Suami kau hanya ada hak nak failkan permohonan nusyuz di Mahkamah. Tetapi yang sabitkan sama ada kau nusyuz atau tidak, adalah hakim. Dan alasan kau untuk keluar dari rumah tu memang munasabah atas faktor keselamatan weh. Melihat keadaaan kau macam ni, better kau keluar je dari rumah tu, tinggal dengan mak ayah kau. Kau mengandung macam ni pun dia berani pukul. Lepas ni apa pula yang akan jadi."

"Ki, kalau dia kena tangkap polis macammana? Aku boleh tarik balik kan report"

" Boleh, itu hak kau. Tapi, please report polis sekarang juga". Dalam hati aku, kalau dah beberapa kali angkat tangan(pukul) tu, elok juga tangan tu kena gari, aku nak cakap benda ni tapi tak sampai hati

" Ok ki, aku dah ondaway ke balai polis, doakan aku weh."

" Stay strong my dear, doa aku sentiasa ada untuk kau. Kalau sempat, pergi jumpa doktor, dapatkan medical report, untuk hal berbangkit pada masa depan."

Selepas panggilan ditamatkan, tidak semena-mena air mata  mengalir memikirkan sahabat itu. Andai kau dekat, sudah lama aku ambil emergency leave untuk selesaikan urusan kau.

Wahai lelaki yang secara fitrahnya sebagai pelindung, jalankanlah tanggungjawab itu sebaiknya. Jangan dicalarkan harapan dan peranan  yang ada. Sungguh, kau nakhoda rumah tangga. Seandainya kau gagal mengemudinya, malapetaka bahtera!

Hari ini.Sedih. Allahu;'(



Thursday 28 September 2017

terhiris dan terguris

Terhiris dan terguris

Hati
Senang saja terhiris
Apa lagi terguris
Lalu meninggalkan luka
Kesan yang dalam

Siapa tiada mengerti
Hanya dihiris dan diguris yang tahu

Aku bukan engkau
Engkau bukan aku
Kita tidak sama
Tolong jangan samakan aku dan engkau

Terhiris dan terguris lagi
Ayuh kita bawa diri
Di ruang yang lebih bahagia
Yang tidak membuatkan hati  menangis lagi

Dia tidak tahu
kerana dia bukan aku

Tuesday 19 September 2017

Adik adik tepian jalan

Semalam hari isnin,  aku menghabiskan rutin malamku di belakang bangunan Alka Ria yang terletak di Chowkit. Sudah agak lama aku tidak pergi ke tempat ini, hampir dua purnama lamanya.  Ada saja perkara berbangkit pada setiap hari isnin (malam). Kali ini, aku pergi bersama Kak Farah, teman seusrah.

Setibanya kami di sana, ada seorang kanak-kanak kecil meluru ke arah keretaku. Molek saja kereta diletakkan  dibelakang bangunan, budak kecil tersebut terus mengetuk-ngetuk pintu kereta menyuruh kami keluar. Tertawa kami melihat telatah anak kecil ini, seakan menyambut kepulangan ayah membelikan jajan seusai pulang dari kerja. Dia salam tanganku dan menarikku ke tempat belajar. Ya, sama saja tempat belajar ini seperti dua bulan yang sebelumnya.

Entah kenapa hati diselubungi suram kerna memikirkan hal mutakhir ini, akan nasib anak-anak kecil ini dikemudian hari. Masih adakah ruang bahagia untuk mereka, tatkala disekeliling mereka penuh dengan episod tragis. Masih adakah ruang cinta untuk mereka, tatkala disekeliling mereka penuh dengan cerca nista dan penindasan.

Kalam iqra' dibuka, memujuk adik adik kecil membaca alif ba ta. Ada saja keletah mereka, baru saja beberapa minit membaca, sudah menggelupur minta diri untuk bermain, dipujuk berkali kali dijanjikan habuan permainan indah-indah, nah, dia fokus kembali.

Malam tadi sekejap sahaja bersama mereka kerana bilangan kami yang mengajar sedikit. Setelah selesai mengajar, aku dan kak farah mengambil angin berjalan di sekitar  kaki lima bangunan itu mentadabur manusia. Malam ini tidak seperti malam-malam lain. Sunyi. Tetapi penghuni di kaki lima itu masih ada. Orang yang sama. Anak-anak kecil yang sama. Allah:'(

Kak farah, seorang yang sangat ceria dengan kanak-kanak, terus menghampiri anak kecil bernama Firdaus, yang dari tadi aku lihat bermain air lecak di kaki lima itu.  Firdaus terus sahaja memercikkan air lecak kepada kak Farah setelah melihat ketibaan kami.  Kak farah mengejar firdaus dan terus mendukungnya sambil berpusing pusing mengikut arah jam. Malam yang tadi sunyi ternyata indah dengan hilai tawa mereka.

Tidak semena-mena, air mata ini tumpah melihat episod spontan dihadapan kini. Seorang  adik kecil yang tidak punya pilihan untuk terus berada di lorong kecil ini. Bagaimana untuk aku membawanya keluar dari ruang gelap ini. Bagaimana untuk aku katakan kepadamu wahai adik, dihadapanmu ada saja orang yang baik-baik untuk kamu. Bagaimana untuk aku katakan kepadamu wahai adik, dihadapanmu, kamu tidak akan terpengaruh dengan anasir luar yang bakal meragut kesucianmu.

Sedangkan kau berada di lorong itu....

Tuhan, tolong lindungi mereka. Berikan kami kekuatan untuk melawan penindasan ini dengan kapasiti yang kami ada. Berikan kami kekuatan ruang dan masa, untuk kami membawa mereka keluar dari lorong yang gelap itu. Tidaklah dapat kami lakukan, melainkan dengan pertolonganMu tanpa putus.

Kami pulang ke rumah. Aku mendapat mesej dari sahabat di dalam group.
" Sebelum tidur, mari sama-sama cek, secara jujur renung ke dalam mata hati. Kemudian tanya pada diri sendiri, bila kali terakhir kita buat sesuatu  semata-mata kerana Allah"

Setelah lelah berfikir dan merenung, aku tertidur.





Monday 18 September 2017

adik adik tahfiz vs adik adik harapan

Peristiwa kebakaran yang berlaku di Madrasah Darul Quran Ittifaqiah wajar diambil ibrah oleh kita yang masih miliki jiwa manusia.

Sangatlah mengejutkan apabila yang merancang pembunuhan beramai-ramai itu adalah terdiri daripada generasi muda pewaris harapan negara.

Tiadalah penulisan ini digunakan untuk menghukum mereka yang melakukan perbuatan terkutuk itu, yang kita lihat umur mereka juga hampir sebaya dengan adik-adik yang telah menemui Pencipta akibat daripada perbuatan itu.

Adakah kita lupa, islam mendidik kita agar membenci perbuatan dosa, bukan si perilaku.

Adakah kita lupa, islam adalah agama kasih sayang, bukan menyebarkan kebencian.

Adakah kita lupa, islam menyuruh kita mendidik, bukan menghukum, melainkan kita mempunyai otoriti tertentu.

Adakah kita lupa, islam itu menawarkan harapan, bukannya putus asa.

Adakah kita lupa, peranan kita sebagai manusia di dunia sementara ini.


Adakah kita lupa, adik adik yang akan dibicarakan di Mahkamah selepas ini akibat daripada perbuatan mereka, masih muda, justeru harapan masih ada?

Apa tindakan kita selepas ini?
Di dunia saat ini, ramai orang tua atau orang muda?
Apa kita masih mahu teruskan kebiasaan yang sedia ada?



Monday 11 September 2017

Part 8: Kerinci membawa pelbagai erti

Malam 20.8.2017
Aku dan kak nora terus turun ke bawah homestay. Kelihatan Andika, Ita, Kak Sarah dan Firdaus sedang rancak berbual. Kak Nora mendahului  membersihkan diri. Aku tumpang sekaki mendengar celoteh Andika kerana  bukan senang untuk mendapat peluang keemasan ini. Andika yang aku kenal pendiam orangnya.


"Kita bisa dapatkan apa yang kita inginkan. Itu kita panggil the power of mind!" Kata kata Andika berlegar dalam benak fikiranku. Payah untuk aku melelapkan mata seusai membersihkan diri.


Kenangan O.T.K, program bersama sahabat GPMS menerjah ruang bilik gelap itu. Kami ditakdirkan Tuhan untuk berada di belantara kota raya sehelai sepinggang selama 7 hari. Segala wang saku, dokumen identiti diri dirampas oleh trainer durjana. Hidup aku selama 7 hari terumbang ambing tanpa arah tuju. Tidur berbumbungkan langit, sama sahaja seperti sahabat gelendangan di kaki lima kedai-kedai dan tepian jalan. Makan sekadarnya. Demi meneruskan survival hidup, kami bekerja mencari wang, sambil melakukan task yang diberi dan misi kami paling utama adalah untuk pergi Melaka. Sehinggalah kami hampir dimasukkan lokap oleh polis, gara gara salah laku membawa binatang ternakan (barang amanah) di pusat membeli belah, kerana disangkanya polis kami dari gerakan sesat. Pesan daripada ketua trainer. "Kau akan dapat apa yang kau nak!" Sejujurnya, program ini banyak meninggalkan kesan pada aku. Terutama dari sudut cara berfikir.

"Ahhh!!Sama dengan Andika cakap! Patutlah macam pernah dengar!"

Berlabuhlah malam pabilakan sampai waktunya
Fajar subuh mula menyinsing, sinar sang suria.


Keesokan harinya. 21.8.2017
Pagi yang hening sekali.

Selepas membersihkan diri, aku mengambil keputusan untuk keluar makan angin di luar. Sungguh indah lukisan alam di luar homestay saat itu. Kelihatan Acap, Hakim dan Iwan  sedang asyik menangkap gambar berlatarbelakangkan Gunung Kerinci. Nasib tidak menyebelahi aku, kerana awan menutupi lukisan gunung itu secara keseluruhan sewaktu tiba giliranku untuk menangkap gambar.




Kami semua mengemas barang masing-masing. Seusai sarapan pagi, kami menghadiahkan diri dengan air teh hangat, sebagai penutup kembara di Kerinci.

Wahai Kerinci yang terpasak megah..
bila lagi kita bertemu..


Perjalanan ke Padang bermula. Sambil melihat diluar tingkap van, akalku ligat memikirkan apa yang dapat aku tadabbur dari anugerah Tuhan kali ini. Sungguh, pelajaran dari alam tidak pernah mengecewakan!

Perjalanan kami tersekat dek kerana ada dua lori kecelakaan menyebabkan mobil-mobil lain yang melalui jalan yang sama turut  menerima tempiasnya.

Kami mengambil peluang untuk melihat apa yang terjadi walaupun kami tahu, kehadiran kami ditempat itu tidak akan mendatangkan kesan apa apa. Sempat juga berkenalan dengan penduduk tempatan, yang ternyata sudah lali dengan ragam dan mehnah disitu.

Bagi mengurangkan kebosanan yang sebenarnya sudah hampir mencapai tahap maksima, kami bermain permainan pembunuh. Acap sebagai pengalun ceritera. Dan kami sebagai pemegang watak utama dan/atau picisan. Permainan ini penuh dengan tipu helah terutama bagi mereka yang telah dicaturkan menjadi pembunuh.


Perjalanan diteruskan. Kali ini lebih menyeronokkan apabila lagu yang diputarkan adalah rock 90an, yang sangat sebati dengan jiwa aku. Tidaklah bosan sebagaimana perjalanan pergi. Rata ratanya bernyanyi dengan penuh perasaan terutama lagu 'Alasanmu-exist' .haha.

Kami tiba di hotel. Selesa sekali. Hari sudah jauh malam. Terus sahaja aku tidur melepaskan lelah selepas membersihkan diri. Walaupun pada awalnya ada sahabat yang mengajak untuk keluar malam itu, tidaklah dapat aku sahut  kerana terlalu capek!



22.8.2017
Juzuk pagi itu berlainan sekali. Setelah membuat keputusan untuk memakai jubah yang berkedut seribu, dengan kaki sedikit tempang, aku mencari seterika di setiap tingkat hotel kami. Namun, apa yang diharapkan tidak ada.

"Kita akan dapat apa yang kita nak. The power of mind."Kata kata ini terngiang-ngiang lagi.

 Aku dan kak sarah mencari setereka berpagian. Sekali lagi aku tawaf hotel kami. Kali ini bersama kak sarah. Sememangnya tiada. Di hotel sebelah pun, tidak ada. Barulah kami tahu , berbeda dengan Malaysia, hotel disini memang tidak menyediakan seterika. Cuma perkhidmatan ini hanya disediakan oleh pihak ketiga/laundry pada waktu-waktu tertentu.

Kami pergi ke tempat yang ketiga. Sekali lagi hampa. Aku sudah berkira kira untuk memakai baju lain. Sehinggalah saat kami berjumpa dengan seorang hamba Tuhan, yang sebenarnya adalah orang yang sama di hotel sebelah, menawarkan khidmat untuk memberikan saterika kepada kami dalam sedikit masa lagi.

"Akak Sarah! The power of mind! Yeayyy!" Ternyata konsep ini juga sama seperti bersangka baik dengan Tuhan.

..

Pagi itu, kami bersarapan di gerai makan yang sebenarnya agak jauh dari hotel kami. Walaupun kata Andika, dekat sahaja jaraknya,  kesakitan kaki yang ada menyebabkan perjalanan terasa begitu jauh.

Pertama kali aku merasai,
Air advokat yang begitu pekat sekali


Setelah penat berjalan di kawasan sekitar dan membeli barang cenderahati, kami menaiki mobil ke muzium yang berdekatan.

Takjub aku melihat segolongan wanita anggun memakai busana tradisional masyarakat Padang. Begitu teliti tenunan kain dan juga cara lipatan kerudung (penutup kepala).

Selepas beberapa minit disitu, sekali lagi kami singgah di kedai cenderahati yang berdekatan dan seterusnya pulang ke hotel berkemas barang dan kemudiannya pergi ke lapangan terbang.

Aku ditakdirkan duduk bersebelahan dengan seorang makcik yang tinggal berhampiran dengan tempat tinggal aku di malaysia. Dia menawarkan diri untuk menghantarku pulang memandangkan rumah kami sangat dekat. Disebabkan iwan kata ada meeting sesampainya kali di KLIA, aku menolak tawaran tersebut.

Entah kenapa aku selesa dengan makcik ini. Barangkali kerana dia penuh dengan sifat keibuan. Rupanya makcik ini baru sahaja kematian suami seminggu yang lepas, yang mana 14 hari sebelum daripada itu, ayahnya juga baru sahaja meninggal dunia. Sudah tertulis dalam luh mahfuz akan hakikat kematian. Sungguh, kita yang masih ada di dunia ini tidak punya pilihan lain, melainkan reda menerima takdir tatkala kehilangan orang tersayang. Dan percayalah, itulah anugerah terbesar pada kita yang masih hdup, kerana diingatkan dengan kematian. Bukankah orang yang bijaksana adalah orang yang sering mengingati mati?

Setibanya di KLIA, kami solat dan makan. Meeting tidak jadi, masing masing terus membawa haluan sendiri. Aku, kak sarah, kak nora, ita, afiq, acap, dan hakim memilih untuk menaiki bus ke kl sentral. Setibanya di kl sentral, aku dan hakim menaiki ktm yang berbeda haluan, dia ke klang, manakala aku ke serdang. Sementara acap dan kak nora, menghala ke lrt, ita dan kak sarah, menghala ke PJ.

Kusangka petualang kami telah selesai namun ternyata tidak. Hakim yang pada awalnya telah terlebih dahulu naik ktm menghala ke klang, terpaksa keluar semula dari ktm tersebut, kerana train delay. Tidak semena-mena, lampu dalam ktm tersebut gelap dan diluarnya tertulis 'NOT IN SERVICE'.

Aku hanya mampu menggeleng dan ketawa melihat apa yang berlaku. Sejujurnya aku juga risau seandainya penyakit train delay ini juga berjangkit pada train lain, habislah aku!

"Tokie sini jap" Hakim memanggil.
Aku pergi ke arah Hakim. " Asal?"

Rupanya ada seorang hamba Tuhan datang ke arah Hakim memohon bantuan. Dikatakan dia baru sahaja memeluk islam dan menyatakan hasrat untuk membawa anak dan isterinya ke sini kerana risau akan keselamatan mereka di kampung sendiri. Tidaklah dia dapat tunjukkan dokumen hitam putih kad islamnya saat itu. Kurang beberapa minit sahaja aku dan hakim berbicara dengan hamba Tuhan itu, ktm menuju ke serdang tiba. Hanya bersangka baik dengan Tuhan, wang semampunya diberikan kepada hamba Tuhan itu, dan aku berlalu pergi.

Hakim mengkhabarkan dia akan menyerahkan hal itu kepada pakcik hidayah centre shah alam untuk membantu hamba Tuhan itu. Dokumen penting seperti kad pengenalan, nombor telefon dan gambarnya telah diambil bagi memudahkan urusan Hidayah centre pada masa akan datang. Wang juga turut diberikan kepadanya, mana tahu boleh dijadikan tambang atau digunakan pada hal hal lain yang berbangkit.

Petualang Hakim agak panjang berbanding kami yang lain kali ini.

Tuhan merezeki Hakim dengan kehadiran hamba Tuhan dengan 'melambatkan' kenderaan yang dinaiki untuk sampai di rumah. Pada waktu yang material,  isu sama ada Hamba Tuhan itu sendiket atau tidak, tidak wajar dijadikan persoalan tetapi apakah tindakan kita saat berdepan dengan aturan Tuhan seperti itu. Bagiku, cukuplah sekadar kita berhati hati bermuamalah dengannya, dan membantunya setelah mendapat tahu hal itu secara zahirnya , kerana dia juga manusia seperti kita. Bukankah islam itu telah lama hadir untuk memanusiakan manusia?
 Thumbs up Hakim!
.
.

Setiap juzuk petualang Kerinci yang Tuhan titipkan, sangatlah mahal seandainya dihadirkan hati untuk memahami. Ada sahaja yang Tuhan sedang khabarkan, memanggil engkau wahai sang manusia untuk merasai kebesaran dan kehebatanNya. Alam berbicara dengan manusia, untuk kita berfikir dan zikir. Jangan hanya dikenang kenang nikmat yang ada, tetapi kenanglah dan pujilah pada Yang Maha Pemberi Nikmat. Moga segala yang kita lalui, memberikan kita kekuatan dalam berdepan dengan tingkatan tingkatan hidup menuju hari Kemenangan.

Sekian coretan kata daripada hamba yang hina ini. Mohon kemaafan seandainya ada yang terluka dengan tulisan tulisan ini. Tiadalah niat yang lain, melainkan berkongsi rasa yang ada tatkala Tuhan memilih kita untuk ke daerah yang asing, Kerinci.

Terima kasih.
Assalamualaikum





















































Saturday 9 September 2017

Episod dilanggar, fikir dan terus fikir

Takdir Tuhan menempatkan diri pada hari ini dalam kecelakaan, tatkala kereta dilanggar oleh seorang hamba Tuhan juga, berusia 57 tahun. Bukanlah salahku secara total, kerana dia mengundur keretanya tanpa melakukan prosedur munasabah selaku pemandu kereta berhemah. Diminta ampun kepadaku berkali kali, lantas bersunguh sunguh mahu bertanggungjawab dan membayar ganti rugi, aku bersetuju. Berlalulah kami ke bengkel kereta, dan sementera menunggu kereta siap, kami makan di ruang makan yang berdekatan.

Bait bait pesan pakcik, aku ingat satu persatu. Siapa sangka orang yang melanggar kereta kita, bisa aja menitipkan pesan pesan magis dari Tuhan kerana bertapa faham dan yakinnya dia pada hakikat hari kemenangan, dengan cara berpesan pesan dengan kebaikan dan kesabaran.

Perbualan diselang seli dengan pertanyaan dan persoalan. Yang adakalanya aku gugup untuk memberikan jawapan, kerana setiap jawapan yang ditimbulkan pasti ada persoalan yang baru. Hikmah orang tua kerana pengalaman dan keilmuannya, mana mungkin setanding dengan anak muda yang mentah seperti aku.

Izinkan aku menulis, kerana selemah lemah ingatan, adalah sebaik baik tulisan.

Kenapa harus dibaca dengan nama Tuhan pada setiap perilaku kita, hatta sekecil-kecil perbuatan sekalipun. Kalimah bismi, memberi erti, dengan nama, atau dalam bahasa moden itu kita kenal sebagai 'ism'. Tentu sekali kita pernah dengar apa itu nasionalism, liberalism, capatalism, dan segala 'ism' yang ada dalam alam kejadian yang Tuhan ciptakan ini. 'Ism' itu adalah pemikiran, ideologi, cara aturan hidup.
Capatalism itu apa? Kebendaan. Nasionalism tu apa. Kebangsaan. Justeru kenapa perlu dibaca bismillah, dengan nama Tuhan pada setiap perbuatan?


 Sang manusia  yang punyai peranan sebagai abid dan khalifah, memulakan segala pekerjaan dengan menyebut nama Tuhan, adalah sebagai kepatuhan kita bahawa apa yang kita lakukan adalah sebagai memenuhi syariat yang Tuhan tetapkan. Hidup mati kita adalah berdasarkan apa yang Tuhan telah gariskan.


Pernah kita terfikir dan berfikir kenapa begitu banyak kata kata Tuhan, memberikan perlambangan air sungai mengalir. Pernah kita lihat, air sungai yang mengalir tanpa henti dan mengikut arus itu, akan berhenti ditakuk mana. Apa yang Tuhan sudah dan sedang khabarkan kepada kita, wahai manusia mahkluk yang sememangnya bijaksana seandainya menggunakan akal untuk berfikir?

Air sungai mengalir mengikut arus. Begitulah kehidupan kita sebagai mahkluk yang lemah, wajib mengikut syariatNya dalam memakmurkan bumi ini (soleh). Dalam kita berseru kearah kebaikan dan kesabaran juga, seharusnya mengikut arus, selari dengan siapa mad'unya(muslih-mengajak orang lain juga berbuat baik, kerana bukan kita sahaja ingin masuk syorga).

Apa jadi kalau kita tidak mengikut arus, bahkan kita boleh lihat, segala macam hal di dalam sungai itu yang bergerak tidak mengikut arus, pasti saja tersekat, dan yang tersekat itu pasti sahaja berupa sisa buangan atau sampah. Begitulah kehidupan kita, pasti saja hati tidak tenang dan terumbang ambing seandainya jauh dengan syariat islam. Berdakwah secara semborono dan tidak berhikmah, pasti sahaja kita menzalimi mad'u kita. Bahkan bukan sahaja mad'u kita yang keciciran, malah kita juga dua kali lima kerana kebobrokan sendiri.

Dimana perginya sungai yang mengalir, sungai yang mengalir akan terus ke samudera lautan yang luas. Bergitulah kehidupan kita, ilmu dan hikmah yang dititipkan Tuhan sangatlah luas, justeru tinggallah kita sama ada dalam memenuhi tuntutan menjadi muslim yang soleh dan musleh, adakah kita turut bersekali memburu ilmu dan hikmah yang Tuhan hadiahkan tanpa penghujung.

Apakah kita sudah benar benar memahami dan mendalami Al Quran. Adakah kita benar benar telah beramal sebagaimana dimanualkan dalam alQuran. Adakah kita benar benar mentadabburnya. Pernahkah kita terfikir, kenapa dinamakan sapi betina pada surah  yang kedua. Apakah selama ini kita sekadar membaca ayat ayatNya , namun sebenarnya al Quran sendiri telah menemplak kita kerana tidak mahu berfikir saat membaca dan memahaminya. Kerana itulah kita acap kali gagal dan terus melanggar garis panduanNya.

Apakah orang sekeliling kita telah benar benar merasakan magis akan indahnya islam hasil daripada tindakan tindakan dan/ atau pesan pesan kita pada kebaikan dan kesabaran . Termasuklah keluarga terdekat, sahabat handai, jiran tetangga, non muslim dan lain lain.

Adakah cukup kita ke kuliah kuliah agama, majlis majlis ilmu, usrah atau halaqah kecil, hanya untuk pembaikan diri sendiri, dan mungkin juga sekiranya sudah ada anak usrah, cukup sahaja kita mengusrahkan anak usrah kita sehingga 2, 3 tahun, sedangkan, dakwah kepada keluarga sendiri , pada jiran tetangga, pada sahabat handai, pada non muslim, dan lain lain tidak pula kita sentuh. Adilkah kita.

Kita mahu 7 star hotel di syorga. Adakah pengharapan dan tindakan kita melayakkan kita ke sana.

Terlalu banyak lagi pertanyaan dan persoalan yang dimuntahkan oleh pak cik tua itu pada aku untuk aku coretkan disini. Sungguh, teguran Tuhan saat kereta dilanggar, dan yang menitipkan pesan dan persoalan  itu adalah daripada orang yang melanggar kereta kecilmu, benar benar membuatkan aku berfikir.

Adakah aku benar benar menjadi orang yang menang saat hari kemenangan(kiamat) nanti, walaupun hari ini aku telah menang kerana terbukti aku tidak bersalah dan telah pun mendapat ganti rugi(dibaiki kereta).












Wednesday 6 September 2017

Part 7: Kerinci membawa pelbagai erti

Episod turun  gunung dari shelter 2 agak tragis. Seakan mengiakan detik hati.


Keadaan track yang sama saja seperti   semalam melambatkan langkah kami. Berkali kali juga kasut tenggelam. Telefon bimbit yang setia menemani memutarkan lagu lagu indah semakin tenat speakernya membuatkan hati tidak keruan. Sekejap berbunyi, sekejap diam.


Kerana ketakutan saat turun dari gunung ditambah dengan keadaan track yang tidak memihak pada si pendaki, aku memilih untuk berada di tengah tengah kumpulan.



Sesekali aksi melontar lembing yang sangat membahayakan dilakukan oleh kami. Ternyata tongkat yang sebelumnya kawan kini menjadi lawan.


Firdaus  kepewaian. Sesekali  kata kata positif kami ungkapkan dan berharap agar dia tidak terus begitu.


Pelajaran di YYBTN, menolong sahabat yang sedang sulit saat kau juga sulit.Aku  cuba belajar untuk maknai. Langkah sengaja dilambatkan menunggu yang lain.


"Ita, biar tokie bawa beg ita, beg tokie ringan gila seriusly, kita tukar beg sekarang okay." 

Ita pada awalnya menolak kerana aku sengugut dan begnya berat. Aku cuba yakinkan Ita kerana itu hal kesakitan semalam, hari ini baik-baik sahaja dan akhirnya servis membawa beg bertukar tangan. Ita membawa beg aku yang lebih ringan, sementera aku membawa beg ita.


Kali ini pergerakan lebih terbatas kerana ternyata beg Ita begitu panjang untuk orang kerdil macam aku. Ahh, redah saja.

Teringat mula-mula terjebak dalam dunia mendaki bersama GPMS sewaktu zaman universiti. Pesan trainer . "Penat itu perasaan. Perasaan itu boleh dikawal!"


Saat berjalan  berseorangan sambil  membetulkan speaker telefon bimbit yang semakin tenat, kelihatan seorang pendaki duduk berehat. Kepenatan barangkali. Dia senyum. Manis sekali. Adakah dia Zainudin? haha

"Nama kamu syiapa?"  Aku kaget. Jarang orang bertanyakan nama di awal pertemuan apatah lagi semasa mendaki. Orang lebih gemar memberikan kata semangat dan meneruskan langkah. 

"Err, saya Atiqah." Segan pula mahu khabarkan nama pentasku. Ahh, nama sebenar lagi punyai maksud.

"Kamu dari mana?" 
"Saya dari Kuala Lumpur, kamu?"
"Saya dari Palembang"

"Ish, macam dialog dalam wayang Ketika Cinta Bertasbih pula antara Mas Azzam dan Emmba' Anna Althafunnisak pulak dah." Detik hati.

Aku pun minta izin beransur dulu kerana risau makin jauh ditinggalkan kak sarah yang sebelum ini berada di hadapanku. Padahal malu! Alah lupa pula tanya nama. Adeh!



Perjalanan diteruskan dan kami rehat sebentar melempiaskan kepenatan. Lutut Ita tercedera rupanya. Terjatuh lepas makan painkiller. Melihatkan keadaan Ita, Iwan meminta Kak nora untuk assist Ita turun. Sementara kami yang lain di belakangnya.

Kenangan pedih YYBTN terus menerjah. Kedua-dua kuku ibu jari kaki  ini menunggu masa untuk tercabut pada hari ketiga. Malah, masih lagi berbaki 1 hari untuk menamatkan pendakian. Beberapa sahabat berkeras untuk membawa barang-barang yang ada dalam beg aku  walaupun tidaklah aku redha saat itu, kerana memikirkan susahnya menambah beban dalam beg mereka.


Sudah dua orang ditakdirkan Tuhan cedera. Aku berdoa moga tidak ada yang ketiga. Aku yakin ada tarbiah yang Tuhan sedang kirimkan dalam belantara yang cukup tebal ini.


Hari beransur gelap. Ongki melarang aku memasang lagu kerana biarlah kita berbicara dengan alam. Seakan ada maksud lain larangannya.


Kali ini aku terkemudian bersama Agus dan Ongki. Disebabkan pace yang terlalu perlahan, aku banyak duduk menunggu yang lain jalan terlebih dahulu. Sesekali Kak sarah dan Hakim turut serta. Kaki mula kebas-kebas. Aku berharap dalam keadaan genting ini, senggugut gila ini tidak menjelma lagi.


Kak sarah seakan berbisik perlahan . "Trip kali ini, memang kita kena banyak belajar berlapang dada."
Okay, aku sentap. Istigfar berulang-ulang kerana dari tadi aku berperang dengan perasaan sendiri.


Perjalanan diteruskan. Afiq meminta tolong Iwan untuk bertukar tangan membawa beg aku kerana sejak Ita tercedera, Afiq yang mengambil alih membawa beg aku. Iwan pun membawa beg itu dalam beberapa detik. Jujur aku seperti kurang yakin dengan cara Iwan bawa, kerana kedudukan atas beg aku seperti mahu tercabut.


Melihat keadaan itu, aku  menyatakan hasrat untuk membawa beg itu sendiri.

Afiq pula mencelah." Eh tak payahlah Tokie,  Afiq boleh bawa." Aku berkeras menolak  kerana memikirkan sedari awal tadi, Afiq yang bawa beg tersebut. Terpacul dari mulut Iwan. " Kita biarkan dia bawa, kita tengok berapa lama dia boleh tahan."


Panas telinga aku dengar. Pantang anak gadis jawa dicabar. Pantang menyerah sebelum kalah. Mula-mula aku tiadalah begitu yakin untuk bawa dua beg bersekali, tapi bila bawa tu,  rasa okay sahaja. Barangkali keadaan jalan yang  landai dan senang untuk melangkah, ditambah juga latihan di gym mengangkat beban berulang kali begitu banyak membantu.


Aku buat keputusan untuk terus melangkah kehadapan meninggalkan yang lain atas alasan membawa 2 beg. Aku mengikut langkah Hakim yang kini berada dihadapanku, dia berada di belakang Andika. Kami meninggalkan sahabat-sahabat yang lain.


Acap yang dari tadi membantu Firdaus, berada agak hampir dibelakangku. Pergerakan kali ini semakin pantas. Sesekali kami berehat menunggu sahabat-sahabat yang lain. Andika beberapa kali meminta beg aku untuk dipikulnya. Aku menolak mentah-mentah. Nampak benar riak wajah Andika tidak puashati dengan sikap keras kepalaku. Selagi ada kudrat dan masih belum berasa payah, tidak salah andai diteruskan sahaja bawa beg itu.


"Cantiknya bintang, tengok atas, tutup lampu." kata Acap. Sewaktu itu kami melalui jalan seperti di tepi kebun yang menghampiri pintu gerbang.


"Haah. cantik, subhanaAllah. Rasa-rasa kedai makan yang dekat pintu masuk  bukak lagi tak. Kalau bukak dapat minum air teh hangat,  sedap ni." balas aku.


Pintu masuk semakin hampir. Kedai makan yang dibualkan tadi masih buka lagi rupanya. Syukur Allah makbulkan.  Langkah dipercepat. Keenakan teh hangat semakin mendekat.


Sampai sahaja disana.  Agus mengambil order daripada kami dan memberitahu kepada kakak pemilik kedai. Beberapa jeda.  Teh yang dipesan tiba.


"Ya Allah, sedapnya teh ni.!" Teh hangat diminum bersahaja walaupun masih panas. Lebih enak dikongsi bersama kak sarah.haha


"Eh ada api kat situ, kak saya pergi situ sat" Sambil meluru ke arah unggun api.


Sambil menghalakan tangan ke arah haba api dan melihat percikan bintang dilangit, akalku ligat berfikir.


Tidaklah terjangkau dalam pemikiran kecilku bahawa Tuhan akan menganugerahkan hadiah ini untuk meraikan kemenangan kami. Falsafah hidup yang Tuhan nukilkan ini sangatlah indah dan luas untuk jiwa hamba yang kecil hadam sebaiknya. Moga juzuk ini bisa menundukkan jiwa-jiwa tandus untuk kian dekat dengan Tuhan  kerana Tuhan menunjukkan kebesaran dan kekuasaannya tanpa putus.


Gerabak besar telah sampai. Berhimpitan kami kerana ruang untuk duduk dengan selamat tidaklah cukup. Sambil berseloroh dan bersumpah tidak mahu ke Kerinci lagi, Kerinci menerima lambaian terakhir dari kami.

#belumhabislagi
#adalagisatu

Wednesday 30 August 2017

Kerinci membawa pelbagai erti (part 6)

"Hidup terbina antara pahit dan manis. Kalau selalu sahaja pahit, hati akan menjadi rawan dan kalau sentiasa manis hati akan menjadi bosan " [Hamka]





Turun dari gunung.

Kelemahan terbesar aku dalam dunia pendakian. Kerana terlalu banyak 'takut' dari berani. Beberapa siri latihan sebelum ini tatkala turun dari gunung, aku pasti antara yang terkebelakang dan/atau melambatkan perjalanan orang dibelakang.


Ketakutan ini perlu dikawal. Jangan terlalu fikir  gayat, licin dan sebagainya. Keberanian bukan saja saat mendaki gunung, malah saat menuruninya berdikit dikit.







Sambil melayan track yang agak licin dengan batu batuan serta pasir, sesekali menggelongsor, mulut turut terkumat kamit menyanyi lagu dengan riang. Kali ini bertemankan lagu Dato siti, exist dan zamani. Sengaja aku berbuat demikian agak tidak terlalu memikirkan ketakutan yang ada.




Dibelakangku rapat diikuti oleh iwan. Berkali kali aku meminta iwan untuk jalan melepasi aku sebab rentak aku turun sememangnya perlahan
. Iwan masih dibelakangku. Kadang-kadang dia melepasi tetapi dia tetap tunggu juga..
Aku lihat sahabat2 dibelakang, masih jauh. Jadi aku memperlahankan langkah.


Pada awalnya kak sarah memang dihadapan semasa turun. Memang tak dinafikan, kak sarah sangat perform terutama kalau turun dari gunung. Semasa latihan di gunung nuang yang lepas, sukar untuk aku kejar step kak sarah kerana sudah terang lagi bersuluh, dia memang laju! 


Entah bagaimana. Aku dan iwan pula dihadapan. Sesekali aku menoleh ke belakang melihat kak sarah masih ada. Dan juga kak nora di belakang kak sarah. Sampai sahaja di laluan shelter 3, aku dan iwan ambil keputusan untuk berhenti sebentar menunggu yang lain. Dalam 20 minit kami menunggu. Sempat juga aku tidur lagi.


Kelibat kak sarah tak muncul-muncul sangat merisaukan kami. Sedangkan kak sarah tak berapa jauh dari kami sebentar tadi. Iwan terus naik semula ke atas, sementara aku memilih untuk duduk di laluan shelter 3 menunggu yang lain.


Lebih kurang 10 minit kemudian, hakim, badd,ita, acap, afiq bersama sama iwan pergi ke arah aku. Pelik di mana kak sarah dan kak nora.


.


Sepanjang perjalanan ke shelter 2, pelbagai teori yang kami lontarkan .
Jelas kerisauan di wajah iwan. Kami berdoa agar kak sarah dan kak nora selamat tiba ke kem kami, shelter 2 sebelum daripada kami. Moga keajaiban itu dikabulkan. Ameen.

Perjalanan menuju ke shelter 2, iwan berada di hadapan. Aku cuba meniru step iwan. Ternyata gagal. Iwan memilih laluan yang bersih demi menjaga kebersihan pakaiannya dan ternyata kakinya yang panjang itu membantu dia untuk memilih jejak2 yang bersih. Akibat cuba meniru langkah dia , ada satu ketika aku terpaksa berpaut pada kayu yang tinggi dan cuba melompat ke bawah. Penyesalan tahap maksima mengikut jejak langkah iwan. Cis.


Rentetan daripada itu, langkah diteruskan dengan kemampuan diri sendiri. Itu lebih baik. Hampir sampai di shelter 2, kami terserempak dengan andika. Rupanya dia turut risaukan kami yang sepatutnya secara logika akan sampai terlebih dahulu di kem shelter 2 berbanding yang lain. Iwan menerangkan keadaan yang sebenarnya dan aku pun terus pergi ke khemah mencari kak sarah dan kak nora.
 Ish2x. Nak kena cubit ni.

Terlihat ongki di dapur. Aku terus pergi kearahnya. Rupanya dia buatkan air cokelat cadbury untuk mereka yang paling awal sampai ke khemah. Oh ini tidak adil. Kami yang menunggu kak sarah pada awalnya dan kami patut sampai dulu.haha. Tanpa malu dan segan aku minta juga pada ongki untuk buatkan pada kami yang lain. Padahal boleh sahaja buat sendiri. Mengada!


Setelah selesai makan, aku dan kak nora membuang hajat haha. Laju betul cash flow.lol. Tapi kali ini kami tak bernasib baik kerana sejurus menyelesaikan hajat yang ada, kami terpijak najis orang lain walaupun kami melangkah penuh berhati hati.


Mana tidaknya. Simpolan bin simpolan hanya menutup najisnya dengan wet tissue sahaja. Bukan seorang sahaja berbuat demikian, malah ramai. Setelah kami membersihkan selipar kami, kami hadiahkan selipar tersebut di ruangan sampah berdekatan dengan khemah kami sebagai tinggalan kami untuk kenang kenangan. Eheh!


Setelah itu, kami mengemas barang di dalam khemah dan bersiap sedia untuk pulang. Entah kenapa hati tidak berapa enak, cuma tidak terluah saat itu.


Wahai diri
Hati hati dengan hati
Hati yang berbolak balik bagai air yang mendidih
Noktah hitam dan putih mana mungkin bercampur
Fikir yang baik baik, Tuhan itu dekat...











Kerinci membawa pelbagai erti (part 5)

Part 5

Hidup adalah cita-cita
Cita-cita menjadikan manusia itu terus hidup
Orang yang punya cita-cita sentiasa mengimpikan kemajuan
Bukan mundur

Malam itu sangat berbeda dengan malam sebelumnya. Bertemankan angin malam sejuk dan cahaya bintang, kami tidur di dalam khemah. Ongki meminjamkan aku sweaternya kerana windbracker aku sudah terlalu kotor. Warna asalnya adalah pink bertukar wajah menjadi hampir kecoklatan. Lumrah ditempat baru, sememangnya aku gagal melelapkan mata. Langsung tidak dapat tidur nyenyak.



Aku dikejutkan kak nora mengajak menemaninya membuang hajat. Kerana tidak dapat tidur, laju sahaja aku mengiakan ajakan kak nora. Keluar sahaja dari khemah, udara sejuk mencengkam urat nadi. Kami turut mengejutkan Andika minta pinjamkan parang untuk mengorek lubang. Ditanya dimana kedudukan water point. Andika kata lebih kurang 15 minit untuk sampai dan tidaklah sesuai untuk dijadikan tempat membuang hajat kerna mengambil kira air sungai tersebut turut digunakan untuk minuman penghapus dahaga.

Kami batalkan saja niat ke sana. Sementara menunggu urusan kak nora selesai, aku dan Andika yang menemani kak Nora tidak jauh dari situ melihat langit.

Kerdipan bintang di angkasa 
Persembahan malam yang mengasyikkan
Seakan menari riang memancarkan cahaya
Aku lupa segala kesakitan yang ada
Hadiah Tuhan sebagai pujukan

Seusai selesai, kami menyambung tidur. 2 jam setengah kemudian, jam randik terus berdetak aaaa..

Pukul 2.30 pagi aku terjaga. Rasa pening lalat berkecamuk tidaklah terhingga. "Ah, kenapa aku ada kat sini,"getus hatiku. Lambat-lambat aku menyiapkan diri, menyusun atur apa yang perlu dibawa di dalam beg untuk ke puncak, apa yang perlu ditinggalkan sahaja di dalam khemah.

Alhmdulillah. Kesakitan semalam seakan lenyap. Aku berazam pagi ini mesti lebih baik dari semalam. Sepanjang perjalanan pagi itu sehingga subuh, kami bertemankan dengan lagu nasyid dan zikir2. Membisikkan kata positif dan semangat baru agar hari ini misi yang dicitakan tercapai.

Mendaki ketika malam atau pagi ketika cahaya terhad amat membantu mental para pendaki kerana tidak dapat lihat ruang atas. Cuma kekangan disini adalah apabila aku sendiri tidak cukup tidur pada malam tadi kerana berada ditempat baru. Pantang sahaja orang depan berehat, aku terus membaringkan kepala di batu batu dan kayu kayu yang ada untuk melelapkan mata seketika.




Beberapa kali ditegur iwan agar jangan tidur nanti bertambah penat. Aku biarkan sahaja nasihatnya itu diletakkan dicelah batu kerana pada aku tidur lebih penting seandainya mengantuk. Haha. Kami tiba di shelter 3. Di situ kami menunggu sehabat kami firdaus kerana aku difahamkan dia cedera. Aku tidak melepaskan peluang untuk tidur lagi dan lagi. Haha



Selepas beberapa minit kemudian kami menyambung semula pendakian. Kali ini, badan aku betul betul segar dan kembali fokus. Kami berhenti sebentar untuk solat. Aku lihat ramai pendaki menangkap gambar sahabat2 ku yang solat kerana sememangnya mereka solat dilereng gunung itu. Suatu pemandangan yang mendamaikan yakni seorang hamba sujud pada kebesaran Pencipta.


Perjalanan diteruskan lagi. Entah kenapa adrenaline aku bertambah dan terus sahaja aku mendaki ke atas. Dibelakang ku adalah acap dan kak nora. Sesekali kami berhenti dek kesejukan dan kabus tebal. Sambil melayan lagu exist dan newboys.
Ada juga beberapa gambar yang kami tangkap sebagai kenang kenangan.










Puncak semakin dekat. Langkah ke puncak ku atur semakin besar. Sampai sahaja di puncak, iwan berada hampir dengan kami.

"Iwan, ini ke puncak? Ke ada yang lain?"
" yang ni rasanya, ha betul inilah puncak,"



Yeay!,alhmdulillah.
Tiada kata secantik bahasa
Zikir memuji kebesaran yang maha esa












Kerinci membawa pelbagai erti( Part 4)

Part 4

Dan gunung-gunumg sebagai pancang-pancang(surat annaba'- ayat 7)

Menurut tafsir al azhar karangan buya Hamka, Dijelaskan ayat ini kegunaan gunung. Kalau gunung tidak ada, bumi tidak akan selamat dan tidak akan terbentang dengan baik. Kerana angin selalu berhembus keras akan membongkar urat dari kayu kayu yang tumbuh sebagai keperluan untuk hidup. 

.

Seawal fasa pertama, fasa ketika sakit belum menyerang lagi.  Aku cuba mengejar langkah Andika. Sungguh, dia laju!
“Andika, langkahmu boleh kecil sedikit ke?” Tanyaku.
Dia ketawa sahaja, sambil mengecilkan langkahnya.Adakalanya dia turut serta nyanyi lagu Exist, Zamani, Hindustan dan lain-lain mengikut lagu lagu yang diputarkan dalam telefon bimbitku.  Sememangnya dari dulu lagi, lagu  mesti dipasang  untuk naik gunung, agar tidak layan pewai! haha


Ada tikanya bila sakit menyerang, Aku menyuruh Andika berhenti. Terpaksa aku beritahu dia hal sebenar. Alhmdulillah dia faham. Tetapi, Panadol yang dia beri ternyata tidak membawa kesan apa-apa. 



“Okay Tokie, u can do it” “ Please jangan manja sangat!, Jangan mengalah okay!” Hati ini nenjeritkan kata semangat. Aku mengangguk pada Andika minta dia teruskan langkah.

Tidaklah ingat di checkpoint yang mana, rasa sakit menerjah bertubi-tubi.
 "Andika, kamu tinggal sahaja aku. Nanti aku dah okay, aku jalan.”
Andika mengangguk. Hakim serta Kak nora pun memintas aku. Iwan pun.

Saat itu terbayang katil dirumah. “Patut baring sahaja kat rumah tahan sakit sebab benda ni, asal aku kat sini!” Monolog aku menafikan takdir Tuhan yang telah tersusun rapi.

Air mata mengalir juga sebab menahan sakit. Dek kerana  Afiq dan Kak Sarah berada di belakangku, cepat-cepat diseka air mata itu. Tak macho la beb!.

 
Alhamdulillah, Tuhan memberikan aku  painkiller. Firdaus sebagai pengantara. Thank you Firdaus  sebab bawa. Selepas makan painkiller yang langsung tidak enak, terasa  kurang sakitnya. Aku meneruskan langkah berbekalkan baki tenaga yang masih ada. 

Namun, ujian lain pula hadir. Kasut yang baru ku beli awal tahun ini terbenam berkali-kali dalam selut sepanjang track menuju shelter 2. Adakalanya sukar untuk diangkat kembali kasut yang terbenam itu, sehinggakan terpaksa dibantu oleh orang lain untuk menarik kasut yang terbenam.

 Dan pernah ketikanya aku menjadi orang terakhir, dan dibelakangku Agus dan Ongki. Mujur Ongki bawa parang. Disebabkan parang itulah aku cuba berjalan dengan lebih laju terpaksa memintas sahabat yang lain. Sungguh, bertentang mata dengan dengan parang itu tidaklah aku sanggup. Serius tak tipu!

Aku terpaksa makan painkiller kali kedua kerna sakit yang perit itu bertandang kembali tanpa diundang. Itu pun setelah dinasihati berulangkali oleh Afiq.  Pada awalnya, dibantahnya segala nasihat yang ada  kerana tidak elok untuk buah pinggang. Tambahan pula, rasa ubat sememangnya  menjelekkan. Seandainya persis air teh hangat tidak mengapalah juga.
                                                       

Selepas makan painkiller, terasa ada aura lain yang datang pula.
“Wow painkiller ni macam air extrajost ke apa sebab dah boleh gerak laju dah ni, hihi”. Aku menoleh kebelakang.
 “Mana Kak sarah dengan Afiq ni. Rasa serba salah pulak tinggalkan depa ni. Padahal masa sakit tadi, depa dengan aku. Tak kenang budi betul kau tokie” cakap aku sorang-sorang bagai orang kurang siuman.

Aku memperlahankan langkah. Kelibat  Afiq muncul. “Afiq, mana kak sarah?” “Dia dengan badd.” Dan kami pun meneruskan langkah ke Shelter 2.

Kami sampai ke Shelter 2 hampir masuk magrib. Disitu aku lihat, iwan, hakim, andika dan kak nora sudah sampai. Hebat !