Powered By Blogger

Thursday 19 May 2016

Murid oh murid

Setiap isnin , selasa dan khamis
Waktu malam
Lepas habis kerja di firma
Aku pergi mengajar tusyen
Orang tanya tak penat ke?
Aku tanya balik
Kau rasa?
Haha
Aku suka mengajar. Honestly
Walau diri ini tidak berapa bijak. Eheh.

Tadi subjek bm
Aku minta murid murid aku buat ulasan
Lepas habis diorang punya task
Aku terus semak
Dan komen satu satu ulasan diorang

Murid murid aku tanya.
"Cikgu rasa berapa markah yang saya patut dapat kalau buat ulasan seperti ini?"
Aku sebenarnya tak tahu nak bagi berapa markah.
Aku tahu komen je. Eheh.

Aku habaq kat diorang.
"Cikgu tahu adik adik dah biasa dengan sistem markah dan grade kat sekolah.
Daripada grade tu, adik adik akan fikir yang bagus gradenya adalah pandai dan yang fail adalah tidak cerdik.
Tapi cikgu yakin adik adik kat depan cikgu ni semua bijak bijak belaka.
Cuma usaha yang membezakan kamu semua.
Cikgu takkan gradekan kamu semua, tapi cikgu nak tengok kamu usaha  memperbaiki kelemahan kamu dalam subjek ini.
Siapa siapa yang improve, walaupun sedikit, bagi cikgu kamu telah berjaya."

Grade, keputusan, markah itu semua rezeki yang Allah dah tentukan.
Yang penting usaha tu Allah kira.

Haha.ayat nak cover line sebab memang aku tau tahu nak bagi markah.
Kalau dah lawyer tu, memang putar belit juga.eheh

Tapi honestly, aku memang dari dulu tak setuju sistem peperiksaan bagi mengukur kebijaksanaan seseorang.
Ianya lebih dari itu.
Akhlak, cara fikir, membumikan ilmu dalam diri, mengamalkan ,menyebarkan dan banyak lagi
Sekian buletin tidak utama.



Moga adik adik semua berjaya dunia akhirat. Ameen


Wednesday 18 May 2016

Hukm dan arwah abah

Hari ni hari yang aku down
Serba serbi tak kena
Usrah pula cancel last minute
Lagilah aku down
So balik kerja dengan hati yang down juga

Tiba tiba dapat text daripada sahabat
Dalam group wassup
Tanya macammana nak pergi hukm naik public transport
Aku pun offer lah nak ambil dia kat lrt bandar tun razak
Dan bawa dia ke hukm terus
Sebab malam ni usrah cancel
Dan tiada perkara penting aku perlu buat
Dan sebenarnya aku perlukan sesuatu yang menaikkan semangat semula
Dan Allah takdirkan.....
Yes hospital!
Tempat yang aku suka..sangat suka
Terima kasih Allah

Arwah abah meninggal kat hukm
So masa teman sahabat ke hukm tengok atuk dia
Memang aku mengimbau nostalgia pasal abah:')
Tolak wheelchair abah
Tidur ngan abah kat wad
Lepak kat luar bilik pembedahan sambil study insolvency masa abah kene bedah
Borak2 dan baca quran untuk abah
Kerap ponteng kelas lepas tu terus buat keputusan sendiri naik bus pi hukm
Sampaikan lecturer mark ko haha
Aku tak pernah kisah semua tu 
Yang penting abah depan mata aku
Sebab aku anak abah
Ya Allah rindu sangat


Tadi bila tengok atuk sahabat aku tu pun
Terbayang muka abah
Cara atuk tu cakap pun sama
Atuk sahabat bagi tazkirah magrib
Aku pasang telinga
Banyak input dari dia
Hikmah daripada orang tua
Orang muda perlu pelajari
Cuba aku hadam sebaiknya


Terima kasih Allah atas hari ini
Izinkan aku pergi hospital untuk recharge diri balik
Yang sememangnya lemau sangat dah ni

Rindu itu 
Perasaan yang amat dalam
Bisa aja mendatangkan kekuatan
Pada mereka yang mengerti
Walaupun berdepan dengan kehilangan itu perit
Tetapi istiqamah untuk kekal tabah itu lebih lelah
Yakinlah Tuhan lebih menyayanginya
Doa dan amal si anak untuk orang tua
Tidak akan pernah terputus
Moga syorga milik abah
Ameen ya rabb.



Sunday 15 May 2016

Hukum dan Terhukum

Naskah ini ditulis
Bertemankan hujan renyai di luar jendela
Dan cahaya lampu kalimantang di atas kepala
Sambil jari jemari mengatur rentak dan irama
Pada laptop yang dipinjamkan adik
Fikiran  dilayang pada juzuk kehidupan dahulu
Ah.. geleng kepala


Teringat aku lirik lagu Allahyarham Tan Sri P Ramlee
Barang yang lepas
Janganlah dikenang
Kalau dikenang
Meracun diri   ..
(boleh tuju lagu..eheh)


Tidak semua insan
Dikurnia juzuk kehidupan yang bercahaya
Sedari kecil
Sudah kenal kehidupan bertuhan
Dijaganya rapi agar jangan terjatuh
Dijaganya rapi agar sentiasa teguh
Dikelilingi keluarga yang berdiri utuh
Dikelilingi sahabat yang bersatu teguh
Sungguh molek sifatnya


Ada pula insan
Dikurniakan juzuk kehidupan yang dahulunya kelam
Gelap dan suram
Sedari kecil
Tidak pernah diberitahu kehidupan bertuhan
Maka terus leka dengan dunia ciptaan
Menyebabkan dia terjatuh terduduk
Keluarganya pula bersimpang siur
Sahabat pula dua kali sepuluh
Sungguh jelek sifatnya


Maka
Ada pula yang menghukum
Mengambil tugas Tuhan
Yang kedua itu pasti ke neraka. Noktah!
Dan yang pertama itu pasti ke syorga! Tepat!
Ya.. dari luaran sahaja kita sudah tahu ke mana hala tuju
Insan yang kedua dan pertama itu
Pada masa depan..
Hebat kau manusia!


Dunia ini ribut
Kerana ramai mengambil tugas Tuhan
Menetapkan hukuman sebelum bicara
Menetapkan hukuman sebelum dibela
Menetapkan hukuman sebelum diadili


sedangkan Rasul yang maksum itu tidak pernah sebegitu
bahkan  Rasul yang maksum itu penuh dengan cinta
Walau cinta itu terpaksa dibayar dengan nyawa dan darah
Dakwah diteruskan meskipun  tidak ada yang menyambut
Dakwah  diteruskan meskipun ada yang mengugut
Hakikatnya sehingga kini
tempias dakwah kasih sayang itu kita rasa

Justeru
Bisa aja Tuhan tempiaskan cahayaNya pada insan kedua itu
asbab daripada dakwah insan yang pertama
atau
tanpa asbab sekalipun
sungguh!

Terkenang aku bait kata kakak usrah
Hakikat dahulu kita pernah berada dalam kegelapan
Kita lebih menghargai cahaya
Maka bersyukurlah
Dengan hadiah Tuhan yang Dia kurniakan
Dalam setiap juzuk kehidupan kita


Yang benar,
Hamba kerdil
























Saturday 14 May 2016

Adik Roslan

Hari ini hari sabtu
Antara hari yang aku suka
Sebab?
Cuti
...
Haruslah

Pagi tadi ada meeting GEMA
Aku hanya pergi sekejap 
Sebab nak bagi buku pada kakak sarah
Tapi sebenarnya aku lupa bawa
Jadi kena patah balik rumah
Pagi pagi dah tawaf satu Serdang ni
Ok hiperbola.

Perjalanan diteruskan ke asrama puchong
Untuk program Tusyen Ikhlas
Kat asrama
Aku lepak dengan adik sorang ni
Nama dia Roslan
Umur dia 10 tahun
Ayah dah takde
Aku suka budak ni
Sebab dia comel
Nama pun nostalgia juga 


Dia pernah tanya aku
Masa tu arwah abah aku ada lagi
" Kak Tiqa, akak Tiqa sayang Roslan tak?"
Aku pelik. So tanya soalan kat dia balik,
"Kenapa Roslan tanya akak macam tu?"
Lepas tu dia jawab,
" Kak Tiqa mesti sayang Roslan macam ibu Roslan"
Lepas tu dia buat muka comel dia
Aku tanya," kenapa ibu?"
Dia jawab, " sebab Roslan takde ayah"

Masa tu aku macam nak nanges tapi tahan je.
Kuatnya lah adik ni.
Sejak dari darjah satu duduk asrama ni.
Dan bila abah aku pun dah takde.
Aku rasa aku tak sekuat adik ni.
Ini serius

Aku doakan Roslan jadi pendakwah yang hebat dimata penduduk langit dan bumi
Moga terus berjiwa besar adikku.


Beberapa minggu lepas, aku jumpa dia kat sekolah.
Dia tanya
Kenapa kak Tiqa makin rendah?
Ke Roslan makin tinggi?
Sambil ketawa riang
Haha.


Ye dik. Dan ketinggian akak pun,takkan bertambah buat selama lamanya. :p










Thursday 12 May 2016

Ibrah dari langit di lautan biru

Setiap untaian nafas
Tersulam  episod harapan
Tanda roh dan jasad masih bersatu
Tanda akal masih berfikir
Tanda hati masih merasa



Di lautan biru itu
Tersembunyi deruan hikmah wahai teman
Andai hati, kita bisa hadirkan
Dalam memahami aturan Tuhan





Kelihatan sosok tubuh lelaki tua
Uban bersembunyi dalam kopiah lusuh putih
Berkain pelikat melayu seakan mahu pergi terawih
Mengawal gerabak kayu di samudera
Solatnya tepat diawal waktu
Di atas bumbung gerabak itu
Bertemankan langit senja
Ku melihat dengan hati berbunga
Ah pasti, banyak ilmu bisa kugali dari dia


Harapan ini hanya satu
Laksana Sultan Melaka yang inginkan Puteri Gunung Ledang
Moga sotong dicandat bertalu-talu
Hati nan riang bukan kepalang


Sotong ditunggu-tunggu entah kujung tiba
Hanya beberapa ekor yang tewas hiba
Gerabak berpindah mencari lubuk baru
Malam itu...
Seakan sotong itu tidak mahu berkawan
Sedikit sahaja yang melekat pada umpan
Lantas kami tertidur keletihan
Bertemankan kerdipan bintang dan cahaya bulan
Sungguh indah ciptaan Tuhan
Hadiah dariNya sebagai pujukan


Kami tidur berselang seli
Yang terbangun terus mencadat
Dilihatnya tiada hasil lalu tidur kembali
Seumpama roda berpusing menghabiskan waktu
Namun lelaki tua itu masih lagi gigih
Memerah keringat bersungguh-sungguh.....
Walau kulihat dia juga melelapkan mata
Hanya sebentar cuma
Dan tidaklah lama seperti kami anak muda
Yang luarnya tampak lebih gagah perkasa
Tetapi kami kalah dengan jiwa besar milik dia
Meskipun sudah 70 tahun usia


Detik 4.00 pagi
Bulan dan bintang menjadi saksi
Sotong seakan berbondong-bondong ke gerabak kami
Kata lelaki tua itu
Air sudah kembali lembut berbeda dari sebelumnya
Deras air kembali tenang
Peluang keemasan digenggam erat
Sotong-sotong itu seakan mahu bersahabat
Diantara kami ada yang mabuk laut semalaman
Diizinkan Tuhan  sembuh lekas mencandat
Sotong dimasak selagi belum tiba di daratan
Perut diisi dengan hasil tangkapan
Sungguh enak lagi melazatkan


Ku cuba memahami episod kali ini
Sabar itu mudah untuk diungkap dengan kata kata
Jari jemari ini riang sahaja mencoret sabar
Hanya dengan lima abjad membentuk satu perkataan


Hatta untuk memaknainya
Hanya jauhari mengenal manikam
Sudah tercatat rezeki kami peroleh banyak itu
Yang sememangnya ada bahagian untuk sahabat  lain
Walaupun hasil pulangan mereka lebih sedikit
Bersabarlah sahabat
Bersabar untuk kemenangan yang lebih besar
Moga tarbiah yang Tuhan hadiahkan detik itu
Bisa kita amalkan dalam kehidupan seharian
Sungguh
Agama itu menawarkan harapan
Harapan untuk terus mengejar redha Tuhan


Setidak-tidaknya
Untuk beberapa jam cuma
Kita merasai kehidupan lelaki tua itu
Mencari sesuap nasi demi kelangsungan hidup
Yang mana ternyata
Keelokan sesuatu pekerjaan
Bukanlah daripada betapa gahnya status pekerjaan itu
Namun.....
Keelokan sesuatu pekerjaan
Terletak pada keelokan budi perilakunya


Moga ibrah dari langit di lautan
Membuat kita lebih tunduk pada Tuhan
Jadikan hari esok lebih baik dari sebelumnya

Yang benar,
insan kerdil















Friday 6 May 2016

Candat sotong vs diving

Berenang?
Aku tak pandai
Alhamdulillah
Allah izinkan aku pergi kelas diving
Ambil exam
And now dah dapat lesen
Walaupun tak reti berenang
Utk diving  tak perlu pandai berenang
Sebab kena tenggelam
Sebab tu aku lulus
Haha

Aku suka laut
Lagi jatuh cinta bila pergi dasar laut
Siang dan malam
Suasana dan rasa sangat berbeda
InsyaAllah ada entry detail untuk ini

Esok
Aku nak gi candat
Nervous
Sikit je lah tapi haha
Aku tak pernah memancing
Jadi semestinya tak pandai memancing
Tapi esok nak gi candat

Sama je lah kan formula
Ko nak diving tapi tak pandai berenang
Ko nak candat tapi joran pun ko tak pernah pegang


Aku harap esok adalah antara kenangan terindah
Moga ada yang dapat aku belajar
Untuk hari esok.
Doakan ya.
Dan mungkin ada entry detail untuk candat sotong ni.
InsyaAllah

Moga aku diizinkan untuk melihat kebesaranNya
Dan belajar mengambil hikmah didalamnya.



Thursday 5 May 2016

Syair

Rasulullah pesan
Orang yang paling kuat adalah
Orang yang dapat kawal diri
Bila marah

Hadiah hari ini
Allah kasi
Situasi yang tidak memihak
Pada aku

Di jalan raya
Di tempat kerja
Di pejabat tanah
Cuaca panas
Bla bla bla
Bebel lah sorang sorang


Allah ajar istigfar
InsyaAllah Dia akan mudahkan jalan
Allah ajar sabar
InsyaAllah kemenangan yang lebih besar pasti tiba
Allah ajar ambil wuduk
InsyaAllah yang panas akan sejuk

Nampak macam mudahkan?
Nak praktiskannya memang payah
Sebab tu nabi kata orang yang boleh kawal marah adalah orang yang hebat....

Tadi aku skrol fb
Terjumpa syair ni
Touching

Rupanya syair ni dah buat imam ahmad bin hanbal menangis juga
Untuk bait kata pertama


Jika Tuhanku bertanya pada ku..
Tidak malukah kau bermaksiat pada Ku?

Kau sembunyikan dosamu dari makhluk-Ku..
dan datang padaKu dengan penuh dosa

Bagaimana aku nak jawab duhai diriku yang malang?
dan siapalah yang dapat menyelamatkan aku?

Aku terus menyogok jiwaku dengan impian
dan harapan dari semasa ke semasa

Dan aku melupakan apa yang bakal dihadapi selepas mati..
Dan apa yang akan berlaku selepas aku dikafankan.

Seolah-olah aku ni telah dijamin untuk hidup selamanya..
Seakan mati tidak akan menemui

Dan telah datang padaku sakaratkul maut yang ngeri..
Nah ! siapa sekarang yang mampu melindungiku ?

Aku melihat pada wajah-wajah..
Apakah ada daripada mereka yang akan menebusku ?

Akan ku disoal apa yang telah aku lakukan di dunia untuk menyelamatkan diri ini?
Maka bagaimana akan ku jawab setelah aku mengabaikan urusan agamaku ? 

Celakanya aku ! Apakah aku tak mendengar ayat-ayat Allah yang menyeruku ?
Adakah aku tak dengar apa yang telah diberitakan di dalam surah Qaaf dan Yaasin ?

Adakah aku tak dengar tentang hari dikumpulkan manusia, hari penghimpunan dan hari ad-deen(qiyamah)?

Adakah aku tak dengar panggilan ajal maut, menyeru dan menjemput ku ?

Maka Ya RABB ? seorang hamba datang bertaubat, Siapa yang dapat melindunginya ?

Melainkan Tuhan yang MAHA luas pengampunanNYA
Dan yang membimbingku pada kebenaran

Aku telah datang padaMu maka kasihanilah daku
Dan beratkan timbangan (kebaikan) ku..

Dan ringankan(percepatkan) hisabku kerana Engkaulah yang terbaik dalam penghisaban..

Marah pun sifat mazmumah
Bila baca syair ni
Aku agak sentap sebenarnya
Hari ini beberapa kali 
Aku tewas
Tuhan terima kasih atas segalaNya...
Akan cuba perbaiki untuk esok!!

Jom istigfar:)








Wednesday 4 May 2016

Seni bela diri


Allah bagi hadiah hari ini
Tak berapa sihat sangat
Lepas balik kerja terus duduk rumah
Selalunya malam-malam aku ada hal
Itulah inilah
Tapi malam ini Allah suruh rehat
Alhamdulillah


Tadi
Aku tengok tv alhijrah
Ada cerita akademi silat pendekar muda
Tengok sampai habis
Rancangan realiti tv
Rupanya dah minggu ke 9
Bagus rancangan ini
Sangat bagus


Peserta mempersembahkan gerakan silat
Dengan penuh gaya, adab dan tertibnya
Langkahnya persis pahlawan
Mengikut rentak dan irama
Ada salah seorang peserta tadi bagitahu
Melalui silat juga boleh kenal agama
Boleh kenal Tuhan



Tetiba aku teringat sorang client aku ni
Dulu dia beragama hindu
Sekarang dia  muslim
Dia cerita kat aku
Dia tertarik dengan adab tok guru dia
Yang ajar dia silat
Lama dia belajar silat dengan tok guru tu
Tahun ke 7 dia nekad untuk masuk islam
Dan bawa anak anak dia masuk islam juga
Tapi isteri dia tak mahu
Moga Allah izinkan hidayah hadir pada si isteri
Dilembutkan hati untuk terima islam


Masa era tok kenali, tok janggut dan yang seangkatan dengannya
Silat dijadikan alat untuk sebarkan syiar islam
Moga Allah merahmati roh nenek moyang kita yang terdahulu kerana menegakkan agama


Dakwah itu luas
Dakwah itu seni
Dengan akhlak bisa menambat hati
Dengan kasih sayang bisa mengikat sanubari
Dengan kata kata bisa meyakinkan jiwa
Dengan tulisan bisa mengingatkan yang lupa
Dengan kuasa bisa mengawal mazmumah dari terus berleluasa


Gunalah apa saja cara
Asalkan kita buat apa yang sepatutnya
Sebab Allah janji dengan kita
Dalam ayat chintaNya

“Dan hendaklah ada di antara kalian sebuah umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar, merekalah orang-orang yang beruntung.” (Ali ‘Ilmran 104)

Yang benar,
Insan kerdil













Tuesday 3 May 2016

Episod hari ini hadiah dari Tuhan

Hari yang baru
Semangat baru
Selasa
Bermulanya kerja
Setelah 3 hari cuti

Perjalanan ke pejabat
Tersekat sekat di jalanan
Ada kemalangan
depan mata
Aku nampak darah
Banyak!
Yang dilanggar terbaring
Seakan tidak sedarkan diri
pagi-pagian sudah diizinkan Tuhan
disajikan episod itu
Pasukan ambulans mulai sampai
Moga Allah mudahkan segala urusan

Seusai tiba di pejabat
Ku siapkan mana fail yang perlu
Untuk ke Mahkamah Selayang

Perjalanan ke Mahkamah Selayang
Sekali lagi episod itu berlaku
kemalangan lagi
Perjalanan tersekat-sekat lagi
Dan aku nampak darah lagi
Banyak!
Yang dilanggar terbaring
Namun kali ini dia menggigil
Diizinkan lagi Tuhan episod itu

......Cuma jalanraya dan watak yang berbeda............

Teringat aku
bait bait kata Ustaz 
Akhir zaman ini
Memang banyak kematian mengejut
Memang Mengejut
Kawan yang kita tengah bual-bual hari ini
Tup tup esoknya dia pergi dijemput Ilahi
Kita seakan tidak percaya
Tiada angin ribut taufan
masih sihat belum sakit
masih muda belum tua
masih kenyang tidak pernah kebulur makan
boleh meninggal dunia dalam tidur
boleh meninggal dunia ketika main futsal
boleh meninggal dunia semasa menonton televisyen
boleh meninggal dunia semasa memandu akibat kemalangan
ya...kita terkejut.
Sungguh!

                                         













(dik,tutup sikit mulut tu eheh.)


Tapi kalau kita letakkan diri kita
ke tempat kawan kita yang dijemput Allah secara tiba-tiba itu
Apa yang kita rasa
....
Lebih terkejut bukan?
Gila tak terkejut!

"Aku muda,sihat, masih gagah, kenapa Tuhan tarik nyawa aku saat ini!"

Masa itu
sesal sudah tiada guna
menangis air mata darah sekalipun
masa tidak akan berputar balik

Ingat lima perkara sebelum lima perkara
(Cuba Dengar lagu raihan. )

Allah bersumpah dalam Ayat ChintaNya 
Demi masa
Sesungguhnya manusia dalam kerugian
Melainkan orang yang beriman dan beramal soleh
dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan
berpesan-pesan dengan kesabaran..... 

Selamat bermuhasabah
Terutamanya diri ini
Allahu.

Yang benar,
Hamba kerdil


Sunday 1 May 2016

THROWBACK ATAU CAMPAK BELAKANG . Wajarkah?

Tajuk kat atas ni macam nak mintak  kena lempang pun ada haha. So apa masalahnya. Throwback je kot....daa(mata pandang atas tangan di bahu)

Minta maaf.. macam biasa aku akan buat ayat-ayat pendek ala-ala puisi sebab kalau aku buat ayat panjang sure siapa yang baca tak cukup nafas. haha



  (Post ini tiada kaitan dengan Abu. Entah aku pun tak kenal siapa dia ni. Google image)

Throwback
atau campak belakang
menggamit memori
andai manis
boleh saja membuatkan si pemilik memori tersenyum riang
andai  pahit
boleh saja membuatkan si pemilik memori menggelengkan kepala
lalu disharekan/ dikongsikan kenangan itu
dan ditag sahabat-sahabat seantero dengannya
kadang-kadang 
yang dipost itu bisa menimbulkan aib sahabat tadi
namun atas dasar tiket menggamit memori
dihalalkan semua itu
Dan menjadi bahan ketawa bersama-sama
seakan tidak merasa apa apa
Aku juga tidak terkecuali
Ya ,memang jiwa ini makin kurang sensitif
Allahu


Suatu hari
Allah izinkan aku datang satu majlis ilmu
Ada seorang penceramah bercakap perihal itu
Yang benar-benar mengetuk jendela fikiranku
Banyak manusia kurang sedar
Dunia makin mengecil
Kematian semakin hampir
Kiamat makin mendekat
Dan kita disibukkan dengan kenangan-kenangan yang lepas
Terbuai buai dengan memori indah 
terus dibuai, dikongsi, ditag, diulang tayang, dan sibuk dibualkan
sehinggakan orang yang tak tahu kenangan itu menjadi tahu
sehinggakan orang yang tak tahu aib itu menjadi tahu
Lebih padah lagi
Andai kenangan kenangan itu membuatkan kita takjub dengan diri sendiri
Allahu.....



Memang manusia itu mudah lupa
Termasuk aku..
Kita lupa untuk memikirkan apa yang sepatutnya
Kita lupa untuk memikirkan masa depan
Kita lupa untuk memikirkan apa amalan yang menjadi bekalan semasa di barzakh
Kita lupa bahawa hari kebangkitan yang pasti berlaku
Dan kita masih mengimbau kenangan-kenangan lama mengusik kalbu


Teringat aku masa daurah masa zaman belajar dulu
Daurah ISK(Ini sejarah kita)
Imam hassan Aljunaid: Sejarah merupakan salah satu alat untuk menguatkan hati
Dan setelah  beberapa hari mendengar bicara puitis kakak2 usrah
sejarah itu bisa menggerakkan
sejarah itu bisa menguatkan
sejarah itu perlu dipelajari dengan hati agar dapat membuahkannya dengan amal
Kerna di dalamnya ada formula-formula untuk islam itu bangkit
Khususnya individu muslim itu sendiri


Nah
Aplikasi
Kenangan itu sesuatu hal yang telah berlaku
Dalam bahasa skema boleh diertikan sebagai sejarah hidup kita
Ianya bukan hanya sekadar dikenang
Tetapi harus diceduk HIKMAH di dalamnya
Segala aturan yang Allah ciptakan itu pasti bersebab
Malah tiada satu pun sia sia



Andai kenangan lama itu perihal kejayaan 
Moga masa depan menjadi lebih berjaya dan dapat memberi manfaat kepada ummah
Andai kenangan lama itu perihal kegagalan
Moga masa depan bisa menguatkan untuk terus melangkah
Andai kenangan lama itu perihal kegembiraan bersama sahabat
Moga masa depan sentiasa berada dalam dakapan ukhwah keranaNya
Andai kenangan lama itu perihal keaiban
Moga masa depan, aib itu kekal dipelihara dan bukan disebarkan


Bukankah mu'min yang berjaya
Hari ini mesti lebih baik dari semalam
Esok lebih baik dari hari ini


Yang benar, 
hamba kerdil











Meeting client vs Tuhan

Adakah kita sedar
atau ianya hanya  sekadar di pinggiran
Bagaimana berbezanya
Perjumpaan kita dengan mahkluk atas tujuan kerja
Perjumpaan kita dengan Tuhan untuk panggilan wajib yang lima


Perjumpaan dengan mahluk
Tidak kiralah mahluk itu
berpangkat atau biasa biasa 
atau tidak kiralah atas urusan apapun
nak dapatkan tender, nak bicara kes mahkamah, nak jual beli barang, nak sign agreement
nak present projek, nak promote insurans dan sebagainya
Sedaya upaya kita 
tepat pada waktunya
Lebih awal, lebih molek
Lambat pula tidak berapa molek
dipohon ampun maaf seakan ucapan hari raya
seribu satu alasan dicipta
walau kadang realiti itu membenarkan kelewatan itu
namun lebih banyak direkanya alasan beribu
bimbang reputasi tercalar membekas hingga ke kalbu

                                                (sekadar hiasan)


Perjumpaan dengan Tuhan
Untuk panggilan wajib lima waktu
ah..masih ada berbaki waktu
lambat 30 minit pun apa salahnya
masih ada 2 jam lagi menanti asar
ah kerja aku ini harus dihantar kala ini
Bos nanti marah ribut nanti
ah..lepas habis kerja nanti aku solatlah
bukan tidak solat terus..
ya..itu semua alasan untuk menyedapkan rasa
dan kita pun solatlah dan berdoa
lalu azan asar berkumandang
eh dah masuk waktu asar..alang-alang tu solat teruslah..
Demikianlah hari hari yang berikutnya

                                               (sekadar hiasan)



Kita sedar
Jika kita on time akan menjaga reputasi pada pandangan mahluk
Tapi kita kurang sedar
Jika kita on time solat lima waktu membedakan reputasi/kualiti kita pada pandangan Allah
Jika kita on time solat lima waktu bisa memperbaiki urusan kita seharian
Jika kita on time solat lima waktu bisa membentuk disiplin mencapai kejayaan


Benar.. 
bukan mudah untuk laksanakannya
apatah lagi dunia sekarang ini makin sempit
dengan ledakan desakan hidup bertubi-tubi
dengan ragam manusia beraneka warna
dengan pelbagai lagi alasan yang hanya tuan punya diri yang merasainya


Jika benar-benar susah untuk mulakan perubahan
mulakan pelan pelan
mulakan sikit-sikit
Allah lihat usaha
Setiap orang itu berbeda mujahadahnya


Jika sebelum ini tidak pernah solat
Mulakan dengan beberapa waktu
Jika sebelum ini tidak lengkap solatnya lima waktu , berusaha cukupkan
Jika sebelum ini solat itu acapkali terlajak, cuba tepatkan
Jika sebelum ini solat itu sudah tepat masanya, perbaikilah kekhusyukan
Allah lihat usaha itu... 
andai kita ditakdirkan untuk diambil nyawa
moga Allah ambil kita 
dalam keadaan kita memang sedang mujahadah


Mati itu bila-bila masa
Jadikan hari ini lebih baik dari semalam.




Yang benar,
Hamba kerdil














Ku menulis dengan Bismillah

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Blog ini ditulis
Bukan kerna nama
Bukan kerna emas permata
Apatah lagi untuk memiliki segala habuan dunia


Namun
Jauh disudut hati
Acapkali persoalan ini bermain di minda
Apa yang akan aku tinggalkan
Setelah nyawa bercerai badan
Setelah jasad ini dikambus tanah tiada berteman
Bahkan juga dalam kegelapan
Dan disoal bertalu talu malaikat melunaskan tugasan


Apa yang akan aku tinggalkan
Aku tidaklah kaya punyai wang berjuta
Yang mampu untuk menginfakkan segala harta berbillion untuk ummah
Syukur cukup sekadar sesuap nasi makan dan pakaian
Dan aku tidak  punyai anak untuk mendoakan andai aku sudah mengadap ilahi
Masakan sudah ada anak andai belum berkahwin ..haha
Dan aku tidak pernah tahu
Mana yang menjemput dahulu
Ajal atau jodoh
Ini semua percaturan Tuhan
diluar kawalan manusia kerdil seperti aku...




Ilmu, ya..
Allah masih beri peluang dan ruang
Belajar dan terus belajar
Di universiti kehidupan
Yang mana ilmu itu wajar untuk dikongsikan
Melalui mata pena ini(tulisan) sebagai perantara


Betapa maha kaya cinta Tuhan
Untuk sebarang coretan yang dikongsikan
Tidak memerlukan engkau kau menjadi kaya, segak dan bergaya
Tidak memerlukan kau untuk berada dalam kasta yang tinggi
Tidak memerlukan kau punyai ilmu tinggi melangit


Cukup sekadar
Kau punyai hati
Hati yang kau hadirkan dalam setiap detik
Dalam memahami naskah Tuhan
yang Dia lakarkan untuk setiap nafas yang kau lalui
Kerna
Setiap yang Tuhan susun itu ternyata kemas dan indah
Masakan ada cacat celanya
Bahkan 1001 hikmah yang adakalanya tidak terungkap dengan kata kata


Lalu
Tulisan tulisan di dalam blog ini
Ku coret untuk persiapkan diri
Sebagai bekalan
Pada hari kebangkitan
Ku mohon maaf andai ada celanya
Kerna diri ini insan biasa


Moga ianya membawa manfaat
Khususnya pada diri ini yang sering alpa
Dan juga memberi manfaat
Pada yang sudi membaca blog ini
Moga bisa menggerakkan hati hati kita
Selagi mana punyai rasa bertuhan
Semuanya dengan izinNya

Cita cita ku
Andai aku mati
Menjadi kesayangan penduduk langit
Yakni pengakhiran yang terbaik

Moga Allah berikan kekuatan dalam memaknai cita cita ini.


Yang benar,
Hamba kerdil