Powered By Blogger

Sunday 15 May 2016

Hukum dan Terhukum

Naskah ini ditulis
Bertemankan hujan renyai di luar jendela
Dan cahaya lampu kalimantang di atas kepala
Sambil jari jemari mengatur rentak dan irama
Pada laptop yang dipinjamkan adik
Fikiran  dilayang pada juzuk kehidupan dahulu
Ah.. geleng kepala


Teringat aku lirik lagu Allahyarham Tan Sri P Ramlee
Barang yang lepas
Janganlah dikenang
Kalau dikenang
Meracun diri   ..
(boleh tuju lagu..eheh)


Tidak semua insan
Dikurnia juzuk kehidupan yang bercahaya
Sedari kecil
Sudah kenal kehidupan bertuhan
Dijaganya rapi agar jangan terjatuh
Dijaganya rapi agar sentiasa teguh
Dikelilingi keluarga yang berdiri utuh
Dikelilingi sahabat yang bersatu teguh
Sungguh molek sifatnya


Ada pula insan
Dikurniakan juzuk kehidupan yang dahulunya kelam
Gelap dan suram
Sedari kecil
Tidak pernah diberitahu kehidupan bertuhan
Maka terus leka dengan dunia ciptaan
Menyebabkan dia terjatuh terduduk
Keluarganya pula bersimpang siur
Sahabat pula dua kali sepuluh
Sungguh jelek sifatnya


Maka
Ada pula yang menghukum
Mengambil tugas Tuhan
Yang kedua itu pasti ke neraka. Noktah!
Dan yang pertama itu pasti ke syorga! Tepat!
Ya.. dari luaran sahaja kita sudah tahu ke mana hala tuju
Insan yang kedua dan pertama itu
Pada masa depan..
Hebat kau manusia!


Dunia ini ribut
Kerana ramai mengambil tugas Tuhan
Menetapkan hukuman sebelum bicara
Menetapkan hukuman sebelum dibela
Menetapkan hukuman sebelum diadili


sedangkan Rasul yang maksum itu tidak pernah sebegitu
bahkan  Rasul yang maksum itu penuh dengan cinta
Walau cinta itu terpaksa dibayar dengan nyawa dan darah
Dakwah diteruskan meskipun  tidak ada yang menyambut
Dakwah  diteruskan meskipun ada yang mengugut
Hakikatnya sehingga kini
tempias dakwah kasih sayang itu kita rasa

Justeru
Bisa aja Tuhan tempiaskan cahayaNya pada insan kedua itu
asbab daripada dakwah insan yang pertama
atau
tanpa asbab sekalipun
sungguh!

Terkenang aku bait kata kakak usrah
Hakikat dahulu kita pernah berada dalam kegelapan
Kita lebih menghargai cahaya
Maka bersyukurlah
Dengan hadiah Tuhan yang Dia kurniakan
Dalam setiap juzuk kehidupan kita


Yang benar,
Hamba kerdil
























1 comment: