Powered By Blogger

Friday 22 June 2018

sujud

Dalam kekusutan jiwa yang ada
Hati dan tubuh berbalut dosa
Fikiran melayang entah kemana
.
.
Tuhan masih menitipkan rasa
Tuhan masih memberi izin
Dahimu  menyentuh bumi
yakni sujud
.
.
Tidakkah itu suatu nikmat yang indah
Meskipun tiada apa yang memihak kepadamu
Tetapi
Tuhan masih membenarkan kamu sujud
Sebagai tanda
harapan Tuhan ada untuk kamu
.
.
Wahai kamu
Jagailah "rasa" itu
Hati-hatilah dengan tempat letaknya "rasa" itu
Tiada nikmat yang terindah
Melainkan "rasa" itu
diberikan Tuhan untuk kau terus sujud kepadaNya






Monday 26 March 2018

Jawapan didalam jawapan

Bait bersambung bait kata
Noktah bertemu noktah
Persoalan demi persoalan
Jawapan didalam jawapan
ahhh kenyataan itu pahit dan pedih
Sesak jiwa
Hancur berkecai
.
.

Apa masa depan masih sudi bertandang
Atau berkubur sama seperti masa lalu
Apa peluang menjadi lenyap
Dan kau hanya menghitung waktu
Menunggu malaikat mencabut nyawamu
.
.


Keadilan didunia seakan tiada
Kalau dibongkar habis aib segala
Ada hati yang perlu dijaga
Akhirnya kau juga merana
Menangis dibucu katil sahaja
.
.

Waktu lalu berlalu pergi
Meninggalkan luka bernanah pedih
Letih mengharung detik demi detik
Tiada siapa akan tahu
Yang pasti Tuhan menjadi saksi detik itu
.
.
 Ketawalah kawan walau kau sedang menangis
Bahagialah kawan walau kau sedang meratap
Berjuanglah kawan walau kau sedang ditusuk lembing
Kerana takdir yang hadir tidak pernah silap
Kau teguh kini kerana masa lalu
Teruskan berjalan
Sehingga nyawa bercerai badan





Wednesday 28 February 2018

rasa rindu pada yang dulu

Aku tak tahulah . Lately rasa macam lost track sikit. Makin kurang 'rasa' dalam hidup ini. Aku tak tahu macam mana nak describe benda ni. Adakah sebab dipengaruhi oleh hormon atau usia yang semakin meningkat. Entah.

Mungkin sebab rutin yang telah jadi kebiasaan. Aku dah kurang rasa ada cabaran kalau nak buat sesuatu. Semua benda rasa macam mudah. Contoh. Nak pergi program, or kerja or nak pergi meeting sekalipun. Mudah. Kau ada kereta. Kau boleh pergi mana kau suka. Asalkan kau ada duit nak isi minyak dan bayar tol. Jalan. kau hadaplah jem berselang seli. Dan masa berjalan sangat pantas. Serius.

Bukan aku tak bersyukur. Cuma aku rindukan aku yang dulu.


Dulu, masa zaman bergantung harap pada public transport, aku rasa banyak masa lapang disebabkan banyak menunggu. Aku boleh baca alquran dan baca buku-buku akademik/santai sepanjang naik public transport. Yang bestnya, disebabkan program aku banyak kat shah alam,  1 juz  Alquran boleh habis sepanjang perjalanan dari ktm serdang ke padang jawa. Masa bersendiri dan berdialog dengan Tuhan pun aku rasa sangat banyak. Contoh, masa tu aku ada meeting program kat shah alam dan mesti sampai sebelum pukul 4 petang. Jadi daripada rumah lagi, aku akan train diri  cakap macam ni, "MESTI , ktm akan sampai once aku beli tiket." (training bersangka baik dengan Tuhan).


Sepanjang perjalanan naik bus ke KTM, aku train diri untuk istigfar banyak2. haha. Then bila sampai KTM, beli tiket, then dalam 2 minit macam tu terus sampai. Benda ni kerap berlaku. In fact kalau lambat pun, aku tak pernah rasa diri aku lambat sebab in between, aku akan baca buku or tadabbur kitab2 berkaitan. Dan kalau train delay pun, tak pernah lagi lah aku lambat sampai meeting program semua. Selalu on time or paling awal sampai.

Ish rindunya.

Sekarang masa teramat pantas. Baca Al Quran pun, dah tak macam dulu. Nak habiskan 1 juz dalam masa 1 hari memang susah sangat. Allah. Berdialog dengan Allah macam dulu.. hmmm. entahlah (nangis kat bucu katil).

Aku rasa sebab tu lah kurang "rasa" dalam hidup ni.
Sebab kurang rasa kebergantungan pada Allah  actually.
Semua benda rasa mudah. Dan kau rasa dengan apa yang kau ada, dengan usaha kau, kau boleh capai apa yang kau nak.Kau boleh buat apa yang kau nak.


Yang lepas biar lepas.
Mana yang baik, adaptasikan dalam current situation.
Suasana berbeda. Cara mungkin sama. Masa juga mahkluk yang diaturkan Allah. Minta pada Dia untuk dicukupkan masa supaya "rasa" itu kembali hadir.


Allah
Izinkan kembali untuk aku mengecapi "rasa" itu.

Luahan di petang hari
Hamba kerdil.









Tuesday 30 January 2018

Allah menyuruh kita berfikir melalui Al Quran

Semalam aku pergi kelas Tadabbur di Bangi. Lepas kelas tu, sepanjang perjalanan balik menuju ke rumah, banyak hal yang aku fikir. Rasa takut sampai menangis. So aku nak share dengan korang apa yang aku dapat daripada sharing kat situ. Again, hanya Allah yang bagi hidayah dan menghidupkan hati. Moga Allah memberikan taufik dan hidayah kepada kita semua dan moga-moga kita mati saat kita sedang bersahabat dengan Alquran.


Nota 31.1.2018.
Surah albaqarah ayat 38-44

Maaf ada part yang aku rumikan ayat al quran sebab belum mahir guna keyboard jawi. Harap korang dapat gist nya ya.;)





Ayat 38

A038 
Kami berfirman lagi: "Turunlah kamu semuanya dari syurga itu! Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu (melalui Rasul-rasul dan Kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka), maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita".


Ustaz dah sentuh ayat ini semasa kelas sebelum ini, cuma ada point yang belum disentuh. Point tersebut adalah:

1.     Cuba lihat words "famann tabiu' hudaya"- sesiapa yang mengikuti petunjukKu.
  • Dalam ayat ini, Allah tidak kata " faman amina"- sesiapa yang percaya
  • Disini bukan setakat percaya, malah lebih tinggi dari itu, iaitu Allah minta kita ikut petunjuk yang datang daripada siapa? Daripada Allah.
  • Jadi segala hal petunjuk yang Allah datangkan kepada kita,  Allah nak minta satu benda je. IKUT.        
2.     “Faman tabiu hudaya” merujuk kepada singular.
·         Kalau kita fikir, kenapa Allah tak gunakan   allazii nayattabiuna  yang sepatutnya merujuk kepada ramai mengikut petunjuk..
·         Tetapi kenapa merujuk kepada SATU sahaja?
a)    Kerana orang yang mengikut petunjuk Allah tidak ramai.
b)    Kadang-kadang, dalam kita ikut petunjuk Allah, kita perlu berseorangan diri. Kadang-kadang kalau kita nak orang lain ikut sekali, baru kita nak ikut. Proses itu akan jadi lambat. So, kadang-kadang, You have to be alone untuk menjalani petunjuk Allah.

·         Umat akhir zaman, mereka yang mengikut petunjuk Allah dengan takwa, tidak ramai. Sekarang kita tengok ramai yang kata percaya pada petunjuk, tetapi, berapa ramai ikut petunjuk  dengan Taqwa?
·         Ramai orang kata percaya dengan Al Quran, tapi tindakan kita yang sebenarnya menentukan sama ada kita benar-benar menyahut “tabia.”/beramal dengan ayat-ayat Al Quran.
·         Tindakan kita menentukan “Tabia’”
·         Maka “Tabia” melengkapkan iman. Bukankah iman itu terdiri daripada percaya dengan hati, lisan dan perbuatan.
·         Tindakan itu sangat mahal!


3.     Allah memberikan ganjaran/gift pada kita : falaa khaufun alaihim walaahum yahzanun.

·         Mereka tidak akan rasa takut dan sedih.
·         Tetapi Allah tak kata totally rasa tak takut dan sedih.
·         Tapi  We can control it.
·         Dan ia sangat berkait dengan akal.




Ayat 39
A039

Dan orang-orang kafir yang mendustakan ayat-ayat keterangan kami, mereka itu ialah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

·         Kalau kita tengok aturan ayat 38 dan 39,terlihat seperti perbandingan.
·         Sebab ayat sebelumnya menyatakan  barang siapa yang ikut Petunjuk Allah, Allah hilangkan sedih dan takut
·         Ayat ini pula kata: Barang siapa yang mendustakan Ayat-ayat keterangan Allah adalah ahli neraka dan kekal didalamnya
·         Tetapi sebenarnya TIDAK.
·         Ayat ini sebenarnya menunjukkan perbezaan antara orang yang PERCAYA petunjuk Allah ,dengan orang yang MENGIKUT petunjuk Allah.
·         Ada je orang yang percaya petunjuk Allah, tetapi kazzab-dusta
·         Sebagai contoh : orang percaya bahawa Al Quran itu  sememangnya benar, tetapi tidak beramal dengannya, dan disitulah berlakunya pendustaan pada ayat-ayat Allah.
·         So ayat ini adalah kesinambungan daripada ayat 38. Tidak hanya cukup kita percaya dengan petunjuk Allah, tetapi kena IKUT petunjuk Allah. Jika tidak, mereka itu ialah ahli neraka, dan kekal di dalamnya.
·         Sebagai Contoh lagi:
Ramai percaya dalam Alquran, Allah suruh kita solat tetapi tidak solat.
Ada perintah menunaikan zakat, tetapi kita tidak menunaikan zakat.
Jadi, disitulah pendustaan terhadap ayat-ayat Allah
Mereka meremehkan soal perintah Allah.

·         So, kita tidak boleh declare diri kita sebagai ahli syurga seandainya kita hanya percaya Petunjuk Allah, tetapi tidak IKUT.Untuk jadi ahli syurga, PERCAYA  DAN IKUT PETUNJUK ALLAH


sambungan;)