Powered By Blogger

Tuesday 30 January 2018

Allah menyuruh kita berfikir melalui Al Quran

Semalam aku pergi kelas Tadabbur di Bangi. Lepas kelas tu, sepanjang perjalanan balik menuju ke rumah, banyak hal yang aku fikir. Rasa takut sampai menangis. So aku nak share dengan korang apa yang aku dapat daripada sharing kat situ. Again, hanya Allah yang bagi hidayah dan menghidupkan hati. Moga Allah memberikan taufik dan hidayah kepada kita semua dan moga-moga kita mati saat kita sedang bersahabat dengan Alquran.


Nota 31.1.2018.
Surah albaqarah ayat 38-44

Maaf ada part yang aku rumikan ayat al quran sebab belum mahir guna keyboard jawi. Harap korang dapat gist nya ya.;)





Ayat 38

A038 
Kami berfirman lagi: "Turunlah kamu semuanya dari syurga itu! Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu (melalui Rasul-rasul dan Kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka), maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita".


Ustaz dah sentuh ayat ini semasa kelas sebelum ini, cuma ada point yang belum disentuh. Point tersebut adalah:

1.     Cuba lihat words "famann tabiu' hudaya"- sesiapa yang mengikuti petunjukKu.
  • Dalam ayat ini, Allah tidak kata " faman amina"- sesiapa yang percaya
  • Disini bukan setakat percaya, malah lebih tinggi dari itu, iaitu Allah minta kita ikut petunjuk yang datang daripada siapa? Daripada Allah.
  • Jadi segala hal petunjuk yang Allah datangkan kepada kita,  Allah nak minta satu benda je. IKUT.        
2.     “Faman tabiu hudaya” merujuk kepada singular.
·         Kalau kita fikir, kenapa Allah tak gunakan   allazii nayattabiuna  yang sepatutnya merujuk kepada ramai mengikut petunjuk..
·         Tetapi kenapa merujuk kepada SATU sahaja?
a)    Kerana orang yang mengikut petunjuk Allah tidak ramai.
b)    Kadang-kadang, dalam kita ikut petunjuk Allah, kita perlu berseorangan diri. Kadang-kadang kalau kita nak orang lain ikut sekali, baru kita nak ikut. Proses itu akan jadi lambat. So, kadang-kadang, You have to be alone untuk menjalani petunjuk Allah.

·         Umat akhir zaman, mereka yang mengikut petunjuk Allah dengan takwa, tidak ramai. Sekarang kita tengok ramai yang kata percaya pada petunjuk, tetapi, berapa ramai ikut petunjuk  dengan Taqwa?
·         Ramai orang kata percaya dengan Al Quran, tapi tindakan kita yang sebenarnya menentukan sama ada kita benar-benar menyahut “tabia.”/beramal dengan ayat-ayat Al Quran.
·         Tindakan kita menentukan “Tabia’”
·         Maka “Tabia” melengkapkan iman. Bukankah iman itu terdiri daripada percaya dengan hati, lisan dan perbuatan.
·         Tindakan itu sangat mahal!


3.     Allah memberikan ganjaran/gift pada kita : falaa khaufun alaihim walaahum yahzanun.

·         Mereka tidak akan rasa takut dan sedih.
·         Tetapi Allah tak kata totally rasa tak takut dan sedih.
·         Tapi  We can control it.
·         Dan ia sangat berkait dengan akal.




Ayat 39
A039

Dan orang-orang kafir yang mendustakan ayat-ayat keterangan kami, mereka itu ialah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

·         Kalau kita tengok aturan ayat 38 dan 39,terlihat seperti perbandingan.
·         Sebab ayat sebelumnya menyatakan  barang siapa yang ikut Petunjuk Allah, Allah hilangkan sedih dan takut
·         Ayat ini pula kata: Barang siapa yang mendustakan Ayat-ayat keterangan Allah adalah ahli neraka dan kekal didalamnya
·         Tetapi sebenarnya TIDAK.
·         Ayat ini sebenarnya menunjukkan perbezaan antara orang yang PERCAYA petunjuk Allah ,dengan orang yang MENGIKUT petunjuk Allah.
·         Ada je orang yang percaya petunjuk Allah, tetapi kazzab-dusta
·         Sebagai contoh : orang percaya bahawa Al Quran itu  sememangnya benar, tetapi tidak beramal dengannya, dan disitulah berlakunya pendustaan pada ayat-ayat Allah.
·         So ayat ini adalah kesinambungan daripada ayat 38. Tidak hanya cukup kita percaya dengan petunjuk Allah, tetapi kena IKUT petunjuk Allah. Jika tidak, mereka itu ialah ahli neraka, dan kekal di dalamnya.
·         Sebagai Contoh lagi:
Ramai percaya dalam Alquran, Allah suruh kita solat tetapi tidak solat.
Ada perintah menunaikan zakat, tetapi kita tidak menunaikan zakat.
Jadi, disitulah pendustaan terhadap ayat-ayat Allah
Mereka meremehkan soal perintah Allah.

·         So, kita tidak boleh declare diri kita sebagai ahli syurga seandainya kita hanya percaya Petunjuk Allah, tetapi tidak IKUT.Untuk jadi ahli syurga, PERCAYA  DAN IKUT PETUNJUK ALLAH


sambungan;)

No comments:

Post a Comment