Powered By Blogger

Saturday 23 May 2020

Tulisan ini ditulis pada malam raya.

Ramadhan telah pergi meninggalkan kita. Ramadhan kali ini sangat special. Belum tentu tahun depan Ramadhan akan jadi seperti tahun ini. Moga Allah menerima segala amal, memberikan pengampunan dan membebaskan kita dari api neraka.

Moga Allah kekalkan 'rasa' ini. Aku tulis di sini supaya kalau aku lupa, boleh diingatkan kembali bagaimana 'rasa' indah yang pernah Allah hadiahkan.

Masa takbir tadi. Sayu sangat menyambut 'kemenangan' ini. 'Kemenangan' jiwa kembali kepada fitrah. Rindu ramadhan yg berlalu, rasa sedikit gentar dengan hari mendatang. Adakah jiwa ini masih ditakuk lama atau sudah berjaya dibentuk setelah sebulan berpuasa.

InsyaAllah.
Jalan terus.
Allah ada
Dia dekat.

“Ya Allah, aku mohon padaMu, cintaMu, dan cinta orang yang mencintaiMu, amalan yang mengantarkanku menggapai cinta-Mu. Ya Allah, jadikan kecintaanku kepada-Mu lebih aku cintai daripada cintaku pada diriku sendiri, keluargaku, dan air dingin”.


Monday 11 May 2020

Ramadhan tahun ini

Ramadhan tahun ini sangat berbeda dengan yang sebelumnya.
.
.

Ramadhan tahun-tahun lepas, aku akan buat masjid hopping dengan kawan kawan, selain daripada buat program bla2, dan sudah pastinya jarang duduk rumah berbuka puasa dengan keluarga.
.
.

Untuk tahun ini, hikmah terbesar adalah aku banyak masa dengan mama dan adik aku . Cabaran sebenarnya. Terlalu banyak simpang siurnya kerana terkehelnya aku berbicara dengan baik dihadapan mereka. Cukuplah itu sahaja yang aku cerita. Selebihnya biarlah Allah simpan rapi aib aku hehe
.
.

Aku ada terbaca satu hadith ni.
Rasulullah s.a.w. bersabda, orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya dan yang paling lembut terhadap keluarganya. (Hr Tarmidzi)
.
.
Yeah. Ini struggle. The struggle is real gaiss.
Aku pernah dengar pesan ustaz ebit lew . Biasakan buat taalim kat rumah. InsyaAllah, rahmat Allah akan turun, hati hati akan jadi lembut, lunak dengan perintah Allah. Hubungan sesama keluarga akan jadi lebih baik dan berkasih sayang.
.
.
Aku tak kata lah keluarga aku ni porak peranda jenis bergaduh baling pinggan semua.haha. Cuma kami ni, kalau bab2 kasih sayang, kita tak tunjuk. Semua pakat simpan. Aku ingat lagi dulu, masa zaman sekolah seseri, masa part nak peluk mama abah lepas hantar aku balik asrama an, itu part paling aku kekok sebab tak biasa. Aku akan peluk cepat cepat pastu blah bye2 sikit sikit je. Haha. Apa buruk perangai. Tapi bila dah lama sikit dan dah makin besar, dah boleh adapt dah haha.
.
.
Jadi, misi aku untuk ramadhan ni, aku nak buat taalim kat rumah setiap kali lepas solat isyak/ sebelum solat terawih. Alhamdulillah berjalan sehingga sekarang daripada 1st ramadhan lagi. Syukur Allah kasi kekuatan.

.
.
Kalau kita boleh sharing duduk berbulatan gembira dengan anak2 chowkit, sahabat2 seusrah, apatah lagi keluarga yang menjadi darah daging ni. Lagilah hak mereka kita kena penuhi. Allah. Maafkan aku sebab terlalu jauh denganMu.
.
.
Taalim/ sharing yang kami buat dalam 5 ke 10 minit je. Awal2 tu berkaitan dengan kelebihan ramadhan(sebab nak bangkitkan mood )dan seterusnya tadabbur ayat2 lazim. Aku harap, taalim ni diteruskan selepas ramadhan nanti. Dan aku sangat berharap adik aku danial ,atau yang lain-lain boleh ganti aku  bila aku dah takde nanti. Doakan ya.
.
.
So gaiss. Aku share bukan sebab aku bagus. Banyak aib aku yang Allah tutup.  Just aku  nak sampaikan apa yang aku rasa. Kadang kadang kita terlalu fikir bagaimana untuk berdakwah dengan orang luar sedangkan keluarga  juga mempunyai hak ke atas kita.
.
.
Kalau segan nak buat taalim face to face, boleh try share kat whatsApp group family ke kan hehe. Tajuk simple simple pun okay. Share hadith ke, kisah para sahabat ke,dan sebagainya.
.
.
Selamat  mencuba:)



Pkp refleksi jiwa dan akal

Semakin kita meningkat dewasa, semakin banyak perubahan dalam diri, cara fikir,  perubahan persekitaran, yang kita dapat belajar untuk adaptasi dan proses.
.


Jadi masa pkp ni lah banyak masa kita "bersendiri" dan disitulah meletakkan siapa kita sebenarnya. Berbanding diri kita yang sebelum ini, ke sana ke sini (sila baca nada abah muhiyidin haha), program itu program ini, kita sebenarnya banyak dipengaruhi keadaan sekililing.
.


It is much more interesting to embrace who you really are rather than waste energy pretending to be someone else.
.


So dalam "berseorangan" ini, kita patut, emm.. of course aku bercakap bagi pihak orang orang single seperti aku ni lah. haha Tak kan nak cakap bagaimana nak pastikan anak-anak tak bosan duduk rumah.eheh
.

Ok gaisss. Untuk kita yang single ni, belajar dan terus belajar untuk jadi the best version of ourselves everyday okay. Lagi lagi bulan ramadhan ni. Sayang kalau kita tak ambil peluang yang Allah kasi untuk recharge jiwa dan akal kita. Ramadhan ni adalah bateri /charger untuk 11 bulan mendatang. Tak semua terpilih untuk melalui bulan yang mulia ni taw. So grab the chance okay. You are the chosen one!
.

Biasalah tersungkur terlupa termalas termarah terkechiwa. Eh. Kita ni manusia. Sifatnya lupa. Kita bukan robot yang "bernyawa" mengikut program yang diaturkan. Kita banyak pilihan. Pilihan paling utama,  jangan putus asa. Itu adat resam hidup.
.

So untuk ramadhan tahun ni, apa target jangka pendek dan jangka panjang korang haha. Kalau yang dah tulis kat mana mana tu, cantik! Kerana tulisan adalah selemah lemah ingatan. Kalau yang belum ada dan tak tulis lagi, masih sempat untuk korang set the goal and work for it yaw. !

Usaha tangga kejayaan. Huhu

















Pkp dan masak masak

Sebenarnya sejak akhir tahun lepas, mak aku kerap balik kampung sebab kenduri kahwinlah, pergi indonesialah, yadaa yadaa.
.

Sejak itu, aku belajar lah masak sikit sikit. Sebelum ni ada je tolong mak aku masak. Tapi boleh dikira dengan jari. Sebab masa kat rumah tak banyak berbanding di luar. Hidup aku tenang dari sudut nak fikir makan kat mana, kerana di rumah sentiasa tersedia haha. (Anak tak guna lol)
.

Bila mama takde, aku masaklah. Bangun awal pagi sebelum pergi kerja. Masak lauk tengahari sampai malam. Haha teruja weh. Jimat banyak. Sebab pergi kerja pun bawa bekal. Masak ni takdelah susah mana. Campak campak je. Eleh acah-acah  pakar. Sorrylah gais. Aku memang tak tangkap gambar makanan, apatah lagi post gambar gambar makanan. Haha. Jadinya takdelah gambar dalam post ini yaw. Semua makanan tu telah dihadam dengan jayanya dan adakalanya dibuang menjadi najis mutawasitohhh. Gituh.
.

Bila abah muhiyidin umumkan pkp, now pkpb, hampir setiap hari lah aku masak. Aku akan masak satu lauk, mak aku akan masak satu lauk yang lain. Cukuplah untuk kami anak beranak.  Kadang kadang mak aku rehat je, aku masak. Kadang kadang aku pulak rehat eh. Haha. Tak sempat sebab time tu aku kerja(masa pkpb, aku pernah balik lewat, sampai-sampai rumah terus buka puasa.) Danial adik aku pun ada tolong. Tolong buat air dan aiskrim goreng dia. Haha
.

So gais, better late than never okay.  Pesanan daripada budak baru nak up.kiki.





Notes-lack of discipline


Sebelum ni aku ada menulis tapi entah mana catatan tulisannya.


Kat meja belajar aku ni, memang banyak buku-buku tulis dan catatan. Habit aku sejak dulu, aku tak pandai nak spesifikkan cara buat nota belajar , journal, kes rujukan dan sewaktu dengannya.


Walaupun sejak 2 tahun lepas aku dah gamkan 6 buku jadi 1 sebagai buku nota supaya aku stick gunakan 1 buku untuk nota majlis ilmu, tapi ada ketikanya aku guna buku lain juga haha. Memang sejenis tak tetap pendirian kot lol. Entah.


Benda ni akan jadi masalah bila aku nak trace balik tulisan-tulisan tu. Aku tak ingat kat mana aku tulis. Apatah lagi bila dah masuk 30 series ni. Tibbeh.


Untuk penyelesaiannya, aku kena create sistem sendiri. Macam aku buat 6 buku yang aku gamkan jadi 1 tu. Tapi bila sendiri yang buat, sendiri yang ubah. Haha. Sama ja jadi macam dulu balik.


Hidup ni kan pilihan. Kena control diri sikit. Jangan asal boleh je. Haha. Pernah dengar kan. Motivation will die. Let discipline take it place. Gituh.


Paksa diri sis. Takde siapa boleh ubah kau melainkan diri kau sendiri.eheh.


Blog ni pun hampir terkubur. Ya Allah. Ampuni saya kerana mensia-siakannya.