Powered By Blogger

Monday 11 May 2020

Notes-lack of discipline


Sebelum ni aku ada menulis tapi entah mana catatan tulisannya.


Kat meja belajar aku ni, memang banyak buku-buku tulis dan catatan. Habit aku sejak dulu, aku tak pandai nak spesifikkan cara buat nota belajar , journal, kes rujukan dan sewaktu dengannya.


Walaupun sejak 2 tahun lepas aku dah gamkan 6 buku jadi 1 sebagai buku nota supaya aku stick gunakan 1 buku untuk nota majlis ilmu, tapi ada ketikanya aku guna buku lain juga haha. Memang sejenis tak tetap pendirian kot lol. Entah.


Benda ni akan jadi masalah bila aku nak trace balik tulisan-tulisan tu. Aku tak ingat kat mana aku tulis. Apatah lagi bila dah masuk 30 series ni. Tibbeh.


Untuk penyelesaiannya, aku kena create sistem sendiri. Macam aku buat 6 buku yang aku gamkan jadi 1 tu. Tapi bila sendiri yang buat, sendiri yang ubah. Haha. Sama ja jadi macam dulu balik.


Hidup ni kan pilihan. Kena control diri sikit. Jangan asal boleh je. Haha. Pernah dengar kan. Motivation will die. Let discipline take it place. Gituh.


Paksa diri sis. Takde siapa boleh ubah kau melainkan diri kau sendiri.eheh.


Blog ni pun hampir terkubur. Ya Allah. Ampuni saya kerana mensia-siakannya.


















No comments:

Post a Comment