Episod 1. Ceritera Gunung Tahan GSB-Pewai Bergema
Mesej WhatsApp diterima . Slot untuk trip Tahan GSB pada tarikh yang diidamkan tidak dapat! Lagi seminggu Trip Tahan akan berlangsung. Ahh, berkecamuk akal fikiran. Mahu saja dihempas segala file kes yang ada di atas meja.
.
.
Aku forwardkan segala mesej berkaitan pada
group AJK. Terus sahaja aku beritahu Nizam meskipun dia dan Is berada di Tanah
Haram. Aku yakin berkat doa di tanah suci, Tahan pasti kami dapat jejaki.
.
.
Surat
demi surat diberikan kepada Pejabat Perhilitan. Banyak panggilan telefon dibuat,
namun sepi tiada jawapan. Dihubungi
orang itu orang ini. Ahh,, Aku buntu. Mahu sahaja aku pergi ke Merapoh esok!
.
.
Masalah line up tidak cukup , AJK tidak cukup,
barang tidak cukup, duit tidak cukup, AJK masih belum dapat persetujuan daripada bonda tercinta untuk berkelana, sesungguhnya itu semua masih boleh aku hadapi dengan kapasiti yang terbatas ini. Tetapi, jika slot tidak dapat ditempah, itu malapetaka ! Setahun sudah kami menguruskan Ekspedisi ini. Bermulanya dari perjanjian verbal di Thailand bersama beberapa sahabat yang lain. Apatah lagi beberapa siri
latihan telah dibuat bersama. Hampir setiap hari Khamis(larian dan fitness) serta Sabtu dan Ahad (hiking) dipenuhkan dengan slot latihan. Sekali hampir tak jadi. Oh Jengg. By the way, detail
pasal slot tu aku tak perlu cerita, cukup aku dan AJK yang lain tahu.Noktah Haha.
.
Group WhatsApp Tahan dibaca. Masing-masing
teruja dengan Ekspedisi yang bakal kunjung tiba. Kalaulah mereka
tahu hal sebenar, mahu terbalik dunia.Dipejamkan mata menahan sebak. Ahh ambil
wuduk, solatlah. Magrib bakal menyinggah.
.
.
Aku membaca Alquran semahunya. Razreen
menelefon, memberitahu ada di Restoren Koplo. Dia mengajak untuk berbincang.
Aku hanya berbicara mahu sendirian mencari secebis kekuatan. Berita tiada slot
ini benar-benar menggugah jiwa raga dengan terhadnya waktu yang ada. Aku
ambil keputusan untuk terus ke Street Ngaji mencari cahaya pada
senyuman si kecil bermastautin di Chowkit; yang mendambakan ilmu Al Quran. Mengemislah aku mengharap rahmat Tuhan pada malaikat-malaikat kecil itu.
.
.
Sungguh aku kaget melihat Razreen dan Q; yang juga turut serta.
.
.
Sungguh aku kaget melihat Razreen dan Q; yang juga turut serta.
.
.
Selesai mengajar. Seakan ada semangat baru
muncul. Berbincanglah kami 3 sekawan di sebuah
restoren di Kampong Baru. Memikirkan alternative yang masih berbaki. Melihat
kekuatan line up yang ada. Keputusan muktamad. Kuala Tahan- Merapoh, tarikh
yang sama!
.
.
Perjumpaan seterusnya diadakan di Maulana. Aku, Kak Sarah, Reen dan Q. Kami berkira-kira kos dan pelbagai aspek tambahan yang harus dikenalpasti. Juga merangka ayat panjang berjela untuk memberitahu lineup. "Korang kena game sebenarnya, kita naik Kuala Tahan-Merapoh tau" haha. Tak Tak. Ayat sopan santun harus dikarang. Supaya komen dalam WhatsApp group murni-murni sahaja.
Dunia gelita menjadi terang. Keajaiban tiba
menjawab doa sang hamba. Slot Merapoh-Kuala Tahan berjaya kami booking buat
kesekian kalinya. Usah dipandang celaru yang lepas. Jalan terus. Fokus!
.
.
Baju Tahan sudah diambil. Design cantik walaupun nampak
3D dibahagian perut haha. Ah peduli apa aku lol.
Basic camping ramai yang join.Sharing daripada lagend2 GSB juga telah dibuat. Moga dapatlah kami manfaatkan ilmu yang diajar. Amar, Afiq Azahari, Nina, Tom, Hakim, dan lain-lain, korang memang
osem.
Dahulunya, tidaklah pernah dikisahkan akan
perihal barang teknikal kerana segalanya akan diuruskan oleh Hakim, Fairuz, Azahari, Nizam dan Amar. Mereka
ni aku jadikan pakar rujuk. Now bila jadi Gogo, semua benda kau wajib ambil tahu.
Time ni la bila cek barang-barang, ada yang tak boleh guna. Aku dan Q pun pulun
cari periuk belanga bagai. Reen tambah beli tray dan lantern. Hakim order fly
baru. Amar pula sangat membantu menerangkan
pasal ground dan fly. Alhmdulillah banyak aku belajar.
Tentang duit keluar masuk Tahan, sedari kecil aku tidak pernah diperkenalkan dengan ilmu akaun. Jadinya dibuat sesuka hati duit keluar masuk itu ditulis dalam lejer excell. Dicatat nota satu persatu mengikut pemahaman yang dangkal. Bila selesai akaun dibuat, aku sendiri tak faham apa yang aku tulis. Jeng. Sungguh, pertolongan kak sarah dan is yang ternyata cekap melihat angka dan kira-kira benar-benar meleraikan kekusutan yang ada. Haha

Untuk ration makanan. Sehari sebelum kejadian, Team
makanan, Fani, Kak Mid dan Aiman bersengkang mata membeli ration. Seakan orang kaya baru, penuh troli apatah lagi muatan kereta. Lebih kurang 1.30 pagi, barulah kesemuanya selesai. Alfateh terus meluncur laju membelah kesunyian malam. Destinasi dituju, ke rumah Kak Mid. Aku membantu sekadarnya. Segala barang yang dibeli dipindahkan ke rumah makcik Kak Mid. Dibawa kemudiannya Aiman dan Fatin ke rumah mereka semula sebelum menjelma hari esok.
.
.
Keesokan harinya, aku dan Fani menyambung semula sesi membeli-belah. Bagi aku, part makanan ini paling mencabar. Menu banyak kali dirombak. Mengikut kesesuaian bajet yang ada. Ramai yang telah dijadikan pakar rujuk, Nizam,Azahari, Hakim, Q, Afiq. Fani turut menjalankan ujikajinya. Teringat aku suatu malam, aku, Q, Fani dan Aiman berkampung ke rumah Fani. Siapkan pes dan barang makanan untuk diujikaji. Q mastermind untuk sesi masakan kali ini. Fani tukang rasanya dan manusia dalam tabung uji eh. Haha.

Then, ya . Masa untuk memasak dan mengemas ration. Fani,
Kak Mid aku dan Q berkampung di rumah Makcik Kak Mid. Terima kasih makcik sudi
menumpangkan rumah. Maafin kami membuat onar dalam rumah tersebut. Haha.
.
.
.
Sejujurnya, diperingkat pengurusan Tahan ini,
emosi dan jiwa banyak sekali teruji. Diizinkan Tuhan untuk aku belajar menguruskan program sebelum ini sama ada dengan GSB atau kelab-kelab lain. Baik program indoor mahupun outdoor. Tetapi untuk trip 7 hari ini, benar-benar mencabar
kewarasan akal fikiran dan pertimbangan.
.
.
Hakikat pada awalnya bukanlah aku ingin menjadi Gogo. Hanya sekadar melaksanakan janji yang pernah dimaterai di Thailand. Gogo sebelum ini adalah Nizam. Aku sekadar mencari line up. Bila Nizam tak jadi pergi kerana panggilan Haji, seakan enggan aku memaknai janji di Thailand sebelum ini. Ditambah pula penarikan diri sahabat sahabat GSB yang sangatlah aku bergantung harap seperti Badd, Afiq, fairuz, ita dan Aizudin, memberikan aku sebab yang konkrit untuk terus menamatkan riwayat Ekspedisi ini. Namun dilihat barisan line up yang masih berbaki seperti Q, Razreen, Kak Sarah, Kak Mid, KakNora, Fani, Hafizudin, dan lain lain, dikuatkan hati untuk meneruskan langkah bersama mereka.

Benar ada kelompongan. Tetapi dalam kelompongan
itu, terlalu banyak kemudahan dan keajaiban yang Tuhan hadiahkan. Dan yang sangat penting, diutuskan Tuhan sahabat-sahabat yang sentiasa membantu tanpa mengira ruang dan waktu. Alhmdulillah.
Bersambung....
sis, yang ni mmg 1 episod je eh. hahahah
ReplyDelete