Powered By Blogger

Tuesday 16 April 2024

Syukur

 Syukur

Merasa cukup dalam segenap ruang 

Dilihat seakan tidak punya wang

Namun andai hati cukup tenang

Walau ombak badai datang bertandang

Pastinya jiwa enggan walang

Kerana percaya Tuhan itu Maha Penyayang


Berlainan pula dengan sipolan

Yang membuak mencari harta borkoyan koyan

Walau banyak dalam simpanan masih tidak keruan

Mempersoal ketidakcukupan pada Tuhan

Dilihat ramai seperti jutawan

Tapi sebenarnya kusut serabut fikiran, 

Kasihan

Dia hilang rahmat Tuhan


Ayuh kawan, merasalah kecukupan

Sunday 14 April 2024

Sakit

Sakit itu

Bertamu kembali

Hadir tanpa dijemput

Namun berbeda kali ini

Andai sakit itu mendekatkan diri pada Tuhan

Redha menjadi peneman

Tiada apa yang akan hadir

Melainkan Dia yang mengizinkan

Juzuk lalu berulang lagi

Entah bila ia melepaskan

Terima kasih Tuhan







Sunday 23 April 2023

Tiada tajuk

 Assalamualaikum

Lama dah tidak munulis.

Memang sengaja. Haha

Selamat Hari Raya gais, Maaf Zahir Batin.

Taqabballahuminnawaminkum.


Just nak share, lately aku ada download 1 apps ni. Headway. Ada la subsription fee kena bayar tapi bagi aku sangat berbaloi. Terutama untuk orang yang acah2 sibuk macam aku.


Untuk yang masih belum tahu function apps ini, headway ni adalah ringkasan buku untuk pelbagai jenis genre. So korang boleh spend masa dalam 15 minit plus2, bergantung pada situasi untuk  korang  habiskan 1 ringkasan buku tersebut.


Memang tidak dinafikan baca keseluruhan buku, kulit ke kulit itu sangatlah bagus, tetapi untuk orang yang tidak berapa sempat, ringkasan buku sangat membantu daripada tidak baca langsung.

As of now, aku cuba untuk baca at least 2 ringkasan buku. Mana tahu jika berjodohan, dapatlah baca keseluruhan.

Ini antara ringkasan yang aku dah baca

1.the 5 am club

2.getting things done

3.the millioneair next door

4 .stolen focus

5.the power of now. 


Antara yang best, headway dah ringkaskan each chapter/plot penting. Dan korang boleh terus save/highlight ayat2 yang korang rasa penting. Dan untuk words yang tak faham tu, boleh terus click dan google translate. Jadi semua benda jadi senang.

Ok gais. Chow dulu. Nak sambung baca. 



Monday 7 June 2021

Cubaan membaca dan fokus

"Hiduplah Untuk Hari ini"




Sebenarnya ini adalah tajuk buku yang aku sedang baca sekarang. Karangan Muhammad Al Ghazali. Tajuk asal buku ini adalah Jaddid Hayatak.


Ada dalam  30 bab, termasuk prakata, nota editor, mukadimah dan penutup. Aku memang jenis baca lambat sebab akan start baca dari kulit depan termasuklah prakata dan mukadimah.  Habit conteng buku adalah sejak azali dan any kata-kata yang memberi kesan dalam buku ini, aku try simplify dalam bahasa aku dan salin kat buku lain. Aku terpaksa buat macam ni, sebab aku ni cepat lupa. Samalah zaman study dulu, wajib ada nota sendiri, kalau xde, kau macam hilang arah tuju haha.


So since semalam, aku baru baca 5 chapter jer. Ada 25 bab lagi.eheh. Tebal dia macam akta juga gais, macam Kanun Tanah Negara. Tibber.





Disebabkan aku dah lama tak baca buku secara proper macam ni, untuk elakkan hilang fokus sebab senang sangat aku terganggu dengan benda lain, contoh macam mesej program, client, rakan taulan , yadaa2, aku paksa diri  dalam 2 jam untuk duduk membaca kat meja study ni, sambil headphone kat kepala dengar music ni. (https://www.youtube.com/watch?v=BklGhQYKl30).

Berjaya gais.

Hari ini tetap mencuba.

Bergitu juga esok, lusa dan seterusnya akan terus berusaha.

Doakan sis gais. Sis berazam nak buat review untuk buku ni. Best gila!

Ok bye.

Nak sambung baca!

Sunday 6 June 2021

Al fatihah

Satu-satunya surah yang diwajibkan dalam Al-quran untuk kita baca dalam solat. Surah ini juga merupakan pembukaan dan kunci untuk faham another 113 surah yang termaktub di dalam Al-quran. Ketika Rasullulah  dan para sahabat membaca surah ini, mereka tidak pernah rasa bosan, malah penuh dengan sifat kehambaan. Kita bagaimana?

Cuti-cuti PKP ni, jom kita refresh gais! Cuma disebabkan laptop  aku ada problem untuk copy paste ayat Al-Quran, so aku fokus pada terjemahan dan tadabbur ya.


[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Bacaan Basmallah ni adalah adab yang diwahyukan. Kalau nak mulakan sesuatu perkara (hal yang baik), sangat dituntut untuk kita mulakan dengan bacaan ini supaya peroleh keberkatan.




[2] Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

Kenapa Allah guna Alhamdu, bukan Asyyukru? (Segala puji)
Apa beza dua perkataan ini?
Al-hamdu : Pujian dan terima kasih hanya kepada Allah, selayaknya pujian hanya untuk Dia
As-syukru : Hanya dilafazkan selepas dapat sesuatu perkara. Kesyukuran  wujud hanya selepas dapat asbab.

So take home message gais! (untuk aku terutamanya)
Bila kita dapat nikmat, sebut ayat ini; supaya bilamana orang lain yang dapat nikmat, kita tidak dengki.
Bahkan saat terima musibah sekalipun, latih diri juga untuk sebut ayat ini, sebab pasti akan digantikan dengan lebih baik.



[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Ar-rahman- sifat Pemurah Allah kepada semua mahluk termasuk kepada non muslim, binatang, tumbuh-tumbuhan, gunung ganang, alam sekitar.
Ar-rahim- sifat penyayang Allah khusus kepada mereka yang beriman dan taat kepada Allah.



[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
Ayat ini didik diri kita supaya ada "sense of the end" supaya apa yang kita buat, mestilah membawa kepada tujuan akhirat. Ayat ini juga mengimbangkan  diri kita terhadap keperluan hidup.

Contoh: Penting untuk kita jaga masa(keperluan). Orang jepun sangat terkenal dengan masyarakat yang menjaga masa.  Cuma bukan dilakukan sebab Allah/ tujuan akhirat ,tetapi sebab nature kerja dan hidup memang macam tu. Sayang kan. Kita doakan sinar islam semakin berkembang di Jepun dengan jayanya. 

Jadi, keperluan dan tujuan hidup, mestilah selari.


[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

Ayat ini ada dua perkara yang kena fokus
1. Tujuan hidup kita adalah untuk beribadah
2. Kita tidak akan dapat capai tujuan hidup tanpa pertolongan Allah- kita sememangnya lemah.

Kita tidak boleh claim diri kita kuat ibadah sebab hakikatnya, kita memang lemah. Itu semua atas taufik dan hidayah daripada Allah yang memudahkan kita untuk beribadah.

After kita kenal Allah dan tahu akhirat itu wujud 
(Ayat 1-4), ayat ini memotivasikan kita untuk beribadah dengan kerangka ibadah yang sebenar; supaya kita menjadi ummat yang terbaik di dunia dan akhirat.


[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Walaupun kita dah islam, kita sangat perlukan hidayah dan taufik daripada Allah. Bermaksud, Kita bukan nak sekadar Allah tunjukkan jalan, tapi kita sangat perlukan Allah 'pimpin' kita ke syurga.
Ada ulama kata, ianya umpama ayah ajar anak berjalan, kalau nak jatuh, ayah dah ready nak pegang.
Ha begitulah.



[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Jalan lurus ini apa?
Dalam ayat ini, Allah suruh bandingkan jalan itu dengan jalan orang yang peroleh keselamatan/ nikmat dan jalan orang yang Dia murka (Yahudi- detail cerita dalam surah al baqarah) dan orang yang sesat(nasrani-detail cerita dalam surah al imran).
 
Ayat ini juga memberikan motivasi kepada kita untuk sentiasa menjadi yang terbaik sebagaimana para anbiya dan mereka-mereka yang diberikan nikmat.

Korang boleh cross refer dengan surah annisa ayat 69-70

Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).(Annisa:69)

Yang demikian itu adalah limpah kurnia dari Allah; dan cukuplah Allah Yang Maha Mengetahui (akan balasan pahalanya).(Annisa:70)

Ustaz aku kata, surah ini juga directly bagi tahu kita tentang adab dan cara  berdoa yang betul. Steps doa: 
1. Kita memuji Allah( ayat 1-4)
2. Iktiraf dan akui rasa kehambaan (ayat 5)
3. Mohon agar dapat bimbingan (6-7)


Orait, sekian sahaja. Kalau korang ada part mana-mana nak tambah, boleh tulis kat ruangan komen yaw. Selamat berPKP!. Bye!

Saturday 23 May 2020

Tulisan ini ditulis pada malam raya.

Ramadhan telah pergi meninggalkan kita. Ramadhan kali ini sangat special. Belum tentu tahun depan Ramadhan akan jadi seperti tahun ini. Moga Allah menerima segala amal, memberikan pengampunan dan membebaskan kita dari api neraka.

Moga Allah kekalkan 'rasa' ini. Aku tulis di sini supaya kalau aku lupa, boleh diingatkan kembali bagaimana 'rasa' indah yang pernah Allah hadiahkan.

Masa takbir tadi. Sayu sangat menyambut 'kemenangan' ini. 'Kemenangan' jiwa kembali kepada fitrah. Rindu ramadhan yg berlalu, rasa sedikit gentar dengan hari mendatang. Adakah jiwa ini masih ditakuk lama atau sudah berjaya dibentuk setelah sebulan berpuasa.

InsyaAllah.
Jalan terus.
Allah ada
Dia dekat.

“Ya Allah, aku mohon padaMu, cintaMu, dan cinta orang yang mencintaiMu, amalan yang mengantarkanku menggapai cinta-Mu. Ya Allah, jadikan kecintaanku kepada-Mu lebih aku cintai daripada cintaku pada diriku sendiri, keluargaku, dan air dingin”.


Monday 11 May 2020

Ramadhan tahun ini

Ramadhan tahun ini sangat berbeda dengan yang sebelumnya.
.
.

Ramadhan tahun-tahun lepas, aku akan buat masjid hopping dengan kawan kawan, selain daripada buat program bla2, dan sudah pastinya jarang duduk rumah berbuka puasa dengan keluarga.
.
.

Untuk tahun ini, hikmah terbesar adalah aku banyak masa dengan mama dan adik aku . Cabaran sebenarnya. Terlalu banyak simpang siurnya kerana terkehelnya aku berbicara dengan baik dihadapan mereka. Cukuplah itu sahaja yang aku cerita. Selebihnya biarlah Allah simpan rapi aib aku hehe
.
.

Aku ada terbaca satu hadith ni.
Rasulullah s.a.w. bersabda, orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya dan yang paling lembut terhadap keluarganya. (Hr Tarmidzi)
.
.
Yeah. Ini struggle. The struggle is real gaiss.
Aku pernah dengar pesan ustaz ebit lew . Biasakan buat taalim kat rumah. InsyaAllah, rahmat Allah akan turun, hati hati akan jadi lembut, lunak dengan perintah Allah. Hubungan sesama keluarga akan jadi lebih baik dan berkasih sayang.
.
.
Aku tak kata lah keluarga aku ni porak peranda jenis bergaduh baling pinggan semua.haha. Cuma kami ni, kalau bab2 kasih sayang, kita tak tunjuk. Semua pakat simpan. Aku ingat lagi dulu, masa zaman sekolah seseri, masa part nak peluk mama abah lepas hantar aku balik asrama an, itu part paling aku kekok sebab tak biasa. Aku akan peluk cepat cepat pastu blah bye2 sikit sikit je. Haha. Apa buruk perangai. Tapi bila dah lama sikit dan dah makin besar, dah boleh adapt dah haha.
.
.
Jadi, misi aku untuk ramadhan ni, aku nak buat taalim kat rumah setiap kali lepas solat isyak/ sebelum solat terawih. Alhamdulillah berjalan sehingga sekarang daripada 1st ramadhan lagi. Syukur Allah kasi kekuatan.

.
.
Kalau kita boleh sharing duduk berbulatan gembira dengan anak2 chowkit, sahabat2 seusrah, apatah lagi keluarga yang menjadi darah daging ni. Lagilah hak mereka kita kena penuhi. Allah. Maafkan aku sebab terlalu jauh denganMu.
.
.
Taalim/ sharing yang kami buat dalam 5 ke 10 minit je. Awal2 tu berkaitan dengan kelebihan ramadhan(sebab nak bangkitkan mood )dan seterusnya tadabbur ayat2 lazim. Aku harap, taalim ni diteruskan selepas ramadhan nanti. Dan aku sangat berharap adik aku danial ,atau yang lain-lain boleh ganti aku  bila aku dah takde nanti. Doakan ya.
.
.
So gaiss. Aku share bukan sebab aku bagus. Banyak aib aku yang Allah tutup.  Just aku  nak sampaikan apa yang aku rasa. Kadang kadang kita terlalu fikir bagaimana untuk berdakwah dengan orang luar sedangkan keluarga  juga mempunyai hak ke atas kita.
.
.
Kalau segan nak buat taalim face to face, boleh try share kat whatsApp group family ke kan hehe. Tajuk simple simple pun okay. Share hadith ke, kisah para sahabat ke,dan sebagainya.
.
.
Selamat  mencuba:)