Powered By Blogger

Sunday 6 June 2021

Al fatihah

Satu-satunya surah yang diwajibkan dalam Al-quran untuk kita baca dalam solat. Surah ini juga merupakan pembukaan dan kunci untuk faham another 113 surah yang termaktub di dalam Al-quran. Ketika Rasullulah  dan para sahabat membaca surah ini, mereka tidak pernah rasa bosan, malah penuh dengan sifat kehambaan. Kita bagaimana?

Cuti-cuti PKP ni, jom kita refresh gais! Cuma disebabkan laptop  aku ada problem untuk copy paste ayat Al-Quran, so aku fokus pada terjemahan dan tadabbur ya.


[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Bacaan Basmallah ni adalah adab yang diwahyukan. Kalau nak mulakan sesuatu perkara (hal yang baik), sangat dituntut untuk kita mulakan dengan bacaan ini supaya peroleh keberkatan.




[2] Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

Kenapa Allah guna Alhamdu, bukan Asyyukru? (Segala puji)
Apa beza dua perkataan ini?
Al-hamdu : Pujian dan terima kasih hanya kepada Allah, selayaknya pujian hanya untuk Dia
As-syukru : Hanya dilafazkan selepas dapat sesuatu perkara. Kesyukuran  wujud hanya selepas dapat asbab.

So take home message gais! (untuk aku terutamanya)
Bila kita dapat nikmat, sebut ayat ini; supaya bilamana orang lain yang dapat nikmat, kita tidak dengki.
Bahkan saat terima musibah sekalipun, latih diri juga untuk sebut ayat ini, sebab pasti akan digantikan dengan lebih baik.



[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Ar-rahman- sifat Pemurah Allah kepada semua mahluk termasuk kepada non muslim, binatang, tumbuh-tumbuhan, gunung ganang, alam sekitar.
Ar-rahim- sifat penyayang Allah khusus kepada mereka yang beriman dan taat kepada Allah.



[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
Ayat ini didik diri kita supaya ada "sense of the end" supaya apa yang kita buat, mestilah membawa kepada tujuan akhirat. Ayat ini juga mengimbangkan  diri kita terhadap keperluan hidup.

Contoh: Penting untuk kita jaga masa(keperluan). Orang jepun sangat terkenal dengan masyarakat yang menjaga masa.  Cuma bukan dilakukan sebab Allah/ tujuan akhirat ,tetapi sebab nature kerja dan hidup memang macam tu. Sayang kan. Kita doakan sinar islam semakin berkembang di Jepun dengan jayanya. 

Jadi, keperluan dan tujuan hidup, mestilah selari.


[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

Ayat ini ada dua perkara yang kena fokus
1. Tujuan hidup kita adalah untuk beribadah
2. Kita tidak akan dapat capai tujuan hidup tanpa pertolongan Allah- kita sememangnya lemah.

Kita tidak boleh claim diri kita kuat ibadah sebab hakikatnya, kita memang lemah. Itu semua atas taufik dan hidayah daripada Allah yang memudahkan kita untuk beribadah.

After kita kenal Allah dan tahu akhirat itu wujud 
(Ayat 1-4), ayat ini memotivasikan kita untuk beribadah dengan kerangka ibadah yang sebenar; supaya kita menjadi ummat yang terbaik di dunia dan akhirat.


[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Walaupun kita dah islam, kita sangat perlukan hidayah dan taufik daripada Allah. Bermaksud, Kita bukan nak sekadar Allah tunjukkan jalan, tapi kita sangat perlukan Allah 'pimpin' kita ke syurga.
Ada ulama kata, ianya umpama ayah ajar anak berjalan, kalau nak jatuh, ayah dah ready nak pegang.
Ha begitulah.



[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Jalan lurus ini apa?
Dalam ayat ini, Allah suruh bandingkan jalan itu dengan jalan orang yang peroleh keselamatan/ nikmat dan jalan orang yang Dia murka (Yahudi- detail cerita dalam surah al baqarah) dan orang yang sesat(nasrani-detail cerita dalam surah al imran).
 
Ayat ini juga memberikan motivasi kepada kita untuk sentiasa menjadi yang terbaik sebagaimana para anbiya dan mereka-mereka yang diberikan nikmat.

Korang boleh cross refer dengan surah annisa ayat 69-70

Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).(Annisa:69)

Yang demikian itu adalah limpah kurnia dari Allah; dan cukuplah Allah Yang Maha Mengetahui (akan balasan pahalanya).(Annisa:70)

Ustaz aku kata, surah ini juga directly bagi tahu kita tentang adab dan cara  berdoa yang betul. Steps doa: 
1. Kita memuji Allah( ayat 1-4)
2. Iktiraf dan akui rasa kehambaan (ayat 5)
3. Mohon agar dapat bimbingan (6-7)


Orait, sekian sahaja. Kalau korang ada part mana-mana nak tambah, boleh tulis kat ruangan komen yaw. Selamat berPKP!. Bye!

No comments:

Post a Comment