Powered By Blogger

Monday 11 May 2020

Pkp dan masak masak

Sebenarnya sejak akhir tahun lepas, mak aku kerap balik kampung sebab kenduri kahwinlah, pergi indonesialah, yadaa yadaa.
.

Sejak itu, aku belajar lah masak sikit sikit. Sebelum ni ada je tolong mak aku masak. Tapi boleh dikira dengan jari. Sebab masa kat rumah tak banyak berbanding di luar. Hidup aku tenang dari sudut nak fikir makan kat mana, kerana di rumah sentiasa tersedia haha. (Anak tak guna lol)
.

Bila mama takde, aku masaklah. Bangun awal pagi sebelum pergi kerja. Masak lauk tengahari sampai malam. Haha teruja weh. Jimat banyak. Sebab pergi kerja pun bawa bekal. Masak ni takdelah susah mana. Campak campak je. Eleh acah-acah  pakar. Sorrylah gais. Aku memang tak tangkap gambar makanan, apatah lagi post gambar gambar makanan. Haha. Jadinya takdelah gambar dalam post ini yaw. Semua makanan tu telah dihadam dengan jayanya dan adakalanya dibuang menjadi najis mutawasitohhh. Gituh.
.

Bila abah muhiyidin umumkan pkp, now pkpb, hampir setiap hari lah aku masak. Aku akan masak satu lauk, mak aku akan masak satu lauk yang lain. Cukuplah untuk kami anak beranak.  Kadang kadang mak aku rehat je, aku masak. Kadang kadang aku pulak rehat eh. Haha. Tak sempat sebab time tu aku kerja(masa pkpb, aku pernah balik lewat, sampai-sampai rumah terus buka puasa.) Danial adik aku pun ada tolong. Tolong buat air dan aiskrim goreng dia. Haha
.

So gais, better late than never okay.  Pesanan daripada budak baru nak up.kiki.





No comments:

Post a Comment