Powered By Blogger

Saturday 1 October 2016

Hijrah ke arah pencerahan

Beberapa minggu ni, honestly aku rasa macam tak berapa betul sikit. Alhamdulillah Allah kurniakan rasa sedar bahawa diri ni dah tak berapa betul.

Rasa badan cucuk2, lenguh2x, ngantuk memanjang, susah nak fokus, lepas asar ke magrib, badan berhaba panas sehingga terbawa bawa dalam solat, dan banyak lagi benda2 aneh yang aku kene hadap.

Aku dah pergi darul syifaa. Dan benda paling terkejut adalah bila aku muntah2 masa ustaz baca ayat ruqyah.

Aku istigfar banyak2 lawan benda tu. Alhamdulillah, Allah izinkan benda tu keluar, dan agak mudah (ustaz habaq)

Ujian yang Allah kasi kali ini membuatkan aku teringat dan makin rindu pada arwah abah. Sebab arwah pun berdepan dengan hal yang sama.

Dan terima kasih  Ya Allah, at least aku juga turut merasa apa yg orang orang lain  rasa dalam melalui ujian yang hampir serupa.

Aku tidaklah kata aku kuat. Tapi hal ini membuatkan kita rasa ingin dekat dengan Tuhan. Tiada kuasa yang mampu mengatasi kuasa Tuhan.

Banyak tips dan amalan2 rohani aku dapat dari ustaz dan sahabat2.
MasyaAllah, ini semua peluang untuk rasa dekat dengan Tuhan.
Cuma pilihan di tangan, mahu atau tidak mahu.

Sahabat ada bagi tahu juga, kalau pergi masjid, kurang sikit sakitnya. Jadi, aku pun try lah pergi. Sebab kalau di rumah atau office, masa tengah baca atau dengar quran dan zikir, aku akan rasa loya dan muntah muntah.

So aku pun follow lah kata sahabat aku ni. Aku gamble pergi sorang sorang dari seri kmbangan ke shah alam. Haha.masjid favourite aku. Masjid sultan salehudin abd aziz.!

Aku bawak slow ja. Tahan ' sakit ' tu. Sebab dengar zikir dan ayat quran kat ikin fm, aku akan rasa mual- mual sikit. So kena bawa slow ja travel kat shah alam. Tak boleh drift dah macam selalu.



Dekat masjid, rasa badan ringan.
Alhmdulillah tak muntah2. Dan boleh buat apa apa yang patut untuk basahkan jiwa raga ni. eceh.

Ada ceramah pasal maal hijrah. Ujian yang Allah kasi ni adalah untuk menjadikan kita lebih baik. Ianya proses penghijrahan dan pengorbanan perjalanan menuju Tuhan.

Ini yang aku dapat simpulkan.

Hijrah dan pengorbanan
Saling bergandingan
Mana mungkin ia berpisah
Dalam mengungkap ceritera terindah

Rasul diutus pembawa risalah
Menukar kegelapan kepada cahaya
Dari banyak jalan yang berpecah bersepah
Kepada satu jalan yang menang dan bergaya!

Bumi madinah
Bumi keamanan dan keimanan
Dituntut Allah untuk rasul itu pergi
Bertemankan Abu Bakar sahabat sejati

Kaum quroish berbondong bondong
Memburu nabi kita tercinta
Boleh saja mereka tangkap nabi
Kerana kerap kali ada saja berlegar di luar gua thur itu
Namun sudah dalam suratan
Nabi dan sahabat dijaga rapi oleh Tuhan

Sesampai di madinah
Nabi bina masjid quba
Nabi persaudarakan muhajirin dan ansar
Nabi suruh orang islam berniaga

Hijrahnya ke madinah
Pengorbanan meninggalkan kampung tercinta
Yang dipenuhi kezaliman dan penindasan
Demi kelangsungan survival dakwah
Supaya mekar di bumi Allah

Dalam kehidupan ini
untuk menjadi yang lebih baik
Perlu ada pengorbanan
Walaupun berdikit dikit
Andai sebelum ini culas solatnya
Harus dikorbankan perasaan nafsu nafsi itu untuk mendirikan tiang agama
Andai sebelum ini seringkali berbicara hal keburukan orang
Harus dikorbankan rasa ingin bercakap hal orang dan lebih molek berdiam

Masing masing punya ceritera jahiliah tersendiri
Hanya diri sendiri dan Tuhan yang mengerti

Andai kita bertangguh
Entah selepas satu minit ini nyawa kita ditarik
Bagaimana?

Pelan pelan tidak mengapa
Asal mahu istiqamah
Bagaimana mahu istiqamah?
Ikhlaskan hati mu
Bagaimana mahu ikhlas?
Lazimkan saja perbuatan kebaikan itu
Doa moga Allah hadirkan keikhlasan dalam berbuat sesuatu

Sebagai analogi
Pertama kali kita memanah
Pasti saja tersasar dari target
Namun jika berkali kali dibuat latihan
Pasti saja targetnya tepat
Begitu juga keikhlasan!

Ayuh kita hijrah.
Sama sama.

Salam maal hijrah!

No comments:

Post a Comment