Powered By Blogger

Thursday 6 October 2016

Cinta dan ketakutan

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dekat kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi
(Lirik lagu wanita nyanyian dehearty)


Jarang aku berbicara perihal rasa
Rasa sesama mahluk
Suka cinta dan sayang
Antara laki laki dan perempuan
Fitrah yang sudah ditetapkan
Andai dijaga rapi memenuhi syariat
Anugerah terindah laksana bintang dicekerawala
Fitnah andai diperkotak katikkan
Andai syariat dilanggar
Kerna terlalu mengikut gelojak jiwa dan bisikan jahat

Pernah sahaja merasa perasaan itu
Dipendam sahaja agar tiada siapa tahu
Dititipkan doa moga dia bahagia
Andai dia yang terbaik
Pasti Tuhan satukan pada masa yang tepat
Tiba tiba dia telah berpunya
Senyumku pahit sekelat kopi tanpa gula
Ku panjatkan doa moga cinta dia bersama kekasih hati sampai ke syorga
Dan aku hanya berhaha berhuhu
Meneruskan perjalanan walau hati sepertinya punah
Walau dia tidak pernah memberikan harapan
Aku yang dangkal punyai perasaan seperti itu
Dan lafaz itu hanya tersimpan dibalik ruang waktu

Kehidupan diteruskan
Meniti caturan yang Tuhan takdirkan
Di ruang pekerjaan ini
Saban waktu aku disajikan dengan
Cinta yang dirobek
Cinta yang dikhianati
Cinta yang hanya dilakonkan
Cinta yang terhenti sekerat jalan
Saban hari berbondong bondong laki laki dan perempuan itu berpisah
Seakan lafaz cinta itu sememangnya tiada
Kerna sudah tiada kesafahaman berumah tangga
Hati hati itu diherdik dicerca
Terus membawa haluan masing masing
Walau pada dasarnya
Hubungan itu wujud atas dasar cinta!

Aku cuba menelan episod episod itu
Hubungan perkahwinan itu bukan hanya
Wujud atas dasar cinta
Tetapi yang lebih utama adalah tanggungjawab
Dan juga bagaimana laki laki dan perempuan itu
Cuba memahami antara satu sama lain
Asbab daripada perbezaan penciptaan mereka
Makin mendalam faham itu
Makin kurang kesalahfahamannya
Makin kurang masalah komunikasinya
Makin kokoh niatnya
Makin kokoh jalannya
Bahawa perkahwinan itu juga jambatan ke syorga

Dan asbab daripada saban waktu
disajikan episod sedih itu
Kerana pekerjaan ini
Terus terang
Takut untuk merasa suka kembali
Takut untuk punyai komitmen sejauh itu
Ah seakan takut dengan bayang bayang yang tiada penghujung
Walau saban minggu ada sahaja sahabat menjemput makan nasi minyak
Tidaklah aku risau bila pula masa aku tiba
Dan ternyata memang aku belum bersedia

Biarlah masa dan takdir yang menentukan segala.
Tik tok tik tok tik tok..





No comments:

Post a Comment