Powered By Blogger

Thursday 17 November 2016

Abah dan 17.11.2014

17.11.2014
Detik besar yang mengajar
Erti sebuah kehilangan
Yang pernah mengisi ruang
dalam sudut hati ini

17.11.2014
Susuk tubuh lelaki tua
kurus kerna derita sakit kanser
seawal subuh pagi isnin
sesak nafas diperbaringan
ku angkat dia berada dipangkuan ku
kubisikkan zikir dan syahadah pada dia
walau dalam hati ini sebenarnya
ku begitu berharap keajaiban datang melanda
agar jangan detik ini datang lagi
masih belum kupuas menatap wajah tua ini
Ku bertawasul berulangkali
Dia tiba-tiba sberdiam diri
Oh Tuhan kupohon berikan ku peluang lagi!

17.11.2014
Dia dibawa ke hospital
wad kecemasan
kulihat ibu dan adikku menangis
Aku cuba gagahkan diri menelefon saudaraku dan sahabatku satu persatu
Walaupun sebenarnya kata putus belum diberikan oleh doktor
meraka masih berusaha menyelamatkan dia
Ku melihat dengan penuh harapan
Cuma tidaklah sebesar tadi
harapan itu perlahan-lahan ku cuba tukar dengan redha
redha saat menerima ujian pukulan pertama

Doktor berkata " Adik, saya harap awak tabah, ayah awak dah takde, kita dah guna segala cara dan cuba sedaya upaya. Minta awak berbincang dengan keluarga untuk urusan pengkebumian"

Entah kenapa
Aku tenang menerima
Satu bisikan keramat ku dengar ditelinga
"Kau kena tabah, sebab kau anak abah!"
Ibu dan adik kecil ku terus menangis
Aku minta ibuku pulang saja ke rumah
mudah untuk dia kemas segala barang keperluan keluarga
dan aku serta adik kecilku menguruskan jenazah dia

Aku diberi izin Tuhan untuk memandikan,mengkafankan jenazah abah
Teringat aku episod Pencentus Ummah
yang baru kutonton sebelum malam kematiannya
Seorang peserta memberi tazkirah
Setiap anak pasti ingin sekali menguruskan jenazah ibu bapanya
Ku dengar bait kata peserta itu dengan penuh teruja
Dan tidakla ku jangka
malam itu teori dan esoknya itu praktikal
Terima kasih Tuhan

Kematian adalah episod yang pasti ada
dalam kehidupan bernama manusia
ia adalah episod  kehidupan baru
pada permulaan alam yang lain
Kita  berpisah di dunia
Tapi pasti bertemu di alam kekal sana
Persiapan kita pada detik ini
Menentukan siapa kita pada episod lain
Sudah sediakah kita untuk menghadapi saat itu

Allah melihat pengakhiran kita
Kita mahu pengakhiran yang bagaimana?







No comments:

Post a Comment