Powered By Blogger

Tuesday, 17 September 2019


Episod 1. Ceritera Gunung Tahan GSB-Pewai Bergema



Mesej WhatsApp diterima . Slot untuk trip Tahan GSB pada tarikh yang diidamkan tidak dapat! Lagi seminggu Trip Tahan akan berlangsung. Ahh, berkecamuk akal fikiran. Mahu saja dihempas segala file kes yang ada di atas meja.
.
.

Aku forwardkan segala mesej berkaitan pada group AJK. Terus sahaja aku beritahu Nizam meskipun dia dan Is berada di Tanah Haram. Aku yakin berkat doa di tanah suci, Tahan pasti kami dapat jejaki.
.
.

Surat demi surat diberikan kepada Pejabat Perhilitan. Banyak panggilan telefon dibuat, namun sepi tiada jawapan.  Dihubungi orang itu orang ini. Ahh,, Aku buntu. Mahu sahaja aku pergi ke Merapoh esok!
.
.

Masalah line up tidak cukup , AJK  tidak cukup, barang  tidak cukup, duit  tidak cukup, AJK masih belum dapat persetujuan daripada bonda tercinta untuk berkelana, sesungguhnya itu semua masih boleh aku hadapi dengan kapasiti yang terbatas ini. Tetapi, jika  slot tidak dapat ditempah, itu malapetaka ! Setahun sudah kami menguruskan Ekspedisi ini. Bermulanya dari perjanjian verbal di Thailand bersama beberapa sahabat yang lain. Apatah lagi beberapa siri latihan telah dibuat bersama. Hampir setiap hari Khamis(larian dan fitness) serta Sabtu dan Ahad (hiking) dipenuhkan dengan slot latihan. Sekali hampir tak jadi. Oh Jengg. By the way, detail pasal slot tu aku tak perlu cerita, cukup aku dan AJK yang lain tahu.Noktah Haha.




.
.

Group WhatsApp Tahan dibaca. Masing-masing teruja dengan Ekspedisi yang bakal kunjung tiba. Kalaulah mereka tahu hal sebenar, mahu terbalik dunia.Dipejamkan mata menahan sebak. Ahh ambil wuduk, solatlah. Magrib bakal menyinggah.
.
.

Aku membaca Alquran semahunya. Razreen menelefon, memberitahu ada di Restoren Koplo. Dia mengajak untuk berbincang. Aku hanya berbicara mahu sendirian mencari secebis kekuatan. Berita tiada slot ini benar-benar menggugah jiwa raga dengan terhadnya waktu yang ada. Aku ambil keputusan untuk terus ke Street Ngaji mencari cahaya pada senyuman si kecil  bermastautin di Chowkit; yang mendambakan ilmu Al Quran. Mengemislah aku mengharap rahmat Tuhan pada malaikat-malaikat kecil itu.
.
.

 Sungguh aku kaget melihat Razreen dan Q; yang juga turut serta.
.
.
Selesai mengajar. Seakan ada semangat baru muncul.  Berbincanglah kami 3 sekawan di sebuah restoren di Kampong Baru. Memikirkan alternative yang masih berbaki. Melihat kekuatan line up yang ada. Keputusan muktamad. Kuala Tahan- Merapoh, tarikh yang sama!
.
.
Perjumpaan seterusnya diadakan di Maulana. Aku, Kak Sarah, Reen dan Q. Kami berkira-kira kos dan pelbagai aspek tambahan yang harus dikenalpasti. Juga merangka ayat panjang berjela untuk memberitahu lineup. "Korang kena game sebenarnya, kita naik Kuala Tahan-Merapoh tau" haha. Tak Tak. Ayat sopan santun harus dikarang. Supaya komen dalam WhatsApp group murni-murni sahaja.



Dunia gelita menjadi terang. Keajaiban  tiba  menjawab doa sang hamba. Slot Merapoh-Kuala Tahan berjaya kami booking buat kesekian kalinya. Usah dipandang celaru yang lepas. Jalan terus. Fokus!
.
.

Baju Tahan sudah diambil. Design cantik walaupun nampak 3D dibahagian perut haha. Ah peduli apa aku lol.

Basic camping ramai yang join.Sharing daripada lagend2 GSB juga telah dibuat. Moga dapatlah kami manfaatkan ilmu yang diajar.  Amar, Afiq Azahari, Nina, Tom, Hakim,  dan lain-lain, korang memang osem.




Dahulunya, tidaklah pernah dikisahkan akan perihal barang teknikal kerana segalanya akan diuruskan oleh  Hakim, Fairuz, Azahari, Nizam dan Amar. Mereka ni aku jadikan pakar rujuk. Now bila jadi Gogo, semua benda kau wajib ambil tahu. Time ni la bila cek barang-barang, ada yang tak boleh guna. Aku dan Q pun pulun cari periuk belanga bagai. Reen tambah beli tray dan lantern. Hakim order fly baru. Amar pula sangat  membantu menerangkan pasal ground dan fly. Alhmdulillah banyak aku belajar. 








Tentang duit keluar masuk Tahan, sedari kecil aku tidak pernah diperkenalkan dengan ilmu akaun. Jadinya dibuat sesuka hati duit keluar masuk itu ditulis dalam lejer excell. Dicatat nota satu persatu mengikut pemahaman yang dangkal. Bila selesai akaun dibuat, aku sendiri tak faham apa yang aku tulis. Jeng. Sungguh,  pertolongan kak sarah dan is yang ternyata cekap melihat angka dan kira-kira benar-benar meleraikan kekusutan yang ada. Haha

Untuk ration makanan. Sehari sebelum kejadian, Team makanan, Fani, Kak Mid dan Aiman bersengkang mata membeli ration. Seakan orang kaya baru, penuh troli apatah lagi muatan kereta. Lebih kurang 1.30 pagi, barulah kesemuanya  selesai. Alfateh terus  meluncur laju membelah kesunyian malam. Destinasi dituju, ke rumah Kak Mid. Aku membantu sekadarnya. Segala barang yang dibeli dipindahkan ke rumah makcik Kak Mid. Dibawa kemudiannya  Aiman dan Fatin ke rumah mereka semula sebelum menjelma hari esok.
.
.
Keesokan harinya, aku dan Fani menyambung semula sesi membeli-belah. Bagi aku, part makanan ini paling mencabar.  Menu banyak kali dirombak. Mengikut kesesuaian bajet yang ada. Ramai yang telah dijadikan pakar rujuk, Nizam,Azahari, Hakim, Q, Afiq. Fani turut menjalankan ujikajinya. Teringat aku suatu malam, aku, Q, Fani dan Aiman berkampung ke rumah Fani. Siapkan pes dan barang makanan untuk diujikaji. Q mastermind untuk sesi masakan kali ini. Fani  tukang rasanya dan manusia dalam tabung uji eh. Haha.
.
.
Then, ya  . Masa untuk memasak dan mengemas ration. Fani, Kak Mid aku dan Q berkampung di rumah Makcik Kak Mid. Terima kasih makcik sudi menumpangkan rumah. Maafin kami membuat onar dalam rumah tersebut. Haha.



.
.
Sejujurnya, diperingkat pengurusan Tahan ini, emosi dan jiwa banyak sekali teruji. Diizinkan Tuhan untuk aku belajar menguruskan program sebelum ini sama ada dengan GSB atau kelab-kelab lain.  Baik  program indoor mahupun outdoor. Tetapi untuk trip 7 hari ini, benar-benar mencabar kewarasan akal fikiran dan pertimbangan.
.
.
Hakikat pada awalnya bukanlah aku ingin menjadi Gogo. Hanya sekadar melaksanakan janji yang pernah dimaterai di Thailand. Gogo sebelum ini adalah Nizam.  Aku sekadar mencari line up. Bila Nizam tak jadi pergi kerana panggilan Haji, seakan enggan aku memaknai janji di Thailand sebelum ini. Ditambah pula penarikan diri sahabat sahabat GSB yang sangatlah aku bergantung harap seperti Badd, Afiq, fairuz, ita dan Aizudin, memberikan aku sebab yang konkrit untuk terus menamatkan riwayat Ekspedisi ini. Namun dilihat barisan line up yang masih berbaki seperti Q, Razreen, Kak Sarah, Kak Mid, KakNora, Fani, Hafizudin, dan  lain lain, dikuatkan hati untuk meneruskan langkah bersama mereka. 
.
.
Benar ada kelompongan. Tetapi dalam kelompongan itu, terlalu banyak kemudahan dan keajaiban yang Tuhan hadiahkan. Dan yang sangat penting, diutuskan Tuhan sahabat-sahabat yang sentiasa membantu tanpa mengira ruang dan waktu. Alhmdulillah. 




Bersambung....

Wednesday, 11 September 2019

Jari dibiarkan menari di atas papan kekunci.Aksara-aksara dipilih tanpa panjang berfikir. Kesakitan itu datang lagi.  Peringatan kerna seteguh mana pun langkahmu, Tuhan lebih berkuasa atas dirimu. Akurlah kau mengenang takdir. Moga  kesabaran yang masih berbaki ini bisa menjadi peneman. Dalam melalui detik detik pedih.


Friday, 22 June 2018

sujud

Dalam kekusutan jiwa yang ada
Hati dan tubuh berbalut dosa
Fikiran melayang entah kemana
.
.
Tuhan masih menitipkan rasa
Tuhan masih memberi izin
Dahimu  menyentuh bumi
yakni sujud
.
.
Tidakkah itu suatu nikmat yang indah
Meskipun tiada apa yang memihak kepadamu
Tetapi
Tuhan masih membenarkan kamu sujud
Sebagai tanda
harapan Tuhan ada untuk kamu
.
.
Wahai kamu
Jagailah "rasa" itu
Hati-hatilah dengan tempat letaknya "rasa" itu
Tiada nikmat yang terindah
Melainkan "rasa" itu
diberikan Tuhan untuk kau terus sujud kepadaNya






Monday, 26 March 2018

Jawapan didalam jawapan

Bait bersambung bait kata
Noktah bertemu noktah
Persoalan demi persoalan
Jawapan didalam jawapan
ahhh kenyataan itu pahit dan pedih
Sesak jiwa
Hancur berkecai
.
.

Apa masa depan masih sudi bertandang
Atau berkubur sama seperti masa lalu
Apa peluang menjadi lenyap
Dan kau hanya menghitung waktu
Menunggu malaikat mencabut nyawamu
.
.


Keadilan didunia seakan tiada
Kalau dibongkar habis aib segala
Ada hati yang perlu dijaga
Akhirnya kau juga merana
Menangis dibucu katil sahaja
.
.

Waktu lalu berlalu pergi
Meninggalkan luka bernanah pedih
Letih mengharung detik demi detik
Tiada siapa akan tahu
Yang pasti Tuhan menjadi saksi detik itu
.
.
 Ketawalah kawan walau kau sedang menangis
Bahagialah kawan walau kau sedang meratap
Berjuanglah kawan walau kau sedang ditusuk lembing
Kerana takdir yang hadir tidak pernah silap
Kau teguh kini kerana masa lalu
Teruskan berjalan
Sehingga nyawa bercerai badan





Wednesday, 28 February 2018

rasa rindu pada yang dulu

Aku tak tahulah . Lately rasa macam lost track sikit. Makin kurang 'rasa' dalam hidup ini. Aku tak tahu macam mana nak describe benda ni. Adakah sebab dipengaruhi oleh hormon atau usia yang semakin meningkat. Entah.

Mungkin sebab rutin yang telah jadi kebiasaan. Aku dah kurang rasa ada cabaran kalau nak buat sesuatu. Semua benda rasa macam mudah. Contoh. Nak pergi program, or kerja or nak pergi meeting sekalipun. Mudah. Kau ada kereta. Kau boleh pergi mana kau suka. Asalkan kau ada duit nak isi minyak dan bayar tol. Jalan. kau hadaplah jem berselang seli. Dan masa berjalan sangat pantas. Serius.

Bukan aku tak bersyukur. Cuma aku rindukan aku yang dulu.


Dulu, masa zaman bergantung harap pada public transport, aku rasa banyak masa lapang disebabkan banyak menunggu. Aku boleh baca alquran dan baca buku-buku akademik/santai sepanjang naik public transport. Yang bestnya, disebabkan program aku banyak kat shah alam,  1 juz  Alquran boleh habis sepanjang perjalanan dari ktm serdang ke padang jawa. Masa bersendiri dan berdialog dengan Tuhan pun aku rasa sangat banyak. Contoh, masa tu aku ada meeting program kat shah alam dan mesti sampai sebelum pukul 4 petang. Jadi daripada rumah lagi, aku akan train diri  cakap macam ni, "MESTI , ktm akan sampai once aku beli tiket." (training bersangka baik dengan Tuhan).


Sepanjang perjalanan naik bus ke KTM, aku train diri untuk istigfar banyak2. haha. Then bila sampai KTM, beli tiket, then dalam 2 minit macam tu terus sampai. Benda ni kerap berlaku. In fact kalau lambat pun, aku tak pernah rasa diri aku lambat sebab in between, aku akan baca buku or tadabbur kitab2 berkaitan. Dan kalau train delay pun, tak pernah lagi lah aku lambat sampai meeting program semua. Selalu on time or paling awal sampai.

Ish rindunya.

Sekarang masa teramat pantas. Baca Al Quran pun, dah tak macam dulu. Nak habiskan 1 juz dalam masa 1 hari memang susah sangat. Allah. Berdialog dengan Allah macam dulu.. hmmm. entahlah (nangis kat bucu katil).

Aku rasa sebab tu lah kurang "rasa" dalam hidup ni.
Sebab kurang rasa kebergantungan pada Allah  actually.
Semua benda rasa mudah. Dan kau rasa dengan apa yang kau ada, dengan usaha kau, kau boleh capai apa yang kau nak.Kau boleh buat apa yang kau nak.


Yang lepas biar lepas.
Mana yang baik, adaptasikan dalam current situation.
Suasana berbeda. Cara mungkin sama. Masa juga mahkluk yang diaturkan Allah. Minta pada Dia untuk dicukupkan masa supaya "rasa" itu kembali hadir.


Allah
Izinkan kembali untuk aku mengecapi "rasa" itu.

Luahan di petang hari
Hamba kerdil.









Tuesday, 30 January 2018

Allah menyuruh kita berfikir melalui Al Quran

Semalam aku pergi kelas Tadabbur di Bangi. Lepas kelas tu, sepanjang perjalanan balik menuju ke rumah, banyak hal yang aku fikir. Rasa takut sampai menangis. So aku nak share dengan korang apa yang aku dapat daripada sharing kat situ. Again, hanya Allah yang bagi hidayah dan menghidupkan hati. Moga Allah memberikan taufik dan hidayah kepada kita semua dan moga-moga kita mati saat kita sedang bersahabat dengan Alquran.


Nota 31.1.2018.
Surah albaqarah ayat 38-44

Maaf ada part yang aku rumikan ayat al quran sebab belum mahir guna keyboard jawi. Harap korang dapat gist nya ya.;)





Ayat 38

A038 
Kami berfirman lagi: "Turunlah kamu semuanya dari syurga itu! Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu (melalui Rasul-rasul dan Kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka), maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita".


Ustaz dah sentuh ayat ini semasa kelas sebelum ini, cuma ada point yang belum disentuh. Point tersebut adalah:

1.     Cuba lihat words "famann tabiu' hudaya"- sesiapa yang mengikuti petunjukKu.
  • Dalam ayat ini, Allah tidak kata " faman amina"- sesiapa yang percaya
  • Disini bukan setakat percaya, malah lebih tinggi dari itu, iaitu Allah minta kita ikut petunjuk yang datang daripada siapa? Daripada Allah.
  • Jadi segala hal petunjuk yang Allah datangkan kepada kita,  Allah nak minta satu benda je. IKUT.        
2.     “Faman tabiu hudaya” merujuk kepada singular.
·         Kalau kita fikir, kenapa Allah tak gunakan   allazii nayattabiuna  yang sepatutnya merujuk kepada ramai mengikut petunjuk..
·         Tetapi kenapa merujuk kepada SATU sahaja?
a)    Kerana orang yang mengikut petunjuk Allah tidak ramai.
b)    Kadang-kadang, dalam kita ikut petunjuk Allah, kita perlu berseorangan diri. Kadang-kadang kalau kita nak orang lain ikut sekali, baru kita nak ikut. Proses itu akan jadi lambat. So, kadang-kadang, You have to be alone untuk menjalani petunjuk Allah.

·         Umat akhir zaman, mereka yang mengikut petunjuk Allah dengan takwa, tidak ramai. Sekarang kita tengok ramai yang kata percaya pada petunjuk, tetapi, berapa ramai ikut petunjuk  dengan Taqwa?
·         Ramai orang kata percaya dengan Al Quran, tapi tindakan kita yang sebenarnya menentukan sama ada kita benar-benar menyahut “tabia.”/beramal dengan ayat-ayat Al Quran.
·         Tindakan kita menentukan “Tabia’”
·         Maka “Tabia” melengkapkan iman. Bukankah iman itu terdiri daripada percaya dengan hati, lisan dan perbuatan.
·         Tindakan itu sangat mahal!


3.     Allah memberikan ganjaran/gift pada kita : falaa khaufun alaihim walaahum yahzanun.

·         Mereka tidak akan rasa takut dan sedih.
·         Tetapi Allah tak kata totally rasa tak takut dan sedih.
·         Tapi  We can control it.
·         Dan ia sangat berkait dengan akal.




Ayat 39
A039

Dan orang-orang kafir yang mendustakan ayat-ayat keterangan kami, mereka itu ialah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

·         Kalau kita tengok aturan ayat 38 dan 39,terlihat seperti perbandingan.
·         Sebab ayat sebelumnya menyatakan  barang siapa yang ikut Petunjuk Allah, Allah hilangkan sedih dan takut
·         Ayat ini pula kata: Barang siapa yang mendustakan Ayat-ayat keterangan Allah adalah ahli neraka dan kekal didalamnya
·         Tetapi sebenarnya TIDAK.
·         Ayat ini sebenarnya menunjukkan perbezaan antara orang yang PERCAYA petunjuk Allah ,dengan orang yang MENGIKUT petunjuk Allah.
·         Ada je orang yang percaya petunjuk Allah, tetapi kazzab-dusta
·         Sebagai contoh : orang percaya bahawa Al Quran itu  sememangnya benar, tetapi tidak beramal dengannya, dan disitulah berlakunya pendustaan pada ayat-ayat Allah.
·         So ayat ini adalah kesinambungan daripada ayat 38. Tidak hanya cukup kita percaya dengan petunjuk Allah, tetapi kena IKUT petunjuk Allah. Jika tidak, mereka itu ialah ahli neraka, dan kekal di dalamnya.
·         Sebagai Contoh lagi:
Ramai percaya dalam Alquran, Allah suruh kita solat tetapi tidak solat.
Ada perintah menunaikan zakat, tetapi kita tidak menunaikan zakat.
Jadi, disitulah pendustaan terhadap ayat-ayat Allah
Mereka meremehkan soal perintah Allah.

·         So, kita tidak boleh declare diri kita sebagai ahli syurga seandainya kita hanya percaya Petunjuk Allah, tetapi tidak IKUT.Untuk jadi ahli syurga, PERCAYA  DAN IKUT PETUNJUK ALLAH


sambungan;)

Friday, 1 December 2017

Teaser : Rasulullah, kami rindu

"Esok hari jadi Rasulullah. So , takkan nak sama je macam hari hari biasa. Ok cuba tanya group2 whatsapp lain, kot depa tahu mana mana tempat yang ada majlis ilmu". Getus hati .

Dan alhmdulillah, melalui maklumat daripada Kak Mid, ada perkongsian di Bangi oleh Ustaz Syaari abd Rahman. Namun dalam iklan poster tersebut tertulis, tempat adalah terhad. Jam menunjukkan pukul 10.18 malam. Terus sahaja aku mesej PIC program tersebut. Alhmdulillah, masih ada ruang kosong untuk diisi. 

Perkongsian daripada Ustaz Dato Rashidy Jamil Al Rashid & ustaz Syaari Abd Rahman. 

InsyaAllah untuk entry lepas ini, aku nak share pasal Rasulullah berdasarkan talk yang aku attend siang tadi. Entry tersebut akan dibahagikan kepada 2 bab. Huhu.

Membuak2 rasa rindu pada Rasulullah. Tadi masa lepak kat surau area rumah ada tahlil lepas isyak , sambil makan kambing bakar, ada seorang makcik ni datang menghampiri aku. Mak aku terus tegur dia.

"Bila akak nak pergi umrah?"tanya mama.

"InsyaAllah minggu depan."jawab mak cik .

Aku terus menyampuk. 
"Bestnya makcik. Saya nak pergi juga. Tapi saya tak de mahram." Sedih gila habaq hang rasa nak nanges pun ada time tu. Adik aku? Dah ajak tapi macam taknak lah paksa kan. InsyaAllah doakan lah dia nak join aku juga.

Makcik tu balas" kenapa tak bagi tahu awal2. Tak de mahram ya. Nanti pakcik uruskan. Boleh tu kita kautim" Suami makcik tu mutawwif dan selalu uruskan orang pi umrah.

Korang doakan lah aku dapat pergi umrah tahun depan. Tu aim aku. At least before aku mati, aku dapat jejak tempat tinggal Rasulullah. Dapat rasai bumi yang pertama kali menerima dakwah baginda. Duit takpe, boleh cari. Restu mama dah dapat. Ni tinggal mahram je. Haha. Nak kahwin? Aduh malas nak fikir. 

So untuk next entry, nantikan ya. Pasal Rasulullah. May be lambat sikit sebab aku kene cross refer dengan kitab sebab nota yang aku salin tu, tulisan laju bebenor. 

Okay. Jom selawat. Allahummasollialamuhammad