Powered By Blogger

Wednesday, 8 February 2017

Kata kata sebelum tidur

Satu persatu dijemput ilahi
Meninggalkan kenangan disisi
Janganlah berpanjangan untuk ditangisi
Kerana yang pergi akan tetap pergi
Giliran dikau mungkin sekejap lagi
Mengapa masih lambakan dosa yang terisi
Masih bernafsu nafsi
Kekuatan jiwa, akal dan iman letak ditepi

Kau kata kau mahu dekat dengan Tuhan
Kenapa kau masih ikut syaitan
Seakan lupa janji yang pernah kau nyatakan
Kau berkata apa yang tidak pernah kau lakukan
seakan kaulah yang paling baik dari segala kejadian
Kau rasa kau miliki segala kehebatan
Walhai aibmu  kemas rapi tersimpan

Kau culas dalam beribadah
Sekadar rutin tanpa mengenal falsafah
Doa belum termakbul kau kata kau cukup berserah
Malah didatangkan ujian dan kau cepat melatah
Kau luahkan pada manusia sehinggakan pada Tuhan kau tidak terluah
Lalu kau kata Tuhan itu yang bersalah

Kembalikan hatimu pada Tuhan sebelum terlambat
Sebelum jasadmu tamat
Peluang dan harapan itu ada pada setiap saat





Tuesday, 17 January 2017

Hari ini aku down sikit dengan kerjaya sebagai peguam ni.haha.
Mungkin penat sangat kot. Entahlah.So tulisan ini lebih kepada aku nak muhasabah balik kenapa aku pilih kerjaya ni.

Memang percaturan Allah tu, saban waktu sukar untuk kita jangka. Sebab apa?
Kita hanya manusia, hambaNya. Neraca Allah dan manusia mana mungkin akan sama.
Dan percaturan Allah itu mana pernah sia-sia. Pasti dan pasti ada hikmahnya.

Masa kecil-kecil sekolah rendah, tak pernah aku terfikir nak jadi peguam. Aku nak jadi askar, cikgu, dan doktor. Dan pernah juga nak jadi penyanyi. Sebab terpengaruh dengan cerita sinaran pasport kegemilangan ekeke.
Itulah yang diulang-ulang dalam report card(kecuali penyanyi), pada bahagian cita cita yang perlu diisi oleh setiap murid murid ketika itu.

Masa  di sekolah menengah. Aku ada terfikir juga pasal kerjaya peguam ni. Tapi, disebabkan aku budak sains, fikir nak jadi doktor sahajalah. Tapi sebenarnya aku tak pernah perform pun subjek sains. Sebab aku memang tak minat sains!

Masih ingat lagi, masa di SESERI, hobi aku adalah  escape kelas. Terus terang memang tak minat belajar sains masa tu walaupun aku berada di sekolah sains. Jadi, aku masuklah pelbagai jenis sukan. Olahraga, bola tampar, hoki, softball , nasyid dan lakonan sketsa pun aku masuk. Memang jarang masuk kelas sebab hampir setiap minggu akan ada latihan dan tournament. Ini cara aku escape kelas dengan penuh sopan sekali haha.

Arwah abah memang pelik tengok aku selalu keluar kelas sebab ada tournament. Walaupun aku sekolah asrama,  everytime aku bertanding aku akan inform abah guna public phone sekolah suruh minta dia doakan. Abah akan bawakan air glucose atau livita untuk aku. Sama ada dia datang dengan motor kapcai dia gi asrama aku atau pun dia datang masa aku tengah bertanding on track. Abah minta aku slowkan aktiviti sukan. Ya, aku pun slowkan. Tapi masa hujung-hujung form 5. Apabila dah nak SPM, memang insaflah habaq hang haha.

Natijahnya. Result aku sangatlah tak perform! Berbeza dengan sahabat-sahabat aku yang lain. Depa ni memang hebat-hebat. Masa dapat result tu, aku memang betul-betul sedih sebab tak dapat happykan orang tua aku. 

Masa exam SPM, aku diserang demam teruk, batuk dan selsema. (ayat hyperbola diserang lah sangat)
Stress sebab semua benda yang aku suka buat jadi tersekat  bila nak dekat exam tu. Semua aktiviti sukan dan nasyid digantung untuk semua pelajar form 5 masa tu. Actually, itu je cara aku nak release tension belajar benda yang aku tak minat. Rentetan daripada deman batuk dan selsema tu, cara jawab SPM dah tak macam orang normal dah. Kepala  baring atas meja. Asal jawab ja.haha.

So,bila dapat result tu, mama abah memang sedia maklum yang aku tak perform sebab aku tak berapa sihat. Tapi aku fikir balik an, adakah aku betul-betul akan perform kalau aku sihat masa exam?Hehe

Lepas dapat result, aku berjanji dengan mama dan arwah abah, aku tak akan jejak kaki kat  SESERI, sampai aku jadi orang. Aku malu dengan result tu. Pada aku, spm akan mengakhirkan hidup(ketika itu). touching habaq hang. Sebab kau dikelilingi oleh kawan-kawan yang result gempak straight A. Dan aku suam2 susu kambing je. Haha.

Masa isi borang upu, aku sangat berharap dapat join masscomm. Sebab apa?  Aku nak jadi penerbit tv. Minat terhadap cita cita ni aku discover masa aku kat PLKN. Aku jadi pengarah untuk sketsa masa event2 dalam plkn tu. Tambahan pula, semangat aku sangat berkobar kobar untuk ada televisyen stesen sendiri, supaya pembangkang pun ada channel dia sendiri.( masa plkn aku baru start kenal politik,dan aku rapat dengan budak2 PAS)

Arwah abah sangat tak bersetuju dengan cita cita aku ni.Beliau suggest supaya  jadi peguam. Arwah abah call mak sedara aku, tanya pendapat dia pasal cita cita aku ni. Sebab mak saudara aku ni pun orang tv juga. Sekarang dia kat astro awani. Bila  bercakap dengan makcik aku ni, dia pun tak suggest aku jadi penerbit tv atas beberapa faktor. Dan dia sangat bersetuju dengan arwah abah aku supaya jadi peguam.

Sedih juga. Cita-cita dihalang...
Sisi pandang aku berubah lepas aku attend satu ceramah ni. Masa tu aku yang tanya soalan pasal cita cita.
Penceramah tu habaq, redha Allah bergantung pada redha mak ayah.

Aku istiharah. Aku proceed isi upu. First choice adalah law uitm.
Yang lain semua masscomm.hahaha.

Aku pilih uitm sbb uitm murah. Aku tak nak susahkan abah ngan mama.

Tup2..itu yang dapat .

Masa study kat universiti. Aku cuba belajar minat law. 
Time asasi. Dapat lecturer yang best2. Sedikit sebanyak menarik minat aku terhadap bidang ni. Disebabkan aku minat, every sem dapat dekan. Alhamdulillah.

Masa degree. A bit tough. Tambahan pula abah dah start sakit2. Jadi abah dah tak kerja. Mama pun banyak cuti kerja dan akhirnya berhenti kerja kilang sebab nak jaga abah. Jadi duit  ptptn yang aku dapat, aku share dengan adik2 aku. Diorang belajar kat UTM dan UNISEL. Banyak pakai duit.
Sampaikan duit yuran pun aku bayar lambat dan selalu dapat mesej dari UiTM , calon pelajar gugur taraf sebab tak bayar yuran. UiTM memang selalu concern pasal aku sebab liat nak bayar yuran ni.keh3x..

Actually, walaupun hidup aku masa study agak dikategorikan sengkek juga, alhmdulillah, aku tak pernah ada masalah makan di uitm. Bab makan memang selalu jimat. Sebab aku budak program. Almost everyweek  aku dapat makan free melalui program2 yang aku handle dan aku join.haha. 

Ada beberapa kali aku fikir nak quit law. Sebab aku nak kerja tolong mak ayah aku. Kawan baik aku tak bagi. Walaupun dia menangis teruk bila dapat tahu situasi aku sekeluarga, dia still tak bagi aku quit walaupun alasan aku sangat munasabah  nak kerja bantu family.

Aku tak tahu macam mana kisah aku boleh tersebar... hampir satu batch law aku tahu cerita pasal aku dan family aku. Padahal aku cerita hanya pada seorang sahaja. Dan tup tup...aku dapat sumbangan daripada mereka. 

Mula2 sangat malu. Aku cerita pada kawan baik aku bukanlah untuk meminta2. Tapi lepas kena brainwash. Ini semua rezeki Allah kasi. Sahabat2 sayang pada aku. Aku terima denga redha.

Rupa rupanya. Duit2 tu cukup untuk buat pembedahan arwah abah. Sebab ada part utk pembedahan abah tu, swasta yang handle so kena bayar. Benda ni, mama dan arwah abah memang tak tahu, dari mana aku dapat duit banyak tu. 

Dan aku meneruskan pengajian aku dalam keadaan abah struggle dengan kanser tahap 4. Acapkali juga aku ponteng kelas sebab jaga abah di hospital. Sehinggakan, aku pernah dimarah lecturer sebab dia tak setuju dengan tindakan aku escape kelas masa hari penting presentation. Dia potong markah aku. Aku tak kisah pun asalkan abah ada depan mata ku.

 Dan alhamdulillah result aku tak pernah fail. Dan aku dikelilingi sahabat2 yang sangat baik tolong aku. Pinjamkan nota, ajar aku. Aku ingat setiap daripada korang .  Walaupun kita dah jarang bersua, korang sentiasa dalam doa aku.;')

Aku genggam kuat kata kata ni. Redha Allah bergantung pada redha mak ayah.

Arwah abah meninggal sebelum sempat menyaksikan aku menyarung jubah peguam. Masa tu aku masih chambering. Seriously seminggu lepas abah tak de, aku macam tak tentu arah sikit. Boleh pulak aku sesat pergi shah alam sedangkan jalan ke shah alam memang makanan aku. Masa tu aku bawa bos aku gi Mahkamah. Dia rasa sangat serba salah sebab biar aku bawa kereta walau emosi aku tak stabil.

Day by day, alhamdulillah dah boleh adapt. Walau kerinduan itu adakalanya kian mencengkam. Sememangnya arwah abah bagi pengaruh yang cukup besar dalam hidup aku. Sebab aku anak abah.;')

Aku bersyukur dalam kesusahan yang Tuhan beri ini, adalah sebenarnya penceritaan yang indah karya Tuhan untuk kita sebagai hambanya.
Tuhan tidak pernah kejam dalam memujuk hambaNya.
Bahkan ada saja pelajaran yang Dia hadiahkan supaya hambaNya belajar hakikat agar jiwa itu sentiasa tunduk
......








Tuesday, 3 January 2017

Assalamualaikum. Selamat tahun baru ;)
Hidupnya kita pada saat ini adalah tanda rahmat kasih sayang Allah pada kita.
Allah masih berikan peluang pada kita untuk terus berubah jadi baik, memberikan manfaat dan kebaikan  pada makhluk dan kejar redha Dia.
Ramai manusia sekarang yang meninggal dunia mengejut. Kadang-kadang kawan yang kita baru sembang semalam, tetiba meninggal dunia hari ini.
Kita terkejut. Yang dah meninggal dunia tu korang rasa? Mesti lagi terkejut an.
Moga-moga kita berjumpa dengan Tuhan dalam keadaan yang benar2 kita bersedia. Amin

Salah satu azam tahun baru aku. Aku nak mengurangkan masa lapang aku, Kalau boleh, tak de  masa lapang pun takpe. Sebab kalau ada waktu lapang, mulalah nak buat benda lagho. hehe. Dan yang paling terutama. Kejar cinta Allah dan Rasulullah.

Dan semalam, aku pergi USIM dengar talk rasail nur- Rasullah rahmat sekalian alam. Banyak session sebenarnya. So aku kongsikan one of the session k.



Keistimewaan mengikut sunnah nabi s.a.w
Sunnah tu apa ya? Ianya perbuatan, kata2 dan taqir Rasulullah
Ustaz tu Cross refer dengan surah At-taubah:128(Sila rujuk ya)
Hadith: sesiapa yang berpegang teguh pada sunnahku, disaat umatku mengalami kerosakan, maka baginya 100 pahala syahid

Analogy:
Askar2  US yang tugasnya mengawal keamanan sempadan terbahagi kepada dua kumpulan
Kumpulan pertama adalah askar US yang berkawal di US
Kumpulan kedua adalah askar US yang berkawal di Iraq
Mana yang agaknya dapat  reward yang lebih banyak?
Jawapan: Iraq, sebab risiko tinggi, so ganjaran pasti berbeza dan lebih tinggi.

Masa zaman Rasulullah, ummat islam masa tu mudah untuk buat sunnah. Sebab Rasullulah depan mata.
Tapi sekarang, sangat susah. Even bila kita tengok orang  bersugi pun, kita akan rasa wow amazed giler. haha . Sebab tu hadith ni kata ganjaran pahala lebih tinggi kerana sekarang ummat memang sedang sakit.sobs;'(

Keistimewaan Pertama
Sekecil-kecil sunnah merupakan matahari pada zaman ini
Ustaz Relate dengan analogy+hadith di atas.
Ustaz tambah
Sesiapa yang jadikan sunnah itu kebiasaan, maka dia telah jadikan kebiasaan pada ibadahnya, dan kemungkinan seluruh hidup sebagai mendatangkan pahala.
Why Kemungkinan?
Sebab kadang-kadang ada yang mengamalkan sunnah untuk menunjuk-nunjuk, nak orang puji, nak tackle awek eh, haha. Jadi mesti ada ikhlas!
Sunnah+ Ikhlas= Cinta Allah

Keistimewaan Kedua
Jalan terpantas menuju Allah
Sesiapa yang jadikan sunnah sebagai asas, ia akan meraih maqam yang dicintai Allah. Yakni dibawah naungan kekasih Allah.
Means kita akan jadi lain daripada yang lain. Lain daripada manusia biasa. Sebab kita buat extra.Kalau manusia biasa, biasanay buat yang wajib je an. So kalau nak jadi luar biasa, kene lah buat extra. Macam kita buat overtime kerja juga an an an.
Analogy:
Jalan nak pergi KL banyak. Tapi yang paling pantas adalah naik Flight(haha. Contoh)

Keistimewaan Ketiga
Sunnah itu kesempurnaan
Kesulitan lenyap
Beban ringan
Jalan terang benderang dan aman

Ustaz ada cerita pasal sejarah Ulama Said Nursi,yang menulis kitab risalah Annur(zaman kejatuhan turki-kamal artartuk)
Sejarah said nursi terbahagi kepada dua
Said lama-Beliau melibatkan diri dalam medan perang, politik
Said baru-beliau menulis buku risalah annur
Secara generalnya, beliau telah melalui perjalanan hidup yang tiada sunnah(masa terlibat dengan perang and politik. Banyak kesulitan dan bebanan yang beliau perlu tempuhi bila sunnah itu tak diamalkan oleh ummat

Analogy
Perbandingan askar yang bawa peralatan perang dan individu yang bawa sehelai sepingang(nak pi shoping)
Mana yang lebih sempurna dan menguntungkan?
Jawapan: askar. Sebab kalau tetiba berperang or ada kemarau yang panjang, segala perkakas dah lengkap
Berbanding individu yang sehelai sepingang. Walaupun mudah pada awalnya, tak yah bawa apa2. Tapi kalau tiba2 berlaku perang, atau perkara yang diingini, dia lagi kelam kabut.

Begitu juga sunnah. Awal-awal memang susah. Tapi lama-lama pasti menguntungkan. Contoh makanan sunnah…pakaian….dakwah!..

Keistimewaan keempat
Bawa kesatuan
Ayat quran:berpeganglah kamu pada jalan Allah dan jangan berpecah belah
Jalan Allah? Menurut imam ibn kathir: Al Quran dan sunnah

Di turki, bila sunnah tak diamalkan.. bidaah terlalu banyak. Contoh: Azan dalam bahasa turki. Bahasa jawi ditukar dalam bahasa turki. Takde kesatuan.

Keistimewaan kelima
Amalkan apa yang terdaya
Niatkan untuk amal semua
Niat nak buat sunnah pun akan dapat pahala. Sbb masa niat tu, kita belum bercampur-campur lagi dengan perasaan riak, takjub dengan diri sendiri. Maka berniatlah.
Allah muliakan orang yang mengamalkan sunnah.

Keistimewaan keenam
Cinta Rasul tanda cinta Allah
Kalau nak cinta Allah, kena ikut apa yang nabi buat dan cinta pada nabi, nescaya Allah akan cinta pada kita.

Aku share ayat dari fb aku, kesimpulan untuk talk ni juga

Perasaan cinta pada seseorang itu tetap ada walaupun seseorang yang dicintai itu tidak tahu yang kita betul betul mencintainya. Rasullah begitu mencintai ummatnya meskipun kita sebenarnya bukanlah benar benar mengenali baginda. Pada hari kebangkitan nanti, setiap manusia bertindak hanya memikirkan nasib dirinya sendiri untuk dihisab sejurus selepas itu.Bahkan si ibu dan si ayah yang secara fitrah menyintai dan melindungi anaknya akan bertindak meninggalkan anaknya kerana betapa takutnya pada detik perhitungan itu Sememangnya suasana yg berkecamuk pada saat itu, ketakutan yang kita rasa mengatasi segalanya. Namun tidaklah pada Rasulullah. Saat hari kebangkitan yang masing-masing memikirkan nasib sendiri, baginda yang penuh cinta memanggil kita ummatnya untuk diberikan syafaat. Bahkan, semasa hayatnya baginda tidak pernah membalas kejahatan, malah dibalas dengan kebaikan, dan ramai mereka yang zalim itu bertukar menjadi baik dengan izinNya. Benarlah. Cinta lelaki teragung ini tiada tolok bandingnya. Namun yang sedihnya, berapa ramai dikalangan kita yang tidak menjad
ikan Rasullullah yang sememangnya berakhlak dengan akhlak AlQuran sebagai idola. Adakah kita benar benar mengenali baginda , merindui baginda, melaksanakan sunnah baginda. Sedangkan sebatang pokok tamar itu boleh menangis kerana begitu merindui Rasullah, setelah khidmatnya telah diganti dengan mimbar yang baru. Sungguh, adakah hati kita lebih keras daripada sebatang pokok tamar itu?

Kesimpulan
Amal sunnah sekali, untung berkali2
Sunnah itu kompas kehidupan

Sekian.
Selamat tahun baru
Selamat mengamalkan sunnah
Selamat mengejar cinta Allah dan Rasul;)

Friday, 2 December 2016

Mencapai keadilan di dunia

Semangat berkobar-kobar untuk menegakkan yang hak itu menjulang tinggi saat aku "long call" pada tahun lepas. Namun adakalanya samar-samar, malap hinggakan hampir terpadam dek kerana lambakan kerja dan kerenah manusia yang pelbagai ragam. Sehinggakan pernah terfikir, aku ini hidup untuk siapa? Hanya untuk menyelesaikan masalah manusia? Sedangkan diri ini juga penuh dengan pelbagai masalah yang diciptakannya sendiri...(monolog aku dijalanan)


Manusia itu sepertinya penuh dengan ketidakpuasan hati. Manusia itu sepertinya hanya mahu menang. Manusia itu sepertinya suka mendesak. Manusia itu sepertinya penuh dengan hasad dengki dan tipu daya. Manusia itu sepertinya tidak pandai menghargai. Manusia itu sepertinya tidak ada kemanusiaan.

Dan aku kau dia kita ....MANUSIA.

Di lapangan ini aku disajikan episod satu demi satu. Tidaklah indah semuanya tetapi andai dihadam perlahan lahan tersimpan satu episod yang jelas yakni jiwa besar dalam perjuangan.

Mereka ini mengajar aku ...REALITI
Suami memukul isteri lalu meninggalkannya terkontang kanting bersama-sama anak menyebabkan anak yang berdosa menjadi mangsa
Lelaki terjebak dengan najis dadah seawal umur 11 tahun sehingga menyebabkan dia kurang siuman dihantar ke hospital gila
Seorang anak menyaman ibunya dek kerana harta yang tidaklah seberapa
Seorang aktivis yang vokal menyuarakan suara keadilan sejagat ditahan berhari-hari
Lelaki yang kemalangan dek pemandu yang kejam dan dia langgar lalu lari
Seorang yang berjawatan tinggi tiba-tiba terpaksa menjual kuih kerana diberhentikan tanpa sebab yang munasabah
Manusia yang acapkali keluar masuk penjara seakan penjara itu menjadi rumah kedua
Ahhh..Banyak untuk aku ingat satu persatu

Hampir saban waktu Tuhan menghadiahkan aku episod ini dan tidaklah Dia tempatkan kita pada ruang dan saat yang sia-sia. Andai pernah kita rasa lemah dan mahu berundur, fikir kembali bagaimana kita bermula, apa niat kita, apa yang kita minta pada Tuhan. Tidakkan Dia sedang mengkabulkan doa kita melalui warkah-warkah realiti yang Dia tuntunkan dihadapan mata?





Monday, 21 November 2016

Bersih+wwr=berani?

Memahami hakikat penciptaan
Mahkluk dinamakan manusia
Versi berlawanan
Salah benar takut berani sayang benci


Menjadi orang yang benar
Harus ada keberanian
Dalam menegakkan yang hak
Dalam menentang kezaliman
Dalam memberi khidmat
Dalam menyebarkan kebaikan
Dalam memulakan langkah awal



Kerana dunia ini hanya diciptakan untuk orang yang berani
Sebagaimana manusia itu bisa diciptakan untuk memilih
Menjadi berani atau penakut


Andai takut
Masakan kau boleh melangkah
Walau hanya untuk mengangkat kaki
Kau bisa rebah
Dan lubuk hatimu juga penuh prasangka
Memikirkan apa yang belum terpampang dihadapan mata




Bagaimana mahu berani
Tempuh sahaja ketakutan itu
Usah fikir bukan bukan
Tuhan pasti ada
Berdepan dengan ketakutan adalah didikan  menjadi berani
Dan untuk menjadi berani bukanlah hanya dengan sekelip mata
Memerlukan beberapa juzuk kehidupan kita
Yang penting, berusahalah!








Thursday, 17 November 2016

Abah dan 17.11.2014

17.11.2014
Detik besar yang mengajar
Erti sebuah kehilangan
Yang pernah mengisi ruang
dalam sudut hati ini

17.11.2014
Susuk tubuh lelaki tua
kurus kerna derita sakit kanser
seawal subuh pagi isnin
sesak nafas diperbaringan
ku angkat dia berada dipangkuan ku
kubisikkan zikir dan syahadah pada dia
walau dalam hati ini sebenarnya
ku begitu berharap keajaiban datang melanda
agar jangan detik ini datang lagi
masih belum kupuas menatap wajah tua ini
Ku bertawasul berulangkali
Dia tiba-tiba sberdiam diri
Oh Tuhan kupohon berikan ku peluang lagi!

17.11.2014
Dia dibawa ke hospital
wad kecemasan
kulihat ibu dan adikku menangis
Aku cuba gagahkan diri menelefon saudaraku dan sahabatku satu persatu
Walaupun sebenarnya kata putus belum diberikan oleh doktor
meraka masih berusaha menyelamatkan dia
Ku melihat dengan penuh harapan
Cuma tidaklah sebesar tadi
harapan itu perlahan-lahan ku cuba tukar dengan redha
redha saat menerima ujian pukulan pertama

Doktor berkata " Adik, saya harap awak tabah, ayah awak dah takde, kita dah guna segala cara dan cuba sedaya upaya. Minta awak berbincang dengan keluarga untuk urusan pengkebumian"

Entah kenapa
Aku tenang menerima
Satu bisikan keramat ku dengar ditelinga
"Kau kena tabah, sebab kau anak abah!"
Ibu dan adik kecil ku terus menangis
Aku minta ibuku pulang saja ke rumah
mudah untuk dia kemas segala barang keperluan keluarga
dan aku serta adik kecilku menguruskan jenazah dia

Aku diberi izin Tuhan untuk memandikan,mengkafankan jenazah abah
Teringat aku episod Pencentus Ummah
yang baru kutonton sebelum malam kematiannya
Seorang peserta memberi tazkirah
Setiap anak pasti ingin sekali menguruskan jenazah ibu bapanya
Ku dengar bait kata peserta itu dengan penuh teruja
Dan tidakla ku jangka
malam itu teori dan esoknya itu praktikal
Terima kasih Tuhan

Kematian adalah episod yang pasti ada
dalam kehidupan bernama manusia
ia adalah episod  kehidupan baru
pada permulaan alam yang lain
Kita  berpisah di dunia
Tapi pasti bertemu di alam kekal sana
Persiapan kita pada detik ini
Menentukan siapa kita pada episod lain
Sudah sediakah kita untuk menghadapi saat itu

Allah melihat pengakhiran kita
Kita mahu pengakhiran yang bagaimana?







Saturday, 15 October 2016

Kisah hari sabtu

Macam biasa setiap pagi, aku akan ke Universiti Malaya menuntut ilmu di Akademi Pengajian Islam. Tapi kali ini lain sikit, sengaja datang awal sebab nak berprogram berserapan pagi bersama kakak Sarah. Haha.

Banyak lafaz yang tersimpan dimuntahkan pada bicara saat itu. Sehinggakan jam menyinggah tepat pukul 9.00 pagi baru kami sedar. Alamak kelas dah start!

Lalu berkejaranlah dua anak gadis itu sambil menggeleng kepala akibat rancak berbual, lupa kelas sepatutnya menyusul tiba.

Kali ini juga adalah hari last Ustaz Ruseedee(ejaan aku tahu ini salah) mengajar kami untuk subjek Ulum Al-Quran, next week Ustaz lain pula mengajar yakni perihal tajwid. Gitu.

Ada entry khas untuk perlajaran 3 minggu ini. Nantikan.:p

Masa balik dari UM, aku bawa sorang kakak ni, dia bawa dua orang lagi anak murid dia. Masa datang, dia dengan dua orang anak murid dia naik bus lompat-lompat dari Klang. Perjalanan mengambil masa selama satu jam. Masa balik, kebetulan kakak ni dan anak2-anak muridnya memang free. So sengaja kali ini aku offer hantar dia sampai shah alam. Dan sementara itu, bolehlah mereka teman aku gi Puchong melawat adik-adik ijabah. Kakak ni ok ja. Yes boleh taaruf:)

Banyak kisah aku dapat dari dia.
Minggu lepas masa dia pergi kelas, dia naik teksi dari LRT kat UM tu sampai API. Masa ondaway ke fakulti, dia perasan brader teksi tu bawak tempat lain. Kat bukit area UM tu.

Tiba-tiba brader tu suruh dia bukak seluar dia. Akak tu cakap tak mahu dan cuba sedaya upaya keluar dari teksi tu. Teksi tu kunci. Masa tu teksi still bergerak. So cuba bukak pintu teksi tu sambil beristigfar banyak kali. Pintu teksi yang terkunci tu, terbukak! dan kakak tu tergolek di jalanan.

:'( Allahu. The power of istigfar!

Lepas terjatuh tu, kakak tu tahan kereta lain. Ditakdirkan, memang ada kereta lalu situ!

Kakak tu cerita .Brader yang tumpangkan dia tu muka samseng. Tapi baik. Siap kata nak ambik dia bila habis kelas sebab marah gila dengan brader teksi yang biadap tu. Kakak tu meneruskan kelas dan aku memang tak tahu pun pasal ni sampai dia bagi tahu hari ni. Aku duduk sebelah dia kot hari tu. Memang tak nampak langsung muka takut ,panic dan sewaktu dengannya. Tenang je...

Masa aku dengar cerita tu, memang terkejut gila la. Marah pun ada, bersalah apatah lagi! Sebab last week aku tak tumpangkan kakak ni balik sebab aku ada meeting Kanun Amanah.Dan aku minta tolong kawan aku hantarkan. Natijahnya, aku sendiri pun sesat nak gi tempat meeting. Meeting dah nak habis, baru aku sampai. Balasan balasan....:'(


Rupanya ada perkara tragis berlaku kat kakak tu pagi tu. Walaupun aku hanya tumpangkan dia setelah habis kelas. Tetapi sangatlah serba salah :'(

Aku minta maaf banyak-banyak. Syukur akak tu tak apa-apa. Allah selamatkan dia. Orang nak pergi taman syurga kan. Sebegitu Allah uji untuk melihat keyakinan hambaNya. Dan Allah juga penyelamat segala.

Cerita kedua. Masih kakak yang sama.
Kakak ni ajar mengaji, dari pagi hingga malam. Ada beberapa sesi untuk remaja dan orang tua. Gigih kan. Hampir setiap hari dia buat kelas ni.

Aku tanya apa yang menyebabkan akak terus nak buat kerja kerja ni.
Dia cerita sebab kisah silam dia yang banyak mengajar.

Kawan kawan dia meninggal dunia ketika mereka semua berkonvoi untuk pergi ke kelab malam. Lima kereta terlibat. Daripada kemalangan itu, dua kereta terlibat dengan kemalangan, 6 orang meninggal dunia.

Kemalangan tragis ini ada terpampang di dada akbar. Sungguh mengaibkan kerana keadaan kawan-kawan yang mati itu dalam keadaan yang tidak menutup aurat dan bercampur lelaki wanita.

Maka kawan-kawan yang terselamat termasuklah kakak itu menguruskan jenazah kawan-kawan mereka. Banyak perkara yang akak itu belajar semasa menguruskan jenazah.

Dan ini merupakan titik tolak perubahan kakak itu.

Sungguh hidayah itu boleh  datang bila bila masa. Dan sungguh hidayah Allah itu teramat indah.
Dan asbab kita pernah berada dalam kegelapan itu kita lebih menghargai cahaya.....