Powered By Blogger

Saturday, 15 October 2016

Kisah hari sabtu

Macam biasa setiap pagi, aku akan ke Universiti Malaya menuntut ilmu di Akademi Pengajian Islam. Tapi kali ini lain sikit, sengaja datang awal sebab nak berprogram berserapan pagi bersama kakak Sarah. Haha.

Banyak lafaz yang tersimpan dimuntahkan pada bicara saat itu. Sehinggakan jam menyinggah tepat pukul 9.00 pagi baru kami sedar. Alamak kelas dah start!

Lalu berkejaranlah dua anak gadis itu sambil menggeleng kepala akibat rancak berbual, lupa kelas sepatutnya menyusul tiba.

Kali ini juga adalah hari last Ustaz Ruseedee(ejaan aku tahu ini salah) mengajar kami untuk subjek Ulum Al-Quran, next week Ustaz lain pula mengajar yakni perihal tajwid. Gitu.

Ada entry khas untuk perlajaran 3 minggu ini. Nantikan.:p

Masa balik dari UM, aku bawa sorang kakak ni, dia bawa dua orang lagi anak murid dia. Masa datang, dia dengan dua orang anak murid dia naik bus lompat-lompat dari Klang. Perjalanan mengambil masa selama satu jam. Masa balik, kebetulan kakak ni dan anak2-anak muridnya memang free. So sengaja kali ini aku offer hantar dia sampai shah alam. Dan sementara itu, bolehlah mereka teman aku gi Puchong melawat adik-adik ijabah. Kakak ni ok ja. Yes boleh taaruf:)

Banyak kisah aku dapat dari dia.
Minggu lepas masa dia pergi kelas, dia naik teksi dari LRT kat UM tu sampai API. Masa ondaway ke fakulti, dia perasan brader teksi tu bawak tempat lain. Kat bukit area UM tu.

Tiba-tiba brader tu suruh dia bukak seluar dia. Akak tu cakap tak mahu dan cuba sedaya upaya keluar dari teksi tu. Teksi tu kunci. Masa tu teksi still bergerak. So cuba bukak pintu teksi tu sambil beristigfar banyak kali. Pintu teksi yang terkunci tu, terbukak! dan kakak tu tergolek di jalanan.

:'( Allahu. The power of istigfar!

Lepas terjatuh tu, kakak tu tahan kereta lain. Ditakdirkan, memang ada kereta lalu situ!

Kakak tu cerita .Brader yang tumpangkan dia tu muka samseng. Tapi baik. Siap kata nak ambik dia bila habis kelas sebab marah gila dengan brader teksi yang biadap tu. Kakak tu meneruskan kelas dan aku memang tak tahu pun pasal ni sampai dia bagi tahu hari ni. Aku duduk sebelah dia kot hari tu. Memang tak nampak langsung muka takut ,panic dan sewaktu dengannya. Tenang je...

Masa aku dengar cerita tu, memang terkejut gila la. Marah pun ada, bersalah apatah lagi! Sebab last week aku tak tumpangkan kakak ni balik sebab aku ada meeting Kanun Amanah.Dan aku minta tolong kawan aku hantarkan. Natijahnya, aku sendiri pun sesat nak gi tempat meeting. Meeting dah nak habis, baru aku sampai. Balasan balasan....:'(


Rupanya ada perkara tragis berlaku kat kakak tu pagi tu. Walaupun aku hanya tumpangkan dia setelah habis kelas. Tetapi sangatlah serba salah :'(

Aku minta maaf banyak-banyak. Syukur akak tu tak apa-apa. Allah selamatkan dia. Orang nak pergi taman syurga kan. Sebegitu Allah uji untuk melihat keyakinan hambaNya. Dan Allah juga penyelamat segala.

Cerita kedua. Masih kakak yang sama.
Kakak ni ajar mengaji, dari pagi hingga malam. Ada beberapa sesi untuk remaja dan orang tua. Gigih kan. Hampir setiap hari dia buat kelas ni.

Aku tanya apa yang menyebabkan akak terus nak buat kerja kerja ni.
Dia cerita sebab kisah silam dia yang banyak mengajar.

Kawan kawan dia meninggal dunia ketika mereka semua berkonvoi untuk pergi ke kelab malam. Lima kereta terlibat. Daripada kemalangan itu, dua kereta terlibat dengan kemalangan, 6 orang meninggal dunia.

Kemalangan tragis ini ada terpampang di dada akbar. Sungguh mengaibkan kerana keadaan kawan-kawan yang mati itu dalam keadaan yang tidak menutup aurat dan bercampur lelaki wanita.

Maka kawan-kawan yang terselamat termasuklah kakak itu menguruskan jenazah kawan-kawan mereka. Banyak perkara yang akak itu belajar semasa menguruskan jenazah.

Dan ini merupakan titik tolak perubahan kakak itu.

Sungguh hidayah itu boleh  datang bila bila masa. Dan sungguh hidayah Allah itu teramat indah.
Dan asbab kita pernah berada dalam kegelapan itu kita lebih menghargai cahaya.....


Friday, 7 October 2016

Cikgu yang kau anti dulu kini menjadi client sendiri. Kau rasa?



Masa aku form 1-3
Aku sekolah harian biasa
Kat situ aku baru belajar nak up
Hip hop , grunge( betul ke tak ejaan tu)
Rock, skin head, punk
Adalah mainan anak2 muda saat itu
Termasuk aku
Biasalah budak baru nak up
Rebel ntah apa apa
Bila form 4 and 5 jadi baik sikit
Sebab duduk asrama kan.
Haha

Aku dah hampir lupa zaman tu
Sampailah aku kena handle satu file ni
File melibatkan cikgu disiplin sekolah aku
Anak dia accident
So aku kena handle kes anak dia
Memang bila tengok file ni
Aku teringat kenangan lama
Zaman kegelapan yang penuh pancaroba tu haha

Cikgu tu datang office bersama anak dia yang accident tu
Dia memang ingatlah aku anak murid dia
Sebab pernah masuk bilik disiplin an
Haha
Lepas aku bagi dia legal advices
Aku minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki
Kat cikgu aku tuh
Sebab aku tahu
Memang Allah hantar dia pada aku untuk saat ini
Supaya minta maaf dengan dia
Yang dulu aku tak tahu  pun apa itu keberkatan ilmu!

Terus terang lepas minta maaf tu
Rasa lega
Rasa lapang ja
Melihat balik kebelakang
Jangan disesali barang yang lepas
Hakikat kegelapan itu kita lebih menghargai cahaya.

:)







Thursday, 6 October 2016

Cinta dan ketakutan

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dekat kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi
(Lirik lagu wanita nyanyian dehearty)


Jarang aku berbicara perihal rasa
Rasa sesama mahluk
Suka cinta dan sayang
Antara laki laki dan perempuan
Fitrah yang sudah ditetapkan
Andai dijaga rapi memenuhi syariat
Anugerah terindah laksana bintang dicekerawala
Fitnah andai diperkotak katikkan
Andai syariat dilanggar
Kerna terlalu mengikut gelojak jiwa dan bisikan jahat

Pernah sahaja merasa perasaan itu
Dipendam sahaja agar tiada siapa tahu
Dititipkan doa moga dia bahagia
Andai dia yang terbaik
Pasti Tuhan satukan pada masa yang tepat
Tiba tiba dia telah berpunya
Senyumku pahit sekelat kopi tanpa gula
Ku panjatkan doa moga cinta dia bersama kekasih hati sampai ke syorga
Dan aku hanya berhaha berhuhu
Meneruskan perjalanan walau hati sepertinya punah
Walau dia tidak pernah memberikan harapan
Aku yang dangkal punyai perasaan seperti itu
Dan lafaz itu hanya tersimpan dibalik ruang waktu

Kehidupan diteruskan
Meniti caturan yang Tuhan takdirkan
Di ruang pekerjaan ini
Saban waktu aku disajikan dengan
Cinta yang dirobek
Cinta yang dikhianati
Cinta yang hanya dilakonkan
Cinta yang terhenti sekerat jalan
Saban hari berbondong bondong laki laki dan perempuan itu berpisah
Seakan lafaz cinta itu sememangnya tiada
Kerna sudah tiada kesafahaman berumah tangga
Hati hati itu diherdik dicerca
Terus membawa haluan masing masing
Walau pada dasarnya
Hubungan itu wujud atas dasar cinta!

Aku cuba menelan episod episod itu
Hubungan perkahwinan itu bukan hanya
Wujud atas dasar cinta
Tetapi yang lebih utama adalah tanggungjawab
Dan juga bagaimana laki laki dan perempuan itu
Cuba memahami antara satu sama lain
Asbab daripada perbezaan penciptaan mereka
Makin mendalam faham itu
Makin kurang kesalahfahamannya
Makin kurang masalah komunikasinya
Makin kokoh niatnya
Makin kokoh jalannya
Bahawa perkahwinan itu juga jambatan ke syorga

Dan asbab daripada saban waktu
disajikan episod sedih itu
Kerana pekerjaan ini
Terus terang
Takut untuk merasa suka kembali
Takut untuk punyai komitmen sejauh itu
Ah seakan takut dengan bayang bayang yang tiada penghujung
Walau saban minggu ada sahaja sahabat menjemput makan nasi minyak
Tidaklah aku risau bila pula masa aku tiba
Dan ternyata memang aku belum bersedia

Biarlah masa dan takdir yang menentukan segala.
Tik tok tik tok tik tok..





Saturday, 1 October 2016

Hijrah ke arah pencerahan

Beberapa minggu ni, honestly aku rasa macam tak berapa betul sikit. Alhamdulillah Allah kurniakan rasa sedar bahawa diri ni dah tak berapa betul.

Rasa badan cucuk2, lenguh2x, ngantuk memanjang, susah nak fokus, lepas asar ke magrib, badan berhaba panas sehingga terbawa bawa dalam solat, dan banyak lagi benda2 aneh yang aku kene hadap.

Aku dah pergi darul syifaa. Dan benda paling terkejut adalah bila aku muntah2 masa ustaz baca ayat ruqyah.

Aku istigfar banyak2 lawan benda tu. Alhamdulillah, Allah izinkan benda tu keluar, dan agak mudah (ustaz habaq)

Ujian yang Allah kasi kali ini membuatkan aku teringat dan makin rindu pada arwah abah. Sebab arwah pun berdepan dengan hal yang sama.

Dan terima kasih  Ya Allah, at least aku juga turut merasa apa yg orang orang lain  rasa dalam melalui ujian yang hampir serupa.

Aku tidaklah kata aku kuat. Tapi hal ini membuatkan kita rasa ingin dekat dengan Tuhan. Tiada kuasa yang mampu mengatasi kuasa Tuhan.

Banyak tips dan amalan2 rohani aku dapat dari ustaz dan sahabat2.
MasyaAllah, ini semua peluang untuk rasa dekat dengan Tuhan.
Cuma pilihan di tangan, mahu atau tidak mahu.

Sahabat ada bagi tahu juga, kalau pergi masjid, kurang sikit sakitnya. Jadi, aku pun try lah pergi. Sebab kalau di rumah atau office, masa tengah baca atau dengar quran dan zikir, aku akan rasa loya dan muntah muntah.

So aku pun follow lah kata sahabat aku ni. Aku gamble pergi sorang sorang dari seri kmbangan ke shah alam. Haha.masjid favourite aku. Masjid sultan salehudin abd aziz.!

Aku bawak slow ja. Tahan ' sakit ' tu. Sebab dengar zikir dan ayat quran kat ikin fm, aku akan rasa mual- mual sikit. So kena bawa slow ja travel kat shah alam. Tak boleh drift dah macam selalu.



Dekat masjid, rasa badan ringan.
Alhmdulillah tak muntah2. Dan boleh buat apa apa yang patut untuk basahkan jiwa raga ni. eceh.

Ada ceramah pasal maal hijrah. Ujian yang Allah kasi ni adalah untuk menjadikan kita lebih baik. Ianya proses penghijrahan dan pengorbanan perjalanan menuju Tuhan.

Ini yang aku dapat simpulkan.

Hijrah dan pengorbanan
Saling bergandingan
Mana mungkin ia berpisah
Dalam mengungkap ceritera terindah

Rasul diutus pembawa risalah
Menukar kegelapan kepada cahaya
Dari banyak jalan yang berpecah bersepah
Kepada satu jalan yang menang dan bergaya!

Bumi madinah
Bumi keamanan dan keimanan
Dituntut Allah untuk rasul itu pergi
Bertemankan Abu Bakar sahabat sejati

Kaum quroish berbondong bondong
Memburu nabi kita tercinta
Boleh saja mereka tangkap nabi
Kerana kerap kali ada saja berlegar di luar gua thur itu
Namun sudah dalam suratan
Nabi dan sahabat dijaga rapi oleh Tuhan

Sesampai di madinah
Nabi bina masjid quba
Nabi persaudarakan muhajirin dan ansar
Nabi suruh orang islam berniaga

Hijrahnya ke madinah
Pengorbanan meninggalkan kampung tercinta
Yang dipenuhi kezaliman dan penindasan
Demi kelangsungan survival dakwah
Supaya mekar di bumi Allah

Dalam kehidupan ini
untuk menjadi yang lebih baik
Perlu ada pengorbanan
Walaupun berdikit dikit
Andai sebelum ini culas solatnya
Harus dikorbankan perasaan nafsu nafsi itu untuk mendirikan tiang agama
Andai sebelum ini seringkali berbicara hal keburukan orang
Harus dikorbankan rasa ingin bercakap hal orang dan lebih molek berdiam

Masing masing punya ceritera jahiliah tersendiri
Hanya diri sendiri dan Tuhan yang mengerti

Andai kita bertangguh
Entah selepas satu minit ini nyawa kita ditarik
Bagaimana?

Pelan pelan tidak mengapa
Asal mahu istiqamah
Bagaimana mahu istiqamah?
Ikhlaskan hati mu
Bagaimana mahu ikhlas?
Lazimkan saja perbuatan kebaikan itu
Doa moga Allah hadirkan keikhlasan dalam berbuat sesuatu

Sebagai analogi
Pertama kali kita memanah
Pasti saja tersasar dari target
Namun jika berkali kali dibuat latihan
Pasti saja targetnya tepat
Begitu juga keikhlasan!

Ayuh kita hijrah.
Sama sama.

Salam maal hijrah!

Tuesday, 27 September 2016

Sakit fizikal jiwa terpalit?

Andai kesakitan ini
Menyebabkan aku lebih dekat padaMu
Aku terima hadiah yang Kau beri
Dengan hati penuh cinta

Sungguh sakit
Makin dilawan makin dia lawan
Makin dilawan makin tak terlawan
Yakinlah
Tidak ada yang sia sia
Tuhan tidak pernah kejam

Usaha mencari penawar
Usahamu itu diberi ganjaran
Sabar dalam menerima kesembuhan
Juga diberi ganjaran
Ganjaran terhebat
Bila Tuhan bagi ketenangan hati
Dalam kesakitan fizikal
Jiwa lapang minda tenang
Walau hakikatnya menahan perit badan.

Moga dijumpai penawarnya
Andai tidak sempat
Setidak tidaknya
Memikirkan mati itu
Membuatkan diri ini sentiasa bersedia.



Sunday, 25 September 2016

Kita adalah pejuang

Hidup ini adalah perjuangan
Yang terlukis dalam kanvas putih
Mengukir corak alunan seni
Tompok tompok putih beransur kurang
Naskah itu bertambah penuh warna
Tidak kiralah laki laki atau perempuan
Kitalah pejuang yang disebut sebut
Dalam ayat ayat Chinta
Yang mewarnai kanvas itu


Selagi ada untaian nafas
Selagi itu kau bergelar pejuang
Pejuang yang hidup dengan harapan
Pejuang yang hidup dengan cita cita luhur
Pejuang yang hidup dengan cinta dan kasih sayang
Pejuang yang jiwanya teguh!


Kenapa saat kau diberi ujian
Malah musibah bertubi tubi
Kau melatah
Bukankah engkau pejuang yang disebut sebut
Oleh penduduk langit dan bumi!


Musibah dan ujian itu bukanlah malapetaka
Yang kau perlu tangisi berhari hari
Bukan begitu
Walhal
Musibah dan ujian
Hadiah dari Tuhan untukmu
Yang mana kasihNya terhadapmu mengalahkan penduduk bumi
Yang mana saban waktu sentiasa melindungimu
Yang mana saban waktu begitu dekat padamu


Apa yang perlu kau tangisi
Dongakkan kepalamu
Pejamkan matamu
Ujian dan musibah itu tanda cinta Tuhan
Kerna dengan itu kau belajar apa itu sabar
Kerna dengan itu kau solat sungguh sungguh
Kerna dengan itu martabat imanmu akan naik
Kerna dengan itu dosamu terhapus
Kerna dengan itu asbab Tuhan redha padamu

Dengan syarat!
Kau redha dan sabar berdepan dengannya

Bukalah matamu
Kau ini pejuang
Pejuang itu tidak mudah melatah
Malah jiwanya besar berdepan mehnah
Pantang kalah sebelum berundur
Hanya syahid yang diimpikan
Kematian terbaik yang didambakan

Wahai pejuang
Teruslah mewarnai kanvas putih tadi
Dengan warna warna yang indah
Bersulamkan iman dan taqwa
Bertemankan hadiah yang Tuhan beri
Agar kanvas putih itu menjadi saksi
Dalam pertemuan di mahkamah akhirat
Mengadap ilahi


Friday, 2 September 2016

YYBTN- Peribadi Jiwa Merdeka




Peribadi orang yang merdeka
Bukan hanya sekelip mata tercipta
Namun...
makin banyak ia tumbuh
makin nyata kemerdekaan itu


Sebagai mahluk yang diciptakan Tuhan
Kemanusiaan itu mesti ada
dalam mengejar hakikat hidup
yakni niat suci, tujuan dan kesederhanaan fikiran(tawakal)
yang lahir dari kebesaran jiwa


                   

                                 




Detik 27 sehingga 30 Ogos 2016
Di belantara Yong Yap, Bubu dan Tok Nek
Kami dipertemukan
dari pelbagai latar belakang
yang mana setiap darinya telah dipilih dan terpilih olehNya
yang mana setiap darinya punyai kelebihan dan kekurangan
yang mana setiap darinya miliki misi yang sama secara zahirnya
menakluk puncak jaya!





Sepanjang perjalanan menuju 3 puncak itu
Ku temui ramai sahabat
yang memaknai apa itu erti Kemanusiaan
walaupun ada antaranya baru sahaja kenal
walaupun ada antaranya hanya mengenal nama bukan peribadinya
walaupun ada antaranya tidak kenal langsung tapi terus membantu  tanpa banyak bicara

                                     


                                         

                                          
kau membantu sahabat yang lemah
saat dirimu juga lelah
kau memberi minum pada sahabat yang dahaga
saat tekakmu juga perit
kau memberi kata positif pada sahabat yang kepenatan
sedangkan hatimu juga  berbisik entah bila kan sampai
kau mengendong beg hiking sahabat yang cedera
saat begmu sendiri juga berat
malah begmu juga terputus dek keberatan barang yang dibawa
kau meminjamkan kasut dan seluar pada sahabat yang telah koyak kasut dan seluarnya
saat kau juga sebenarnya memerlukan kasut dan seluar itu untuk dipakai
kau mendahulukan wang untuk membelikan barang keperluan sahabat-sahabat lain
saat dirimu juga perlukan wang untuk digunakan dalam hal lain
Kau memilih untuk berada di belakang membantu sahabat yang cedera
saat kau boleh sahaja berlari laju menuju ke puncak


Kau memberi saat dirimu juga serba kekurangan
Besar sungguh pengorbananmu
tidak boleh dibayar dengan nyawa dan darah





Dan demi cita-cita sampai ke puncak itu
ternyata kesakitan itu ditahan
ternyata kesulitan itu diredah
ternyata kelelahan itu dibiarkan sahaja
Dengan izin Tuhan kesemua daripada kita dibenarkan untuk mengecapinya
meskipun waktu yang berbeda
Benarlah
Cita cita itu akan terus hidup
Selagi mana fikiran sederhana(tawakal) itu tetap ada
Selagi mana jiwa besar itu masih kekal
dalam jasad yang masih bernyawa
Selagi mana semangat tidak kenal erti putus asa





Peribadi jiwa merdeka
Terlalu mengimpikan puncak kejayaan yang kekal abadi
Yakni Syorga yang jauh lebih indah
Namun keberadaan kita di puncak gunung detik itu
adalah untuk menambah nilai keelokan budi
adalah untuk menambah nilai kebersamaan
adalah untuk membesarkan jiwa
adalah untuk menakluk ketakutan selain daripada Pencipta
Dan sudah tentu  untuk mendekatkan diri padaNya yang terutama

Dan moga dengan itu kita terus diberikan kekuatan
untuk mendaki puncak yang sebenar dan kekal abadi

                                      
Sahabat
Keberadaan kita di YYBTN saat itu
jangan dipersiakan segala pelajarannya walau sekelumat
Sungguh
ianya hadiah terindah yang telah dicatur Tuhan
untuk kita
sebelum nafas bercerai dengan jasad
sebelum diri mengadap Pencipta


Yang benar,
Insan kerdil